S2 - Bab Enam belas

771 171 25
                                    

❝He was her warmth,            She was his peace❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

He was her warmth,
           She was his peace

_____________________


"ADA apa nak jumpa papa ni? Mana Seonghwa?" soal Tuan Hwang seraya melabuhkan punggungnya diatas sofa berhampiran dengan Eugene.

Keningnya dijongket satu sementara dahinya berkerut pelik bila melihat kelibat lelaki yang baginya agak asing dimatanya.

"Siapa ni?" soal Tuan Hwang, dingin, langsung tak ada senyuman di bibir tuanya itu.

Eugene cuma mendiamkan diri, perasaa takut mula menyelubungi dirinya bila matanya bertembung dengan anak mata milik papanya itu.

Tajam dan dingin.

"I- ini..."

"Kenalkan Tuan Hwang, saya Kim Taehyung." ucap Taehyung seraya menghulurkan tapak tangannya, riak wajah Tuan Hwang serta merta berubah.

"Jadi inilah Ceo Syarikat Vanter Holding tu? Tak sangka boleh berjumpa dirumah saya. Nama kamu naik akhir- akhir ni." ucap Tuan Hwang, bibirnya lebar dengan senyuman.

Huluran tangan Taehyung disambut.

"Oh ya, apa tujuan kamu datang sini?" soal Tuan Hwang, dikerlingnya wajah Eugene sekilas sebelum matanya kembali memandang wajah kacak lelaki bernama Kim Taehyung itu.

Taehyung diam sejenak, saat itu seorang pembantu rumah datang itu menghidangkan minuman sebelum beredar pergi dari ruang tamu tersebut.

Eugene mengetap bibir, perasaan gemuruhnya makin menjadi- jadi bila Taehyung tak kunjung menjawab soalan yang diajukan papanya tadi.

"Tujuan saya datang sini sebab nak minta restu Tuan untuk saya memperisterikan anak perempuan Tuan, Eugene." kata Taehyung, Eugene menundukkan wajahnya.

Tak sanggup untuk bertatapan dengan papanya. Lama Tuan Hwang membisu, akhirnya satu deheman dihasilkan bagi menghilang rasa dingin.

"Tapi Eugene dah ada tunang. Kamu tak tahu ke?" soal Tuan Hwang seraya menghirup teh yang masih berasap itu.

"Saya tahu, Tuan. Tapi dua hari yang lalu, tunang Eugene sendiri yang putuskan hubungan. Kalau Tuan tak percaya, Tuan boleh telefon dia-"

"Saya tahu, saja nak tanya. Seonghwa dah maklumkan dah lama, cuma saya yang tolak.

Kalau kamu nak ambil Eugene sebagai isteri, ambillah, saya restu kalau itu yang terbaik untuk anak perempuan saya." ucap Tuan Hwang buatkan Eugene mendongakkan kepalanya.

"Pa- papa terima?" soal Eugene, sedikit tak percaya dengan papanya kali ini. Yalah dulu ketika dia bertunang dengan Seonghwa, dua kali lelaki itu ditolak.

Namun bila dia tahu Seonghwa dari kalangan orang berada, terus saja dia bersetuju.

"Papa dengar kamu mengandung, anak siapa-"

"Anak saya. Saya yang buat. Sebab tu saya nak bertanggungjawab atas perbuatan saya, saya harap Tuan faham dengan niat baik saya." balas Taehyung.

Sekali lagi Tuan Hwang terdiam, dia hembuskan nafas kecil sebelum meletakkan cawannya diatas meja.

"Kamu betul- betul cintakan anak saya, ya?"

"Ya." balas Taehyung tanpa ragu- ragu, Eugene menoleh memandang lelaki itu dari tepi.

Dia lihat keikhlasan dimata Taehyung yang bersungguh- sungguh mahu memperisterikan dia.

Dia sedikit terharu...

"Kalau macam tu, saya serahkan anak perempuan saya pada kamu. Saya memang tak pandai nak jaga Eugene, but when it comes to my daughter, papa akan sediakan semuanya untuk kamu." ucap Tuan Hwang.

Eugene diam, entah kenapa papanya bersikap agak lain malam ini.

Intonasi suaranya tak kasar dan dingin, suaranya kali ini lebih lembut, seperti ayah yang mahu menjaga anaknya.

"Terima kasih papa."

"Not a big deal. Jaga anak saya baik-baik." ucap Tuan Hwang buatkan Taehyung laju saja mengangguk.

Dilirikkan matanya pada Eugene sebelum dia kenyitkan mata.

"Jadi, bila nak bincang pasal tarikh kahwin?" soal Tuan Hwang seraya menyandarkan tubuhnya di sofa.

"Kalau boleh, dalam minggu ni." jawab Taehyung buatkan Eugene membulatkan matanya, terkejut!

.

Huehue

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

(S1&S2) Belle Áme | 뵈 ✓Where stories live. Discover now