Belle Áme | 18
“Lauren?” Madame Sofiya memanggil lembut anaknya. Panggilan itu menyedarkan Lauren dari khayalan yang sedang merenung keluar tingkap bilik hotelnya. Dia menoleh memandang ibunya. Kening dijongketkan.“Ya, ma?”
“Tak nak berbual- bual dengan tunang kamu tu ke, Taehyung?” soal Madame Sofiya. Lauren mengeluh perlahan.
Nak berbual apa dengan Taehyung kalau duduk berhadapan pun dia rela pandang dinding dari pandang aku? Desis hati Lauren. Sedikit geram dengan tingkah laku Taehyung terhadapnya. Nampak sangat lelaki itu tak ingin nak kahwin dengan dia!
“Tak naklah ma. Nanti jumpa juga, kan?” jawab Lauren. Madame Sofiya tarik senyum. Dia melabuhkan punggung dibirai katil bersebelahan dengan anaknya itu.
“Tak baiklah macam tu. Em, kamu bergaduh eah dengan tunang kamu? Yalah, kalau berjumpa pun masing- masing tarik muka. Satu pandang phone, satu belek jari” kata Madame Sofiya. Lauren mendiamkam diri. Nak cakap yang dia bergaduh dengan Taehyung? Nak bergaduh pasal apa pulak?
“Pergilah berbual- bual kejap dengan dia. Esok, kamu berdua dah nak kahwin, kan? Cuba kenal- kenal sikit hati budi si Taehyung tu.” pesan Madame Sofiya. Lauren cuma senyum kelat.
Taehyung tak ada hati ma, mahu je dia jawab macam tu pada mamanya. Tapi takkanlah nak burukkan imej tunangnya sendiri dihadapan mama? Hish.
“Yalah, ma. Nanti Lauren turun jumpa dia kejap” patuh aku bersuara pada kehendak mama. Madame Sofiya tersenyum. Bahu anak perempuannya dia tepuk perlahan. Selepas Madame Sofiya melangkah keluar dari bilik hotel anaknya, satu keluhan berat Lauren lepaskan.
Dia pandang bilik hotel yang ditempatinya yang sudah dihias cantik dengan kelopak bunga rose yang ditabur berbentuk hati diatas katil. Dekorasinya juga berubah 100% dari dari dekorasi moden warna putih ke tema berwarna merah. Cantik.
Tanpa sedar, dia mengeluh perlahan. Majlis yang sepatutnya menggembirakan tapi bagi dia ia terasa menyeksakan. Entahlah ianya disebabkan oleh tingkah laku Taehyung yang acuh tak acuh itu ataupun disebabkan kerana tidak ada rasa cinta dalam perkahwinan tersebut.
“Huh.” untuk kesekian kali dia mengeluh.
...
“Eo Lauren.” tegur Puan Kim sebaik melihat kelibat menantunya itu. Senyum lebar sampai telingalah gamaknya! Malam ini mereka hendak santai- santai sahaja dibawah sambil bakar barbeque.
Taehyung cuma melirik pandang bila tunangnya, Lauren melabuhkan punggung disamping ibunya.
“Meh, makan Lauren. Malam ni tak payah berdiet sangat. Dah cantik dah pun menantu mama ni.” puji Puan Kim. Lauren cuma tersenyum. Taehyung yang duduk selang satu meja darinya dia tak pandang langsung.
“Em, mama teruskan makan. Nanti saya sendiri pandai- pandailah layan diri.” jawab Lauren. Puan Kim mengangguk sebelum mengangkat punggung mahu mengambil daging bakar.
“Kenapa tak makan? Diet?” suara garau Taehyung buatkan Lauren sedikit tersentak. Lelaki itu sudah melabuhkan punggung disamping Lauren sambil membawa pinggan berisi daging dan beberapa sausage bakar.
“Em.. nanti saya makan.”
“Makanlah sekarang. Ni, sedap tau. Nak?” kata Taehyung seraya menghulurkan daging bakar kepada Lauren sebelum ketawa kecil. Acah aje tu.
“Em..”
“Esok, be ready. Jangan gelabah sangat, buat macam biasa je.” kata Taehyung separuh berbisik seraya mengunyah sausage. Lauren cuma angguk kecil. Cardigan putih yang dikenakan ditarik apabila dirasakan yang udara sejuk menerpa ke kulitnya.
“Dan esok, jangan lawa sangat. Aku tak nak orang lain terpikat pula.” kata Taehyung sarcastic. Lauren cuma mendiamkan diri. Dia lepaskan kaca matanya bila terasa berwap sedikit. Cermin mata bulatnya dilap menggunakan hujung cardigan.
Taehyung terpesona. Penampilan Lauren tanpa kaca mata dengan rambut panjangnya yang dilepaskan buatkan gadis itu nampak sangat.. cantik.
Baru sahaja Lauren mahu memasang cermin matanya, lengannya ditahan oleh Taehyung. Mereka berpandangan seketika.
“Taehyung.. saya rabun dekat. Jadi saya tak nampak muka awak dengan jelas..” terang Lauren buatkan lelaki itu cepat- cepat melepaskan lengan Lauren. Lehernya digosok, kekok. Lauren kembali memakai cermin mata bulatnya.
“K- kau..”
“Saya nak ambil makanan dululah. Em. Jumpa nanti” kata Lauren. Tidak mahu membuka topik tersebut. Laju saja dia tinggalkan Taehyung di meja makan sendirian.
Taehyung tarik senyum.
.
🌟vote✔
💬comment✔
YOU ARE READING
(S1&S2) Belle Áme | 뵈 ✓
Casuale[OLD TITLE: INSIDE THE BEAUTY] Tak cantik tak apa, yang penting you have Belle Áme, means beautiful soul. Season One: Kita hanyalah dua orang manusia yang ditemukan dengan harapan untuk bahagia. Namun harapan taklah seindah dan boleh digapai. Season...