Bab 49👑

1.9K 288 21
                                    

“Eung..”

Suara rintihan itu buatkan Jungkook yang hampir terlena terus terjaga. Matanya menjadi segar bugar sebaik melihat tapak tangan Lauren bergerak perlahan. Lantas dia melangkah merapatkan diri dengan gadis itu.

Teragak- agak dia mahu menyentuh tapak tangan Lauren hingga dia mengalah dengan bisikan dihatinya yang mahu dia menyentuh tapak tangan Lauren.

“Cik Lauren?” soalnya lembut. Tapak tangan Lauren diraihnya perlahan. Serentak kelopak mata gadis itu terbuka luas, dia anak matanya memandang Jungkook dengan pandangan takut. Jungkook mengeleng perlahan, lengan Lauren diusapnya perlahan.

It's okay. Semuanya baik- baik je. Cik jangan risau, saya ada disini. Dia takkan ganggu dan sakitkan Cik lagi.” dengan lembut Jungkook mengutarakan perkataan tersebut sebelum senyuman tipis diberikan kepada gadis itu.

“Su- suami saya kat mana?”

“Cik jangan fikirkan dulu, ya? Mungkin suami cik tengah sibuk. Jadi dia tak datang. Tapi Cik jangan risau, mungkin esok dia akan datang lawat Cik. Jangan risau, ya?” ucap Jungkook lembut.

Air mata Lauren mengalir perlahan. Dia terkilan, Taehyung.. betul- betul dah jijik dengan dia ke? Dia betul- betul dah tak perlukan Lauren ke? Soal gadis itu pada dirinya sendiri.

“My mom?”

“Ohh ibu Cik minta saya jagakan Cik sementara dia ada hal nak diselesaikan. Tak apa Cik, buat masa ini, Cik Lauren dalam jagaan pihak polis. Suspek utama atau lelaki psiko yang Cik laporkan tempoh hari akan kami cuba jejaki.

Buat masa sekarang, Cik cuma perlu berehat dan tenangkan diri. Esok kita akan mulakan sesi temubual tentang kejadian ni. Bolehkan?” soal Jungkook penuh berhati- hati. Lauren cuma menganggukkan kepalanya lemah.

“Kejap ya, saya panggilan nurse dulu.” ucapnya sebelum beredar keluar dan beberapa saat kemudian seorang nurse serta doktor lelaki masuk kedalam wad pesakit milik Lauren untuk melihat keadaan gadis itu.

“Puan ada sakit mana- mana?” soal nurse tersebut. Lauren tidak menjawah, fikirannya melayang ke Taehyung. Lelaki itu memang tak berhati perut. Sanggup tuduh dia bukan- bukan tanpa mahu dengar penjelasan dari dirinya.

Kim Taehyung.. hati awak masih milik saya ke?

...


“Kau sure ke yang kau okay ni, Tae?” soal Jimin dengan dahi yang berkerut.

Manataknya, petang tadi lagi Taehyung terperup di ruang tamu dirumahnya sambil membawa 3 botol soju. Nampak tensionlah gamaknya.

“Aku okay..

Okay pebendanya? Aku nampak kau macam serabut je. Ni, ni. Kau tak nak balik ke? Lauren kat rumah siapa temankan? Kau tak risau ke?” soal Jimin seraya meneguk segelas alkohol. Stress dia tengok Taehyung macam ni!

Taehyung pula, dengar je nama Lauren disebut, hatinya tenang berubah panas semula. Gelas soju yang dipegangnya dihempas keatas meja. Dia bengang ni bengang!

“Boleh tak jangan sebut nama dia? Aku bencilah!” tengking Taehyung sebelum gelas soju dicapai lalu soju dituang kedalam kelas sebelum diteguknya. Makin berkerut dahi Jimin jadinya.

Taehyung ada masalah rumah tangga ke?

“Kau gaduh ke?”

“Dia tipu aku. Dia barang secondhand, huh.. bodohnya aku sebab tak dapat bezakan barang secondhand dengan barang limited edition.” tegas Taehyung sebelum tersengih kecil.

“Kau cakap apa?”

“Dia pernah kena sentuh lelaki lain selain aku-”

“Dan kau percaya bulat- bulat tanpa usul periksa?” soal Jimin, dia menjadi sakit hati secara tiba- tiba.

Tak masalahnya, tak ada angin tak ada ribut tetiba dia cakap Lauren tu barang secondhand? Yang dia tahu, Lauren bukan jenis yang macam tu.

Taehyung mendiamkan diri.

“Bukti dah ada didepan mata, bekas ciuman pada leher dia, bibir dia luka. Dan.. dia sendiri yang mengaku.”

“Apa kau fikir Lauren akan buat benda macam tu ke? Dia tu baik, Tae. Kau yang tak nak dengar penjelasan dia, manatau dia dipaksa. Kau tak tahu apa yang lalui-”

“Lelaki tak guna tu yang buat dia macam tu. Sepatutnya Lauren Reisha pandai jaga diri, but.. huh.”

Jimin mendiamkan diri. Reisha? Reisha? Dia.. macam pernah dengar nama itu. Aha! Masa Kai serang dia hari tu. Jadi Lauren.. ialah Reisha yang Kai maksudkan?

“Mana Lauren sekarang?”

Probably meeting that bastard-

Drt drt!

Taehyung mendengus kasar sebelum telefon pintarnya dia capai lalu gesel butang hijau bila melihat nama pemanggil.

“Kim Taehyung! Mana kamu sekarang?! Tahu tak isteri kamu masuk hospital sebab minum racun?!” jerit Puan Kim buatkan Taehyung terkaku.

“A- apa?”

Balik sekarang juga!!

Telefon pintar milik Taehyung terlepas dari pegangan. Hatinya berdebar. La- lauren minum racun?

“Jimin! Jom ke hospital sekarang!”

.

[👀]
Sila drop vote serta comment untuk author. Thank you❤. Jangan jadi silent reader, ya?
[😚]

(S1&S2) Belle Áme | 뵈 ✓Where stories live. Discover now