Bab 44👑

2K 318 16
                                    

“Jadi, Cik Lauren Reisha ni sebenarnya anak kepada seorang lelaki terkaya di Perancis? Steven Kim?” soal Jungkook sedikit tidak percaya dengan apa yang baru dia tahu.

Gadis itu cuma tersenyum kecil, dia tundukkan kepala kepada anggota polis yang mulai tunduk hormat kepadanya.

“Tak sangka, awak boleh tahu secepat ni..” ucap Lauren seraya tersenyum, Jungkook jadi speechless.

Dia tak sangka yang gadis didepannya itu merupakan anak perempuan kepada seorang jutawan di Perancis yang memiliki saham dan 20 bangunan dengan jumlah penghasilan hampir jutaan won. Jungkook melepaskan keluhan kecil.

“Jadi, Cik tak rasa yang lelaki psiko tu mahukan harta kerana dia tahu yang Cik datang dari keluarga kaya?” soal Jungkook, Lauren mengangkat bahu. Dia tak tahu pula soal perkara itu.

“Em, Cik tunggu sini sampai suami Cik datang, ya? Saya risau perkara yang sama berlaku pada Cik lagi.” kata Jungkook seraya menyentuh luka kecil yang berada pada pipinya yang sudah ditampal plaster.

Saya minta maaf sebab susahkan awak.Ucap Lauren seraya menundukkan wajahnya meminta maaf. Laju Jungkook gelengkan kepalanya tanda yang ianya tidak apa- apa.

Ani, gwenchana. Lagipun itu kerja saya untuk lindungi orang awam, terutamanya perempuan macam Cik ni..” ujar Jungkook sambil berbisik di hujung ayat. Dia gosok hidungnya sebelum lehernya dia turut gosok perlahan.

“Ahh, geure..

“Sayang?!” balai polis dikejutkan dengan suara seorang lelaki sebelum Taehyung terlihat berlari- lari anak mendapatkan Lauren. Terus gadis itu ditariknya kedalam pelukan.

“Sayang okay tak? Ada cedera tak? Sakit tak? Dia buat apa dengan sayang?” soal Taehyung bertubi- tubi sebelum membelek tubuh Lauren, isterinya itu. Gadis itu menggeleng perlahan.

“Em.. saya okaylah Taehyung. Awak tak payahlah risau.” ucap Lauren lembut dan serentak pipinya ditekup Taehyung. Lelaki itu mengeluh lega sebelum sekali lagi menarik Lauren kedalam pelukan.

“Baguslah, maaf sebab tak ada dengan sayang waktu tu.” katanya seraya meleraikan pelukan. Jungkook berdehem perlahan, dia kekok dengan situasi itu. Serentak perhatian Taehyung dan Lauren teralih kepadanya.

“Ahh, Taehyung, em kenalkan dia ni Jeon Jungkook. Polis disini. Saya dah laporkan hal saya pada dia.” terang Lauren, Taehyung mengangguk perlahan sebelum tapak tangannya dihulur untuk berjabat tangan dengan lelaki itu.

“Kim Taehyung.”

“Jeon Jungkook.”

“Eo, terima kasih sebab jagakan isteri aku.” kata Taehyung seraya membongkokkan badan. Jungkook cuma senyum kelat.

Lauren meminta diri untuk pulang ke rumah dan serentak pihak media yang menunggu di luar balai polis menyerbu Lauren bila mereka dapat tahu bahawa gadis itu ialah Lauren Reisha Kim, anak kepada Steven Kim. Seorang ahli perniagaan terkaya di Perancis.

“Macam mana pihak media boleh tahu?” Soal Lauren, Taehyung cuma mengangkat bahu sebelum dia melindungi Lauren dari para wartawan yang mahu menemuramah Lauren. Mereka selamat masuk kedalam kereta.

“Tapi.. kenapa pihak media nak temuramah awak pula?” soal Taehyung, sejujurnya lelaki itu masih tak tahu latar belakang Lauren yang sebenarnya.

“Em.. tak tahulah.” jawab Lauren, hem.. biarlah Taehyung tahu sendiri. Kalau dia bagitau, nampak sangat yang dia sombong.

Telefon Lauren yang dia vibrate-kan bergetar menandakan ada panggilan masuk dari ibunya, Madame Sofiya. Panggilan tersambung sebaik Lauren menggesel butang hijau.

Lauren, are you okay? Mama baru dapat tahu hal kamu bila wajah kamu terpampang di berita digital didalam telefon mama. What happen?” soal Madame Sofiya dengan nada cemas sebaik panggilan tersambung.

“I'm fine mom.. don't need to worry about me.” jawab Lauren, terdengar keluhan kecil dihujung talian.

How did they find out?

“I don't know mom..” jawab Lauren, dia juga sedikit pelik bagaimana identitinya boleh terdedah sedangkan status Lauren sudah dicover secara rapat dan teliti.

Hem.. just take care of yourself. Make sure your husband stay beside you.” ucap Madame Sofiya.

“Em.. thank you mom.” ucap Lauren dan panggilan diputuskan. Laurwn mengeluh perlahan, dia lirikkan pandangan memandang Taehyung tepat ketika Taehyung juga memandangnya.

“Sayang ada benda nak cakap ke?”

Eobseo..” jawab Lauren sepatah seraya menyandarkan tubuhnya di seat.

“I swear to god, kalau ada apa- apa berlaku dekat sayang, saya takkan lepaskan lelaki keparat tu! Em..sayang rehatlah, kejap lagi kita sampai.”

“Em..” balas Lauren seraya tersenyum kecil.

.

Heurm..

[👀]:
Sila tinggalkan bintang kuning selepas anda baca.
[😚]

(S1&S2) Belle Áme | 뵈 ✓Where stories live. Discover now