Belle Áme | 04
“Lauren..”
Bila namanya dipanggil dari belakang, automatik langkah kaki Lauren terhenti. Dia mengetap bibir, tali beg tangan dipegang kuat. Derapan tapak kaki yang melangkah kearahnya terdengar makin dekat.
“Ahh ada apa, Gina?” soal Lauren, wajah ditundukkan. Gina tersengih kecil, dia hulurkan Lauren sebuah fail, Lauren hanya memandang tanpa mahu menyambut.
“Nak minta tolong siapkan assignment untuk Gina boleh tak? Gina tak sempat nak siapkan sebab malam ni Gina kena pergi majlis makan malam. Boleh tak?” rayu Gina, sedikit mendesak kerana dia tahu Lauren tidak akan menolak.
“Tapi..”
“Buat jelah! Kalau kau tolak, aku patahkan cermin mata hodoh kau ni!” Gina mengugut, dia menarik cermin mata dari Lauren buatkan pandangan gadis itu sedikit kabur. Rabun teruk!
“Ya, ya, saya buat.” jawab Lauren laju. Gina tersenyum menang, dia jatuhkan cermin mata Lauren diatas jalan raya sebelum meninggalkan Lauren tercari- cari sendirian.
“Huh..”
“Nah.” tegur seseorang seraya menghulurkan cermin mata milik gadis itu. Lauren kecilkan mata, sebelum dia tundukkan wajah. Itu merupakan lelaki yang menolongnya didewan makan kelmarin!
“Err te- terima kasih” jawab Lauren. Cermin mata bertukar tangan. Jimin membantu Lauren berdiri.
“Dia buli awak ke?” soal lelaki itu. Lauren tidak mengangguk mahupun menggeleng. Kalau dia angguk, malapetaka baginya. Kalau dia geleng, salah.
“Aniya.. em. Terima kasih untuk ni. Saya pergi dulu.”
“Nama awak siapa?” soal Jimin, tidak mahu meninggalkan sisi Lauren walaupun gadis itu sudah membuka langkah yang agak besar kerana ingin mengelak dari lelaki itu.
“La- lauren.” jawabnya.
“Cantik nama, saya Jimin.”
“Eo..” itu saja yang mampu dibalas Lauren kerana dia langsung tidak mahu memanjangkan perbualan dengan lelaki itu. Kang dinampak orang, dia yang kena, bukan lelaki itu!
“Eo, Jimin!” seru Taehyung buatkan langkah kaki Lauren terhenti. Tanpa berlengah dia masuk kedalam perpustakaan meninggalkan Jimin yang sudah pelik sendiri.
Pelik tapi comel, getus Jimin dalam hati. Dia cuma senyum, Lauren dibiarkan masuk kedalam library. Mungkin dia tak suka berdepan dengan ramai orang? Who knows, right?
“Ahh Taehyung, kenapa?” Jimin menyoal, wajah pelik Taehyung bertayang. Dia sedar yang Jimin sedang berjalan dengan seseorang tadi namun tak kelihatan wajahnya.
“Kau nak join aku malam ni? Lepak dekat Kbox, kita karoks sampai pagi, nak?” ajak Taehyung, bahu Jimin dirangkulnya. Lelaki itu cuma mendiamkan diri.
“Aku ada hal malam ni. Lagipun assignment aku belum siap lagi. Minggu depan last hantar.” jawab Jimin. Taehyung jongket kening.
“Kau ni mengelak je kerja. Tak boleh ke kalau kau lepak je dengan kami sejam? Kalau kau nak balik lepastu, baliklah” ujar Taehyung. Gelengan tetap diterima dari Jimin. Taehyung merengus.
“Yalah, anak emak” perli Taehyung. Jimin ketawa.
“Sorrylah, aku betul- betul tak boleh.” jawab Jimin disambut anggukan pasrah dari Taehyung. Bunyi deringan telefon milik Taehyung membantutkan perbualan mereka. Panggilan dari ibunya dibiarkan sahaja.
.
Dah baca jangan lupa vote tau?
Muah😘
⬇
⭐
YOU ARE READING
(S1&S2) Belle Áme | 뵈 ✓
Aléatoire[OLD TITLE: INSIDE THE BEAUTY] Tak cantik tak apa, yang penting you have Belle Áme, means beautiful soul. Season One: Kita hanyalah dua orang manusia yang ditemukan dengan harapan untuk bahagia. Namun harapan taklah seindah dan boleh digapai. Season...