❝He was her warmth,
She was his peace❞_______________
SELEPAS kejadian itu berlaku, Eugene memilih untuk menghabiskan waktunya di kelab malam.
Tiga gelas minuman memabukkan itu selamat masuk kedalam perut. Namun tekanan yang dia hadapi sedikitpun tak hilang.
Bingit bunyi suara dan lagu- lagu yang keluar dari speaker itu langsung tak menganggu dirinya.
Eugene jadi lemah.
Bukan kali pertama dia terasa seakan disisihkan oleh papanya. Sudah berkali- kali yang membuatkan Eugene lali.
Apa yang abangnya Hwang Minhyun itu mahukan, papanya turuti tanpa banyak soal. Papa sekolahkan abangnya di sekolah terbaik di Korea.
Setelah itu papanya juga menghantar abangnya sambung belajar di luar negara dengan harapan yang abangnya dapat meneruskan perniagaan papanya yang sudah mendunia itu.
Eugene?
Eugene biasa saja.
Tapi adakah segala kemahuan Eugene ditunaikan? Jawapan sudah tentu 'tidak'.
“Itu bukan anak perempuan keluarga Hwang yang kaya tu ke? Buat apa dia dekat sini? Macam frust aje.” soal Eunwoo kepada Taehyung yang ketika itu sedang memerhati seorang perempuan dari kejauhan.
Namun bila nama keluarga Hwang disebut, terus saja fokusnya teralih kepada Eunwoo.
Matanya dikecilnya, tak semena- mena bibirnya mengukir senyum sinis.
“Kau kenal dia?”
“Weh, siapa yang tak kenal? Bapa dia tu pemilik Syarikat Hwang Express, dua syarikat pembangunan serta banyak perumahan yang didirikan oleh keluarga Hwang ni. Landmark dia hampir bernilai 30 juta!” bersungguh- sungguh Eunwoo bercerita.
“Tapi itulah. Dia dah bertunang, dengan lelaki bernama Seonghwa. Juga dari kalangan orang kaya. Tapi aku dengar, tunang dia tu suka main kayu tiga.”
“Tunang punyalah cantik, dia pergi cari perempuan lain tu dah kenapa?” ucap Eunwoo, dia teguk cawan berisi bir tersebut.
Taehyung cuma mendiamkan diri, sedikitpun pandangannya tak dilarikan dari gadis itu.
“Eii, kalau aku dapat Eugene tu, tak akan aku lepaskan sampai bila- bila!” kata Eunwoo lagi dengan sengihan di bibir bila Taehyung menjelingnya sekilas.
“Kau tu, Sohyun nak letak mana?”
“Alah, simpan dalam poket. Bila aku perlu, aku guna.” balas Eunwoo yang sudah separuh mabuk itu.
Taehyung cuma tersengih saja.
“Hai, seorang je ke?” tegur seseorang.
“Nampak saya berdua ke?” balas Eugene acuh tak acuh. Bir yang masih tersisa didalam gelas itu diteguknya.
Lelaki itu cuma memerhati gerak geri Eugene yang mabuk itu. Tangan nakalnya menyentuh bahu Eugene namun ditepis gadis itu.
“Jangan sentuh- sentuh boleh tak? Rimas!”
“Yang merimaskan nilah yang buat kau sedap nanti.” ujar lelaki gatal itu sebelum bahu Eugene dicengkamnya kasar.
Eugene menepis tapak tangan lelaki itu seraya mengangkat punggung mahu pergi dari situ. Namun lengannya kembali ditarik.
“Hey, nak pergi mana?”
“Lepaslah!”
Buk!
Sebiji penumbuk dilayangkan ke muka lelaki gatal itu hingga lelaki itu jatuh tersembam dilantai kelab malam tersebut.
Taehyung menggulingkan matanya.
“Lelaki lemah.”
“A- awak..”
Belum sempat Eugene mahu menghabiskan ayatnya, tubuhnya sudah jatuh kedalak pelukan Taehyung. Pengsan kerana penangan alkohol yang melebihi had minumnya itu.
Taehyung memeluk tubuh Eugene, untuk seketika dia terdiam di posisi seperti itu.
Wangian yang ada ditubuh Eugene mengingatkan dia kepada seseorang.
“Lauren...” bisiknya perlahan.
.
Bosan tak?
[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]
YOU ARE READING
(S1&S2) Belle Áme | 뵈 ✓
Aléatoire[OLD TITLE: INSIDE THE BEAUTY] Tak cantik tak apa, yang penting you have Belle Áme, means beautiful soul. Season One: Kita hanyalah dua orang manusia yang ditemukan dengan harapan untuk bahagia. Namun harapan taklah seindah dan boleh digapai. Season...