Belle Áme | 12
“Nak kemana tu, Lauren sayang?” tegur Madame Sofiya, ibu kepada Lauren Reisha.Melihatkan anak gadisnya yang mengenakan pakaian kasual iaitu kemeja putih yang ditack in kedalam seluar jeans buatkan wanita itu memandang anaknya atas bawah. Simple but neat and pretty.
“Nak keluar, ma. Kejap je.” kata Lauren, Madame Sofiya tersenyum simpul. Mungkin dia fikir yang Lauren keluar dengan tunangnya yang juga merujuk kepada bakal menantunya itu.
“Nak keluar dengan Taehyung, ke sayang?” soal Madame Sofiya. Lauren mendiamkan diri, tidak mengangguk mahupun menggeleng. Dia mahu menjawab apa? Jimin yang mengajaknya keluar, bukan tunangnya. Bukan Taehyung. Dia sarungkan kasut hitam pada kakinya.
“Hati- hati!” kata Madame Sofiya disambut anggukan dari Lauren. Bunyi hon kereta di luar rumah buatkan Lauren cepat- cepat melangkah keluar.
Kereta Jimin sudah terparkir diluar, Jimin melambaik tapak tangan buatkan Lauren berhenti melangkah. Bukan itu yang buatkan dia berhenti melangkah, bukan Jimin. Yang buatkan dia berhenti adalah disebabkan ada Taehyung didalam kereta itu. Dia sedang duduk di tempat penumpang disamping pemandu didalam kereta Jimin. Lauren ketap bibir. Masalah.
“Ahh Lauren, saya bawa Taehyung sekali. Dia nak ikut, nak beli barang sikit. Dia kata kereta dia rosak.” kata Jimin memberi alasan bila sedar wajah Lauren sudah berubah.
“Em.” jawab Lauren dengan deheman sebelum dia memasuki perut kereta dan duduk ditempat penumpang dibelakang. Jimin sempat melirik Lauren dari cermin pandang belakang. Taehyung cuma melirik dari ekor mata. Dia berdehem kecil.
“Hari ini saya tak bawa awak jauh- jauh. Disebabkan ada Taehyung, jadi kita round mall ajelah, okay?” Jimin menyoal seraya memandu keretanya di atas jalan raya. Lauren cuma berdehem sebelum cermin matanya dibetulkan.
“Lauren nampak cantik, hari ni.” puji Jimin buatkan Taehyung laju memandangnya. Lauren cuma senyum, dia alihkan pandangan bila Taehyung turut melirik pandang kepadanya.
Keadaan didalam kereta menjadi sunyi.
...“Jomlah duduk makan. Hari saya belanja awak berdua. Kau pun Taehyung!” ajak Jimin dengan gembira seraya menunjukkan eyesmilenya. Lauren cuma angguk dan mereka ketiga sama- sama duduk disatu meja.
Jimin dan Lauren duduk bersebelahan sementara Taehyung duduk dihadapan mereka berdua. Kekok, sangat kekok.
“Ha orderlah! Jangan risau saya belanja.” Jimin bersungguh- sungguh mengatakan hal tersebut. Selesai meng- order makanan, mereka mulai mendiamkan diri lagi. Taehyung mencuri pandang pada Lauren.
“Mesti stress-kan belajar ni?” soal Jimin seraya menongkat dagu. Lauren mengangguk seraya menjawab ya. Taehyung hanya menjadi pemerhati. Terasa dipinggirkan.
“Ahh Tae, kenapa kau tak ajak Rahee je tadi? Barulah nampak macam double date.” kata Jimin. Wajah Taehyung serta merta terdongak. Lauren cuma diam.
“Ahh, friendly date” terang Jimin dan saat itu makanan yang dipesan dihidangkan diatas meja.
“Em, awak mix ke Lauren?” soal Jimin sambil menyudu sup pedas tuna kedalam mulut. Lauren mengangguk.
“Yup, saya Korea- Perancis. Mama saya orang french, papa pula Korea asli.” ucap Lauren seraya tersenyum. Jimin membalasnya dengan senyuman juga. Taehyung dihadapan bagaikan tidak wujud dihadapan mereka.
Cara layanan Jimin pada Lauren cukup membuktikan bahawa lelaki itu betul- betul menyukai Lauren dan itu buatkan Taehyung tidak senang duduk.
“Kau diam je tadi, Tae. Kenapa?”
“Hem? Tak ada apa- apa.” jawab Taehyung seraya mengaul- gaul mi sup yang dipesannya. Dia rasa gelisah sekarang ini.
“Ohh kejap, ya. Aku nak pesan bingsu mangga sebagai dessert” kata Jimin sebelum menghilang ke kaunter untuk order bingsu.
“Kau suka Jimin?”
“Kenapa tanya?” soal Lauren semula. Taehyung mengetap bibir.
“Aku..”
“Pe- perasaan saya tak penting bagi awak, kan?” balas Lauren. Lagi- lagi Taehyung terdiam. Dia mengacau sup tersebut.
“Jimin nampak sukakan kau.”
“Kalau ya kenapa?”
“Kau kena ingat yang aku ni masih tunang kau.” kata Taehyung menekankan perkataan tunang buatkan Lauren tersenyum tipis.
“Saya sentiasa ingat, awak yang tak..”
Taehyung keluh berat. Yup, Lauren betul. Baru sahaja dia hendak membalas, kedatangan Jimin buatkan Taehyung terpaksa menunda percakapannya.
Huh.
.
🌟vote✔
💬comment✔
YOU ARE READING
(S1&S2) Belle Áme | 뵈 ✓
Diversos[OLD TITLE: INSIDE THE BEAUTY] Tak cantik tak apa, yang penting you have Belle Áme, means beautiful soul. Season One: Kita hanyalah dua orang manusia yang ditemukan dengan harapan untuk bahagia. Namun harapan taklah seindah dan boleh digapai. Season...