S2 - Bab Lapan belas

910 185 28
                                    

❝He was her warmth,            She was his peace❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

He was her warmth,
           She was his peace

_____________________

EUGENE melabuhkan punggungnya di birai katil. Agak kekok bila mengetahui yang itu bukanlah biliknya melainkan bilik suaminya, Kim Taehyung.

Dua jam yang lalu Eugene rasmi menjadi isteri kepada lelaki itu.

Walaupun dalam keadaan yang agak tak lengkap dan rushing, namun dia langsung tak kesah. Sekurang- kurangnya ada lelaki yang ikhlas mahu jadikan dia sebagai isteri.

Bukan sekadar manis di bibir namun buatnya tak pernah.

Eugene melepaskan keluhan kecil, dalam tak sedar bibirnya menguntum senyum. Orang pertama yang paling gembira tentulah Puan Kim, ibu mentuanya itu.

Bila dapat tahu yang Taehyung dan dia sudah rasmi berkahwin, terus saja dia pecut ke sini, mahu mengucapkan tahniah.

Haih.

Kalaulah mama masih ada, mesti wanita itu segembira Puan Kim, kan?

Klek!

Pintu kamar mandi yang dibuka buatkan Eugene yang sedang mengelamun itu tersentak. Saat itu juga dia berpandangan dengan Taehyung yang baru melangkah keluar dari kamar mandi.

Hanya tuala mandi yang melilit pinggang lelaki itu membuatkan pipi Eugene merah.

Lantas pandangan mata dialihkan bila dia dia tak kuat dengan pesona lelaki seksi tersebut.

Lebih- lebih lagi bila Taehyung meraup rambutnya yang basah itu sambil menggigit bawah bibirnya.

“Sayang?”

“Huh?”

Dahi Eugene berkerut bila Taehyung membahasakan dirinya dengan panggilan sayang, katil yang sedang dia duduki itu terasa berat bila Taehyung melabuhkan punggung disampingnya.

“Siapa?”

“Awaklah, sayang. Siapa pula? Dinding tu?” soal Taehyung buatkan bibir Eugene muncung, hidung gadis itu dicubit sekilas oleh Taehyung, geram.

“Masih marahkan saya ke?” soal Taehyung.

“Eo? Marah pasal apa?” tanya Eugene semula, tak faham dengan soalan lelaki itu.

“Yalah, saya buat semua ni tanpa persetujuan awak. Macam kahwin paksa pun ada.” balas Taehyung, Eugene cuma tersenyum saja.

Dia menggeleng kecil, tanda tak apa- apa.

“Eum... pasal Seonghwa tadi-”

“Syhh. Saya tak nak dengar nama dia lagi.” bisik Taehyung, jari telunjuknya diletakkan di bibir Eugene agar gadis itu tak meneruskan ucapannya.

“Walaupun hati awak masih ada nama dia, saya akan buat awak jatuh hati pada saya.” bisik Taehyung, rambut Eugene dielusnya lembut.

Matanya bertatapan dengan mata Eugene, lama dia menatap sepasang mata itu buatkan hati lelakinya berdebar kuat.

Lama dia tak merasakan perasaan seperti itu dan sukakan apa yang dilihatnya sekarang.

“Oh ya... pasal gambar saya tu... awak masih nak simpan ke?” soal Eugene, seraya menundukkan wajahnya. Malu.

“Gambar apa sayang?”

“Alah.. gambar saya awak cakap awak akan sebarkan kalau saya tak dengar cakap awak...” ucap Eugene seraya jarinya dipusing- pusingkan di atas cadar katil.

Merah pipinya mengenangkan perkara tersebut.

Taehyung diam sejenak.

“Oh pasal gambar tu, saya tak pernah tangkap gambar awak masa awak mabuk. Saya buat semua tu untuk tarik perhatian awak.”

“Perhatian saya?” soal Eugene tak faham.

Taehyunh mengangguk perlahan, tapak tangannya menyentuh pipi Eugene, lembut.

“Saya cuma tak nak awak tolak saya.” bisik Taehyung.

Eugene diam, dada Taehyung dipukulnya perlahan.

“Awak tipu saya.”

“Kalau saya tak tipu, awak dan saya takkan ada dalam situasi macam ni.” balas Taehyung, Eugene diam.

“Eugene...” nama gadis itu meniti di bibir seksi milik lelaki itu buatkan hati Eugene sedikit bergetar.

“Saya akan bahagiakan awak, itu janji saya.” bisik Taehyung, dahi gadis itu diciumnya sebelum lelaki itu mengangkat punggung lalu beredar masuk kedalam kamar mandi semula.

Eugene terkebil- kebil, namun bibirnya mengukir senyum kecil.

.

Taehyung dah ada vibe daddy pulak dah.

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

(S1&S2) Belle Áme | 뵈 ✓Where stories live. Discover now