Bab 30👑

2.1K 285 34
                                    

Gomawo, Jimin- ah” kata Lauren seraya menundukkan tubuhnya tanda dia betul- betul berterima kasih.

Taehyung cuma mampu mengintip disebalik langsir tingkap, nasiblah Jimin tak pernah lagi ke rumah dia, kalau tak, mahu terkejut beruk lelaki itu jadinya.

“Kan aku dah cakap jangan keluar dengan Jimin lagi, kenapa degil?” kata Taehyung sebaik Lauren melangkah masuk kedalam rumah. Lauren mengecilkan anak mata, sebelum mengetap bibir melihat wajah masam Taehyung.

“Em.. saya tak boleh tolak perlawaan dia.” jawab Lauren seraya tundukkan wajah. Taehyung mengeluh berat. Lama dia merenung Lauren begitu, dia tersedar sesuatu. Lauren tak kenakan cermin mata!

Where's your glasses?” soal Taehyung. Dia berpeluk tubuh. Lauren tayangkan cermin matanya yang retak sebelah manakala yang satu lagi sudah hilang kanta dia. Terus Taehyung pandang wajah Lauren semula.

“Kenapa boleh jadi macam ni?” soal Taehyung risau.

They're broke. Em, saya yang cuai. Terjatuh dan.. saya terpijak.”

“Jangan cuba nak tipu aku.” tegas Taehyung berkata seraya melangkah merapati Lauren sebelum berdiri betul-betul dihadapan gadis itu. Cermin mata Lauren dia capai lalu dia belek. Dia mengeluh berat.

“Budak tu buli kau lagi?”

“Taklah-”

Jantung Lauren berdegup kencang sebaik jari Taehyung menyentuh dagunya dan serentak wajahnya didongakkan untuk memandangnya. Lauren mengetap bibir.

“Aku dah minta dia jauhkan diri dari kau, kenapa dia buat lagi?” soal Taehyung, Lauren cuma mampu menggelengkan kepalanya tanda tak tahu. Pandangannya dialihkan, kini dia hanya pandang pasu bunga yang diletakkan diatas almari perhiasan.

“Hem.. kau tak apa- apa, kan?” soal Taehyung. Lauren anggukkan kepalanya. Taehyung cuma senyum kecil.

“Em, pasal semalam.. aku minta maaf. Aku tak sengaja. Maaf sebab buatkan kau tertunggu- tunggu..” lembut saja Taehyung berkata. Sesungguhnya kata- kata dia memang ikhlas datang dari sudut hatinya yang paling dalam. Dia betul-betul maksudkannya.

“Err tak apalah Tae..”

Bila Lauren mahu menjarakkan dirinya, laju saja tangan Taehyung melingkar di pinggang gadis itu. Lauren sudah ketap bibir, dia berpandangan seketika dengan Taehyung.

“Betul ni?”

Lauren cuma mengangguk perlahan. Taehyung senyum kecil, dia longgarkan pelukan dan Lauren mulai bernafas lega.

“Nanti aku bawa kau tukar cermin mata baru, sekaligus pindah rumah baru kita.” kata Taehyung. Lauren anggukkan kepala, dia melangkah naik ke tingkat atas untuk mandi dan menukar pakaian.

...


Buk!

Sakitlah bodoh! Apa yang kau buat ni hah?!” jerit Gina kesakitan bila lelaki yang tak dikenalinya itu menolak kuat tubuhnya hingga menghentak dinding simen tersebut.

“Kenapa kau sakitkan Reisha aku, hah? Apa salah dia sampai kau buat macam tu? Dia tu budak baik.. apa yang dia buat dekat kau?!” nada suara lelaki itu naik satu oktaf. Gina mengetap bibir.

“Dia ambil position aku! Dia suka tarik perhatian orang lain! Orang hodoh macam dia tu tak patut ada dalam dunia ni!”

Pang!

Pipi Gina ditampar kuat sebelum rahangnya dicengkam kasar oleh lelaki serba hitam dengan mask tersebut.

“Dia tak hodoh, dia perempuan paling cantik pernah aku tengok. Jangan sesekali cakap dia hodoh!” tengking lelaki itu. Dia geram, wanita secantik Reisha dia cakap hodoh?

“Kau siapa hah?! Reisha tu siapa? Apa hubungan kau dengan dia sampai kau sanggup buat macam ni?!”

“Aku sukakan dia dah lama.. dia cantik dan dia baik.. aku tak fahamlah kenapa kau boleh layan dia teruk! Kau dengan lelaki dua orang tu menyusahkan aku je! Tak guna!”

Buk!

Perut Gina yang ditumbuk sekali buatkan gadis itu meringis kesakitan dan jatuh terjelepok diatas lantai simen tersebut.

“Tolonglah jangan buat aku macam ni. Aku minta maaf.. aku janji tak buat lagi.. Tolong lepaskan aku..” rayu Gina bila merasakan yang perutnya merasa sakit. Disebalik mask itu lelaki itu tersenyum menyerigai.

Dia keluarkan pisau kecil dari kocek seluarnya. Gina yang melihatnya terus membulatkan mata.

“Tolonglah! Aku merayu! Jangan bunuh aku!”

“Kalau kau sakitkan dia, bermakna kau sakitkan aku juga. Aku tak boleh. Reisha..dia bagaikan nyawa aku.” katanya sebelum merapatkan diri dengan Gina yang sudah tersandar di tembok.

“Tolonglah.. aku merayu pada kau!”

“Maaf, aku kena jaga nyawa aku dan terpaksa cabut nyawa kau. Kau jahat, aku dah lama perhatikan kau. Ini jelah caranya. Bye, Gina.” bisiknya sebelum perlahan- lahan pisau kecil itu menusuk perut Gina dan darah mulai merecik merata tempat.

Arghh!

Gina menjerit sakit dan sebelum itu dia sempat menarik mask yang menyembunyikan wajah lelaki tersebut. Mata Gina membulat besar.

Sun- Sunbae..?

Lelaki itu menyerigai senang. Gina sudah terkapar diatas lantai dengan darah yang membanjiri kawasan tempatnya berada. Lelaki itu terus meninggalkan kawasan tersebut tanpa jejak.

.

Maaf, i terkejam pula.

(S1&S2) Belle Áme | 뵈 ✓Where stories live. Discover now