Prologué

7.2K 467 8
                                    

Belle Áme

Kedua manusia itu duduk diam berhadapan, namun satu suara pun tidak keluar dari kedua orang manusia tersebut. Perasaan mereka bercampur baur, kaget, sedih dan bermacam lagi.

“Huh..”
Lelaki itu mengeluh berat, dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi, wajah gadis berkaca mata itu dia pandang jengkel. Tiada tempat langsung untuk gadis itu didalam hatinya.

Hanya sebuah pertemuan keluarga yang menyatukan mereka. Terpaksa, ketidakrelaaan, penipuan, itu yang dia sedang hadapi sekarang.

“Kau tahu tak hubungan kita ni macam mimpi.. buruk bagi aku.” kata Taehyung, tidak mahu sekalipun menjaga hati dan perasaan gadis dihadapannya itu.

“Sebab penampilan saya ke yang buat awak cakap macam ni?”

“Semuanya, kehadiran kau, penampilan kau. Huh.. kau memang langsung tak layak berdamping dengan aku.” ucap Taehyung, gadis itu mengetap bibir. Sakit hati? Sudah tentu.

“Awak nak tahu kenapa saya ubah penampilan saya?”

Taehyung hanya memasang telinga.

“Sebab saya tak nak lelaki lain pandang saya selain awak..” jawab gadis itu. Taehyung terdiam.

Tapi tak mungkin, kan? desis Taehyung didalam hatinya. Gadis itu tidak akan pernah wujud dalam kamus dirinya.

Tak akan pernah.

.

Belle Áme | V

Written by, heitsmehari.

Wattpad Story 2020

Status : Complete

Hey, author harap bila dah baca tolong tekan vote, jangan jadi silent reader, ya sayang?
[👀]


Do follow my ig
@heitsmehari


2020heitsmehari
All right reserved

(S1&S2) Belle Áme | 뵈 ✓Where stories live. Discover now