Belle Àme | 20
“Good bye, ma” kata Lauren seraya melambai- lambaikan tapak tangannya. Madame Sofiya membalas dengan senyuman yang lebar sampai ke telinga bila melihatkan anak perempuannya sudah selamat masuk kedalam bilik hotel.Lauren berdiri kaku dihadapan biliknya, dia kemam bibir sebaik kelibat Taehyung kelihatan sedang duduk diatas birai katil sambil membuka dua butang baju kemejanya.
“Apa?” soal Taehyung, dingin.
Lauren menggeleng kecil sebelum dia mengambil tempat dihadapan meja solek. Penyucuk rambut ditarik dari rambutnya dan automatik rambutnya terurai panjang. Lauren mengetap bibir sebaik melihat Taehyung yang ikut memandangnya dari pantulan cermin.
“Ke- kenapa?” soal Lauren namun dia tergagap kerana pandangan Taehyung yang tajam menikam anak matanya. Dia rasa gerun seketika. Lelaki itu tidak menjawab, dia tetap merenung Lauren dengan tatapan yang dingin.
Lauren ketap bibir, dia alihkan pandangan sebelum sarung tangan berenda yang dia kenakan dia lepaskan.
“Kau.. nampak cantik malam ni” kata Taehyung buatkan pergerakan Lauren terhenti. Dia kembali memandang Taehyung dari pantulan cermin. Lelaki itu turut berbuat benda yang sama.
“Te- terima kasih.” kata Lauren, kekok.
Dia nak bagi reaksi apa dengan pujian dari Taehyung tu? Entah ikhlas ke tidak lelaki tu. Malas mahu berbalas pandangan dengan Taehyung, Lauren melepaskan subang yang dipakainya sebelum mengangkat punggung. Mahu mandi. Lauren mencapai tuala mandi sebelum dia melangkah masuk kedalam kamar mandi.
Taehyung yang sedang duduk dibirai katil menghembuskan nafas berat. Punyalah susah dia nak cuba kawal riak muka supaya tak nampak gelabah tadi. Huh. Taehyung menghempaskan tubuhnya diatas katil, lengannya diletakkan diatas dahi.
“Lauren Reisha Kim..” nama itu meniti di bibirnya. Tanpa sedar dia tersenyum sendiri. Glow up dari Lauren memang sangat luar biasa.
Buktinya, gadis itu kelihatan sangat cantik walaupun dengan solekan tipis dan tanpa kaca mata bulatnya. Seakan, dia merasa bangga memiliki Lauren sebagai isteri. Lauren Reisha Kim, dia mahu gadis itu menjadi miliknya seorang saja.
Tapi bila terkenang akan cadangannya yang mahu Lauren menemani Jimin buatkan hatinya tak semena- mena menjadi gelisah. Ya, dia tahu itu perbuatan yang salah. Tapi niatnya baik, dia mahu Jimin merasa bahagia.
Sedang elok dia berkhayal, Lauren sudah keluar dari kamar mandi dengan hanya mengunakan jubah mandi. Bukan dia sengaja, dia cuma lupa nak ambil baju! Taehyung yang sedar akan kehadiran gadis itu cuma melirik dari ekor mata. Dia menelan liur. Bingkas, Taehyung bangun dari baring.
“Kau buat apa?” tegurnya, suara cuba dikawal agar tidak terdengar bahawa dia sedang gemuruh. Lauren angkat wajah.
“Er.. saya lupa nak ambil baju tadi. Ma- maaf ya” kata Lauren seraya menghampiri beg pakaiannya sebelum mengeluarkan beberapa baju serta seluar slek hitam. Bila dia putarkan badan, tubuh Taehyung menghalangnya dari berjalan semula ke kamar mandi.
“Err.. Tae- Taehyung..”
Lelaki itu melekapkan tapak tangannya di almari pakaian di bahagian kiri bila gadis itu mahu pergi.
“Boleh tak lepas ni, jangan keluar lagi dengan Jimin?” katanya separuh berbisik. Lauren mendongakkan wajah, anak mata Taehyung menikam anak matanya.
“Ta- tapi kenapa? Jimin orang yang baik-”
“Sekarang kau isteri aku. Aku tak nak kau rapat dengan lelaki selain aku. Termasuklah Jimin. Jadi..” Taehyung rapatkan wajah hingga bibir Taehyung hampir menyentuh pipi Lauren.
“..dengar cakap aku selaku suami kau” bisik Taehyung seraya menekankan perkataan suami kau. Lauren tundukkan wajah.
“A- awak dengan Rahee?”
“Aku akan uruskannya. Tapi itu tak bermaksud aku serahkan hati aku ni pada kau sepenuhnya. Aku masih cintakan Rahee dan perlukan waktu untuk lupakan Rahee dan belajar cintakan kau.” kata Taehyung. Lauren ketap bibir, dia tolak perlahan tubuh Taehyung.
“Kalau awak masih cintakan dia, baik kahwin dengan dia!” kata Lauren sebelum melangkah masuk kedalam kamar mandi. Taehyung terkebil- kebil. Dia menghela nafas berat.
.
🌟vote✔
💬comment✔
YOU ARE READING
(S1&S2) Belle Áme | 뵈 ✓
Casuale[OLD TITLE: INSIDE THE BEAUTY] Tak cantik tak apa, yang penting you have Belle Áme, means beautiful soul. Season One: Kita hanyalah dua orang manusia yang ditemukan dengan harapan untuk bahagia. Namun harapan taklah seindah dan boleh digapai. Season...