“Nanti petang jangan kemana- mana. Aku nak bawa kau ke rumah baru kita.” kata Taehyung seraya meraup rambutnya.
Lauren yang sedang duduk di birai katil itu dipandangnya dari pantulan cermin. Gadis itu sedang merenungnya dengan pandangan pelik.
“Awak.. dah beli rumah?” soal Lauren. Dia pelik sebenarnya, yalah baru semalam berbincang dengan mama pasal nak tinggal di rumah baru. Paginya cakap nanti petang kita tengok rumah baru. Hem..
“Yup, mama yang uruskan semuanya. Kalau mama yang urus, semua benda akan berjalan dengan cepat” kata Taehyung lalu tersenyum kecil. Lauren cuma mengangguk kecil. Taehyung balikkan tubuh berhadapan dengan Lauren.
“Em..Lauren, ingat cakap aku, jangan keluar dengan Jimin, lagi please? Aku tak suka.” terus terang Taehyung berkata.
Kali ini dia memang tidak mahu berselindung lagi. Dia cuma rasa tak suka melihat Lauren berjalan berdua dengan lelaki lain, terutamanya Jimin. Dia sakit hati. Yup, memang dia yang benarkan, tapi itu dulu. Sekarang dia mahu Lauren berhenti. Berhenti sakitkan hati dia dalam diam.
“Em, saya akan cuba..” balas Lauren seraya membetulkan cermin matanya yang terlorot ke bawah.
“Ehh, tapikan saya tak ada kelas hari ini.” jawab Lauren buatkan Taehyung menjongketkan keningnya.
Dia senyum kecil sebelum melangkah merapatkan diri dengan Lauren. Menjadikan jarak mereka sangat iaitu lutut Lauren menyentuh paha Taehyung.
Gadis itu mendiamkan diri, dagunya disentuh Taehyung sebelum wajah Lauren didongak untuk memandangnya. Taehyung cuma senyum, dia lepaskan kaca mata Lauren, pipi gadis itu disentuhnya. Jantung Lauren sudah mengepam laju.
“See? Kau nampak cantik tanpa kaca mata. Aku suka..” bisik Taehyung buatkan wajah Lauren berubah hangat dan merah kerana malu. Dia tundukkan wajah namun tangan Taehyung menghalang dia berbuat begitu.
“Ma- manada..”
“Betul apa..” bisik Taehyung sebelum rapatkan wajah. Lauren terkebil- kebil. Nafasnya seakan tersekat, dia rasa sesak nafas.
Jarak wajah Taehyung dengannya semakin rapat, Lauren pejamkan mata dan serentak bibirnya terasa hangat dengan sentuhan. Bibir Taehyung sudah selamat mendarat pada bibirnya! Lauren ketap bibir, dia kaku. Jujur dia cakap, dia memang tak mahir dalam benda- benda macam ni. Kalau Taehyung? Apa yang nak dihairankan dengan Taehyung yang pernah mempunyai ramai perempuan?
Bila Taehyung leraikan tautan, Lauren tundukkan wajah. Malu, tersangat malu.
“Nasiblah mama tak ganggu kali ni” bisik Taehyung sebelum ketawa kecil, dia hempaskan tubuh diatas katil. Mahu bermalas- malasan sekejap. Kelas 2 jam lagi nak mula, jadi rileklah.
“Em.. ma-macam mana hubungan awak dengan Rahee?” soal Lauren, dia sentuh pipinya yang sedikit hangat.
“So far so good.” jawab Taehyung.
“Em..” pudar senyuman Lauren jadinya. So far so good? Jadi itu bermakna, Taehyung tak merancang untuk mengakhiri hubungannya dengan Rahee lagi? Terus Lauren tarik cermin mata yang masih berada dipegangan Taehyung. Dia geram sebenarnya.
Taehyung desak dia untuk berhenti keluar dengan Jimin. Tapi dia sendiri tak berusaha buat benda yang sama. Adil ke tu?
“Hei, kenapa?”
“Tak ada apa- apa.” jawab Lauren, cermin matanya dia pakai semula. Bila difikirkan, nampak seperti Taehyung sengaja mahu mempermainkan perasaannya.
“Kau marah?”
“Tak” jawab Lauren sepatah. Taehyung cebikkan bibir, melihatkan kelibat Lauren yang keluar dari bilik buatkan bibir Taehyung tak semena- mena mengukir senyum. Dia sentuh bibirnya sendiri dan refleks dia terimbau akan detik- detik dia mencium Lauren tadi.
Her lips, so soft and sweet.. desis Taehyung sebelum menyembamkan wajahnya pada bantal.
Hee sukalah!
.
Hem.. lepas ni kena tinggal berdua pulak.
YOU ARE READING
(S1&S2) Belle Áme | 뵈 ✓
Random[OLD TITLE: INSIDE THE BEAUTY] Tak cantik tak apa, yang penting you have Belle Áme, means beautiful soul. Season One: Kita hanyalah dua orang manusia yang ditemukan dengan harapan untuk bahagia. Namun harapan taklah seindah dan boleh digapai. Season...