Bab 42👑

2.1K 346 20
                                    

Terima kasih kerana turut serta dalam group ni” kata Jimin selaku ketua dalam kumpulan tersebut. Namun ucapannya untuk mengakhiri acara tersebut taklah seceria yang selalu, lelaki itu nampak muram sahaja.

Bila Jimin mahu melangkah pergi, terus Taehyung menahan lengan Jimin.

“Jimin, boleh kita bercakap sekejap?” katanya, mahu tak mahu Jimin terpaksa menurut. Terus Taehyung menarik Jimin ke taman mini yang masih berhias dengan lampu-lampu kecil.

“Taehyung.. aku tak ada banyak masa-”

“Jimin, first aku nak minta maaf pasal apa yang berlaku. Lauren memang tak salah langsung dalam hal ni. Aku yang salah. Aku yang minta dia buat macam ni. A-aku yang minta dia rapat dengan kau. Aku yang minta dia temankan kau.

Aku buat semua ni untuk hilangkan rasa sunyi kau. Yalah, kau cakap muka Lauren, sama dengan bekas tunang kau, kan?” terang Taehyung seraya menepuk bahu Jimin menandakan dia memang bersungguh- sungguh menerangkan perkara tersebut.

“Kalu kau tak nak aku sunyi, kenapa sekarang kau macam.. nak pisahkan aku dari dia?” ujar Jimin. Terus Taehyung meremas rambutnya buntu. Wah, tak sangka Jimin dah betul- betul jatuh cinta pada Lauren, isterinya!

“Bukan macam tu Jimin, hah. Dia tu dah jadi isteri aku, jadi.. wajar aku minta dia jauhkan diri kau. Aku rasa cemburu, aku tak suka tengok lelaki lain rapat dengan dia. Maafkan aku Jimin. Tolong maafkan aku..” rayu Taehyung sebelum lengan Jimin dia sentuh.

Jimin mengeluh, serentak pegangan tangan Taehyung pada lengannya dia lepaskan.

“Kau tak kau dah mainkan perasaan aku? Aku.. tak boleh maafkan kau macam tu je-”

“Sunbae, maafkan saya dah Taehyung. Saya mohon..” celah Lauren yang sedari tadi mendiamkan diri di belakang mereka. Sekali lagi Jimin mengeluh. Melepaskan Lauren.. seakan melepaskan bekas tunangnya untuk kedua kalinya. Sakit, semestinya perkara itu menyakitkan.

“Baiklah.. aku maafkan kau.” balas Jimin, melebar senyuman Taehyung jadinya. Terus Jimin ditarik kedalam pelukannya.

“Macam nilah, Jimin aku!”

“Boleh aku cakap sikit dekat isteri kau?” tanya Jimin. Taehyung cuma angguk kecil sebelum Jimin berdiri dan berdiri berhadapan dengan Lauren.

Gomawo.. sebab temankan saya buat sementara waktu. Hilangkan rasa sunyi saya. I appreciate it.” ucap Jimin, Lauren cuma mengangguk kecil. Jimin menoleh memandang Taehyung sebelum jongketkan keningnya.

“Boleh aku peluk isteri kau?”

“Ha..” balas Taehyung lalu alihkan pandangan. Dia patut rendahkan perasaan cemburu dia sedikit untuk Jimin.

Jimin tersenyum sebelum dia menarik Lauren kedalam pelukan. Sekali lagi Jimin melepaskan keluhan berat. Dia eratkan pelukan.

Thank you, love.

...


Drt drt!

Unknown number.
+Reisha..
+you look pretty tonight.


Huh..” Lauren mencampakkan phonenya ke atas katil. Keningnya dia urut perlahan. Dia pening dengan permainan dia.

Apa yang sebenarnya lelaki psiko itu mahukan? Dia tak tahu ke yang Lauren Reisha Kim ini sudah menjadi isteri kepada lelaki bernama Kim Taehyung? Susah sangat ke nak faham?!

“Sayang?” panggil Taehyung sebaik kakinya melangkah keluar dari kamar mandi. Rambutnya yang basah dia lap menggunakan tuala kecil.

“Kenapa ni, sayang?” soal Taehyung bila dia tidak mendapat sahutan dari Lauren. Terus dia melabuhkan punggung diatas katil lalu lengan isterinya dia cuit perlahan.

“Penat ke?”

“Hem..” jawab Lauren. Taehyung mengangguk faham, dia baringkan tubuh disamping Lauren yang membelakanginya. Pinggang gadis itu dia peluk dan rambut Lauren dia kecup perlahan.

“Tidurlah Tae-”

“Kenapa ni, sayang? Sejak dalam kereta tadi, sayang senyap semacam je. Ada student yang tak puas hati dengan sayang ke?” soalnya. Lauren menggeleng perlahan. Dia mengiringkan tubuh untuk berbaring menghadap Taehyung.

“Boleh tak kalau saya lawat Ray esok?”

“Boleh aje, sayang.” jawab Taehyung sebelum mereka mendiamkan diri sekali lagi.

“Kenapa?”

“Saya rasa.. lelaki psiko tu adalah dalam kalangan orang yang saya kenal.” kata Lauren. Taehyung mendiamkan diri.

“Dia masih ganggu sayang?”

“Dia cuma hantar mesej, dia cakap i look pretty tonight. Saya rasa.. dia ada dalam kalangan kawan atau pelanggan malam ni.” ucap Lauren. Taehyung mengeluh berat.

“Sayang tak nak buat report polis ke? Saya risau dia apa- apakan sayang. Lelaki psiko ni, kalau dia boleh cederakan orang, tak mustahil dia akan cederakan awak ataupun saya.” ujar Taehyung. Lauren mendiamkan diri.

“Yalah, nanti saya buat.” kata Lauren sebelum mendiamkan diri lagi. Mereka saling berpandangan.

“Sayangggg..” panggil Taehyung lembut seraya mengeratkan pelukan. Dia kenyitkan mata bila Lauren pandang dia pelik.

“Jom?”

“Pergi mana?”

Taehyung cuma kenyitkan mata sebelum dia bangkit untuk memadam lampu tidur menjadikan bilik mereka gelap gelita.

.

[👀]:
Sila tinggalkan bintanf kuning selepas anda baca
[😚]

(S1&S2) Belle Áme | 뵈 ✓Where stories live. Discover now