“Kenapa keluar dengan Ray tak bagitau?” soal Taehyung sebaik kedua mereka selamat masuk kedalam rumah.
“Saya memang nak bagitau awak, tapi awak keluar awal sangat. Langsung tak kejutkan saya.” jawab Lauren, Taehyung mengemam bibir, lehernya dia gosok perlahan.
“Em.. sepupu kau tu okay?”
“Dia okay, cuma masih belum lepas paras kritikal. Dia kehilangan banyak darah..” ucap Lauren seraya membelek- belek jarinya. Bercakap pasal Ray buatkan dia menjadi serba salah.
Kalau dia tidak mengajak Ray untuk keluar, tentu perkara seperti itu tidak akan terjadi. Entah, macam mana reaksi Clara kalau dapat tahu perkara tersebut.
“Lauren..” panggil Taehyung lembut bila melihat gadis itu mengelamun. Serentak Taehyung menarik perlahan lengan Lauren buatkan gadis itu berdiri dihadapannya.
“Tae- Taehyung?”
“Maafkan aku, pasal hal semalam. Aku tak sengaja nak marah kau. Aku cuma terbawa emosi, maafkan aku.. please?” Taehyung menarik tapak tangan Lauren lembut sebelum diciumnya lembut. Lauren cuma mendiamkan diri.
“Lauren.. please..”
“Saya tak marahkan awak. Saya cuma terkejut dengan layanan-” kata-kata Lauren terhenti bila Taehyung melingkarkan lengannya pada pinggang Lauren dan serentak jarak mereka menjadi rapat.
“Je suis désolé.. (I'm sorry..)” bisik Taehyung lembut sebelum dia sembamkan wajahnya pada leher Lauren. Gadis itu cuma mendiamkan diri.
Namun seketika kemudian dia membalas pelukan Taehyung. Dia sedikit terkejut dengan kefasihan Taehyung berbicara dalam bahasa perancis. Walaupun sedikit pelat.
“Aku janji yang lepas ni aku takkan biarkan dia sentuh atau dekat dengan kau lagi..” kata Taehyung, Lauren tersenyum.
Taehyung leraikan pelukan, anak mata Lauren yang berwarna biru itu buatkan dirinya menjadi tak keruan. Yup, sekarang dia betul- betul akui yang Lauren memang cantik bila dilihat dalam jarak yang dekat.
“Em, saya naik atas dululah. Nak mandi.” kata Lauren meminta diri sebelum melangkah naik ke tingkat atas. Taehyung cuma memerhati dari ekor mata. Dia bergerak ke sofa lalu melabuhkan punggung disitu. Keningnya diurut perlahan.
Deringan dari telefon pintarnya buatkan Taehyung cepat- cepat mengeluarkannya dari saku seluar. Panggilan dari Rahee. Tanpa banyak tanya, dia menggesel butang hijau. Kedengaran suara Rahee ketawa kecil. Persis seperti orang yang tengah mabuk.
“Sayang?”
“Gelilah, you! Janganlah geletek I lagi!(I sukalah you macam ni. Wangi)” terdengar suara lelaki pula yang menyelit selepas suara Rahee. Taehyung mengetap bibir, namun dia memilih untuk tidak bersuara.
“(You suka I ke Taehyung?) Mestilah I suka You! Taehyung tu makin hari makin bosanlah! Dia tak tahu nak layan I macam mana. You tahu tak? I date dengan dia sebab dia boleh belikan I barang yang I nak. (Wa, such a fool)”
Taehyung mengetap bibir. Dia menekan butang merah. Dia betul- betul marah sekarang ini. Dia percayakan Rahee seratus peratus dan itu balasan gadis itu terhadapnya? Taehyung meraup rambutnya kasar sebelum mencampak phone diatas sofa disampingnya. Geram!
Terus Taehyung meluru naik ke tingkat atas, tujuannya adalah untuk meminta maaf untuk kedua kali kepada Lauren, isterinya itu. Namun sebaik dia menolak daun pintu, dia berpandangan dengan Lauren yang hanya mengenakan jubah mandi.
Taehyung terkaku seakan dia baru sahaja disimbah air kerana amarahnya hilang melihatkan Lauren dalam keadaan begitu. Lauren ketap bibir. Gugup.
“Ke- kenapa?”
“Lauren..” panggil Taehyung lembut lalu kakinya melangkah merapatkan diri dengan gadis itu. Pipi Lauren disentuh lalu diusapnya perlahan. Gadis itu mengetap bibir, dalam keadaan dimana wajah Taehyung sangat rapat dengan dirinya membuatkan jantungnya berdegup kencang.
“Boleh kita mulakannya semula?”
“Hem? Saya tak fa-”
Belum sempat Lauren hendak mengucapkan kata- katanya, bibirnya sudah dipagut lembut oleh Taehyung.
.
Whoops, imma stop there.
YOU ARE READING
(S1&S2) Belle Áme | 뵈 ✓
Aléatoire[OLD TITLE: INSIDE THE BEAUTY] Tak cantik tak apa, yang penting you have Belle Áme, means beautiful soul. Season One: Kita hanyalah dua orang manusia yang ditemukan dengan harapan untuk bahagia. Namun harapan taklah seindah dan boleh digapai. Season...