Bab 54👑

2.6K 287 47
                                    

“I don't want to die or kill myself, i just want to disappear until i feel okay again. Can I go now?”

.

“Taehyung, tolong tengok- tengokkan Lauren. Mama tak ada untuk seminggu ni. Ada bussiness trip. Kalau mama dengar ada berita tak baik. Siap Taehyung mama kerjakan!” ucap Puan Kim sebelum bahu Kim Taehyung dipukulnya perlahan.

Taehyung cuma membalas dengan deheman. Belakang badan Lauren yang sedang berbaring membelakanginya dia pandang sayu. Isterinya itu langsung tak mahu berbual dengannya seharian.

Dia terasa..

“Mama pergi dulu ya, Lauren?” kata Puan Kim sebelum menepuk perlahan lengan menantunya itu. Lauren cuma membalas dengan deheman sebelum Puan Kim melangkah keluar dari situ.

“Lauren sayang.. tak nak makan ke? Perut awak kosong, saya bimbang awak dapat gastrik.” ucap lelaki itu lembut. Lengan Lauren disentuhnya perlahan namun gadis itu menepis.

Apa yang Taehyung buat pada dirinya, fikir boleh maafkan dengan begitu mudah ke?

Terdengar keluhan berat dari bibir Taehyung. Lelaki itu tundukkan wajah, cincin kahwin yang dibaling Lauren tempoh hari dibeleknya. Secara tiba- tiba dia merasa sebak. Dia tahu dia kejam, tapi.. tak bolehkah kalau Lauren maafkan dia dan beri peluang kedua? Mereka boleh bukak buku baru dan lupakan semuanya. Taehyung boleh cuba untuk berubah.. kan?

Sayang..”

“Pergilah Taehyung.. saya masih perlukan waktu untuk terima semua ni. Kalau awak masih jijik dengan saya, jauhi saya.” ucap Lauren lirih. Hatinya kuat mengatakan bahawa hari ini adalah harinya.. entahlah kenapa, dia rasa begitu sebak dan emotional tanpa sebab yang dia sendiri tahu.

Seakan dia tahu.. hari ini adalah hari terakhir untuknya bersama dengan Kim Taehyung..

“Sayang.. saya minta maaf. Tolonglah jangan macam ni.”

“Saya bukan gadis yang akan bahagikan awak, Taehyung. Jadi maafkan saya sebab libatkan awak dalam hal macam ni-”

“Kenapa baru sekarang nak mengaku? Kalau kau tak masuk dalam hidup aku, buatkan aku jatuh cinta pada kau. Benda ni takkan berlaku.. ianya dah terlambat. Aku dah cintakan kau..”

“Padam perasaan awak tu. Sa- saya.. Lauren Reisha Kim mahu menuntut cerai.” ucap Lauren buatkan Taehyung terkaku. Seakan apa yang didengarinya itu adalah suatu perkataan yang menentukan hala hidupnya.

“La- lauren..”

Tubuh Taehyung tersandar pada kerusi tersebut. Wajahnya sudah berubah kecewa. Dia masih cintakan Lauren dan dia akui dia masih marah namun tidak ada niat langsung dihatinya itu mahu menceraikan Lauren. Tidak ada sama sekali.

“Aku takkan ceraikan kau, sampai mati sekalipun!” tengking Taehyung sebelum melangkah keluar dari wad tersebut.

Lauren menangis didalam diam. Dia bangkit dari pembaringannya sebelum duduk dibirai katil. Niatnya mahu memujuk Taehyung namun belum sempat kakinya mencecah lantai sejuk tersebut, pintu biliknya kembali dibuka dan disitu Kai muncul sambil memakai pakaian doktor.

“Reisha..”

“I want to see my husband for the last time. C- can I?” soal Lauren. Kai tersengih kecil, dia melangkah merapati Lauren dan berdiri dihadapan gadis itu hingga pahanya bertemu dengan lutut Lauren.

“Aku dah bagi kau masa, aku tak nak bazirkannya lagi..” bisik Kai lalu tangan kasarnya menyentuh pipi Lauren yang basah disebabkan air mata itu.

“Please..”

“Dah sedia untuk tinggal dengan aku? Selamanya?” soal Kai, walaupun mendapat gelengan dari Lauren, lelaki itu tetap menarik lengan Lauren kasar sambil mencengkam rahang gadis itu.

“Kau akan bersama dengan aku selamanya, Reisha.” ucapnya lalu Lauren ditarik keluar dari wad tersebut.

Disebabkan sekarang ialah waktu rehat pagi para doktor, jadi doktor kurang memantau kawasan tersebut. Lelaki itu dengan mudahnya membawa Lauren ke rooftop tanpa sebarang kesulitan.

Gadis itu sudah menangis teresak- esak kerana dia tak mampu hendak melawan paksaan Kai kerana tubuhnya masih lemah.

...

“Taehyung.. buat apa kat sini?” soal Jungkook sambil berjalan beriringan dengan Jimin di koridor tersebut. Taehyung cuma membalas dengan gelengan saja. Saat itu mata Jimin terpandang akan kelibat seorang pesakit yang ditarik oleh seorang doktor lelaki masuk kedalam lift.

Dia sudah rasa tak sedap hati.

“Siapa yang temankan isteri kau?”

“Dia seorang diri.” jawab Taehyung buatkan Jimin membulatkan matanya. Lengan Taehyung dipukul.

“Bodoh!” ucap Jimin sebelum dia berlari ke wad yang menempatkan Lauren namun gadis itu sudah tidak ada disitu. Dia menendang pintu bilik sebelum kelibat tadi disusulnya. Jungkook dan Taeyung juga berbuat benda yang sama.

Mereka bertiga sampai di rooftop hospital dan disitu mereka lihat Kai serta Lauren sudah berdiri diatas penghadang. Tinggal tunggu masa untuk lompat dan mati saja.

“Kai! Apa kau buat ni hah?!” tengking Taehyung, dia menjadi baran. Amarahnya memuncak sebaik melihat sengihan tak berdosa Kai sambil memeluk pinggang Lauren, isterinya itu.

“Maaflah, Tae. Aku nak bawa syurga aku ni buat selamanya. Terima kasih sebab jagakan dia untuk aku-”

“Kai, kita boleh berbincang-”

“Bincang apa?! Tahu tak disebabkan jantan durjana macam korang ni, Reisha aku sakit. Huh.. korang memang tak layak langsung. Aku benci kau! Aku benci!

Lauren akan jadi milik aku selamanya. Hanya dia seorang yang aku nak. Kau bertiga boleh pergi mampus!” pekik Kai lalu pelukan pada pinggang Lauren dia eratkan lagi.

“Kai.. apa salah aku pada kau?”

“Kau tak ada salah apa- apa sebenarnya. Cuma satu je masalahnya, kau kahwin dengan Reisha aku. Dia sepatutnya jadi isteri kepada Kim Jong In bukannya lelaki macam kau!” pekik Kai lagi dan bila matanya menangkap gerak geri Jungkook yang mahu berlari kearahnya.

“Au révoir.. (good bye)” ucap Kai dan diselangi tangisan Lauren, kedua mereka melompat dari bumbung hospital tingkat ke-16 itu.

Taehyung menjadi lemah satu badan. Tak.. ini cuma mimpi. Ini cuma mimpi!

.

Kejam tak saya?

Last chapter will publish on 8:30 pm. So, stay tuned.❤

[👀]
Hai, sila berikan saya bintang kuning serta comment jika anda sudi. Thank you❤
[😚]

(S1&S2) Belle Áme | 뵈 ✓Where stories live. Discover now