Bab 11👑

2.2K 346 15
                                    

Belle Áme | 11

Taehyung memakirkan kereta Honda Civicnya kedalam tempat letak kereta. Kebanyakan perempuan sudah menunggu ketibaan dia untuk menyapa lelaki tersebut.

Maklumlah, Taehyung tersenarai didalam 10 orang lelaki terkacak di dalam fakulti termasuklah Jimin, Kai dan lain- lain.

Taehyung melemparkan senyuman kotaknya kepada para gadis tersebut buatkan mereka menjerit suka. Lelaki itu meninggalkan mereka di tempat letak kereta sementara dia mencari kelibat teman wanitanya iaitu Rahee.

Namun pandangan teralih pada Lauren dan Jimin yang sedang berjalan berdua menuju ke dewan kuliah. Wajah Jimin nampak gembira begitu juga Lauren. Taehyung tersenyum nipis, macam yang dia cakap dia akan gembira kalau Jimin gembira.

Namun senyumannya menjadi hambar sebaik melihat Jimin dengan sewenang- wenangnya menyentuh lengan Lauren, walaupun tak sengaja.

“Lauren..” nama gadis itu meniti perlahan di bibir Taehyung. Kedua manusia tersebut sudahpun selamat masuk kedalam dewan bersama- sama.

Taehyung menggelengkan kepala. Dia berperang dengan dirinya sendiri. Dia perlu berjumpa dengan Rahee secepatnya agar dirinya tidak terus- menerus dihasuti perkara lain.

Taehyung membawa diri ke taman mini, disitu dia labuhkan punggung sebelum wajahnya disembamkan pada meja. Mengantuk! Kalau bukan disebabkan dia pergi melepak semalam, tak adanya dia rasa mengantuk hari ini.

Drt drt!

Phonenya yang bergetar menandakan ada mesej masuk. Taehyung kecilkan anak mata, chat dari Rahee yang mengatakan bahawa gadis itu tidak dapat datang ke falkulti hari ini, penat katanya.

Taehyung tidak membalas. Nanti jelah dia call, malas sangat dia nak menaip sekarang. Ngantuk punya pasal!

“Weh, kau tak perasan ke kebelakangan ni boleh pulak si Jimin tu dekat dengan budak junior yang nerd tu?”

“Budak junior yang nerd tu? Apetu nama dia? La- lauren? Huh. Nama cantik, but sayang. Too pure and innocent.”

“Jimin pun satu, dia tak nampak ke yang kita ni lebih cantik dari budak nerd tu?”

“Entah Jimin letak mata dekat mana”

Taehyung menangkap kata- kata tersebut ketika dia sedang cuba untuk melelapkan mata. Dia memilih untuk mendiamkan sahaja dirinya. Dia merengus kecil sebelum tegakkan badan sebelum matanya dilirikkan pada meja bersebelahan dengannya di taman mini itu.

Dia merengus kecil sebelum mengambil keputusan untuk pergi dari situ.

...

Maaf, hari ni saya tak boleh bawa awak jalan- jalan. Saya ada hal penting hari ni, kalau saya ada masa, saya akan ajak awak, ya?” kata Jimin lembut. Lambat- lambat Lauren mengangguk. Jimin senyum menampakkan eyesmilenya. Hm, comel.

“Le- lepas ni awak nak balik ke?” soal Lauren. Mahu mematahkan renungan Jimin terhadap dirinya. Dia rasa tak selesa tapi Jimin ni lelaki yang baik. Jadi dia perlahan- lahan mulai memahami kerenah Jimin.

“Yup, awak nak minta saya hantarkan awak balik, ke?”

Laju Lauren menggeleng. Tawaran yang baginya agak cepat.

Awak boleh percayakan saya-”

“Jimin!” dari kejauhan Taehyung melambaikan tangannya. Terus dia berlari- lari anak menuju ke meja di tengah dewan makan tersebut. Jimin senyum, Lauren palingkan wajah. Masih terasa dengan sikap Taehyung.

“Ohh Taehyung, duduklah. Sini, bual- bual dengan Lauren. Nilah junior yang aku cakap tu.” kata Jimin. Taehyung tanpa banyak songeh melabuhkan punggung. Lauren tidak langsung mengangkat wajah memandangnya. Taehyung.. terasa.

“Kau temankan dia kat sini jap. Aku nak ke tandas. Kejap, eah?” kata Jimin sebelum melangkah ke tandas. Suasana di meja makan itu hening walaupun persekitaran mereka mulai riuh.

Taehyung tundukkan wajah.

“Kau okay ke dengan dia?”

“Em..” jawab Lauren sepatah. Taehyung mengeluh, memang salah sebab dia sendiri yang minta Lauren menemani Jimin.

“Kalau kau tak selesa dengan dia, kau boleh tarik diri. Aku tak paksa”

“Saya tak nak dia kecewa, biarlah saya korbankan diri demi awak, kan?” Lauren membuka bicara. Kalau Jimin tahu perkara tersebut, apa dia fikir Jimin akan senyum dan buat macam biasa saja ke?

“Aku tak paksa.”

“Dia nak jadikan saya girlfriend dia.”

Taehyung terdiam. Dia.. tak sangka.

Saya tak perlukan kebenaran awak, kan?

Taehyung mendiamkan diri. Tak tahu kenapa, dia rasa gelisah. Pandangan mata Lauren disebalik kaca matanya itu buatkan dia serba salah. Pandangan yang mempunyai erti pelbagai.

Maafkan aku, kata itu hanya boleh dibisik didalam hati Taehyung saja.

.

🌟vote✔
💬comment✔

(S1&S2) Belle Áme | 뵈 ✓Where stories live. Discover now