Bab 53👑

2.1K 284 36
                                    

"With all the smile you brought me, I never thought that you could cause me so many tears and pain."

.


"Sila serahkan diri sekarang!"

"Kami telah mengepung anda, tak ada jalan keluar lagi!" pekik salah seorang daripada anggota polis tersebut. Jungkook masih dalam keadaan bersedia menunggu arahan dari ketuanya.

Rumah yang dikepung itu merupakan rumah seorang lelaki bernama Kim Jong In atau Kai yang dilaporkan oleh Lauren kelmarin. Lelaki psiko itu. Dia tak sangka yang Kai merupakan seorang lelaki yang terkenal baik dikawasan rumahnya.

Huh.. boleh tak dia gunakan syaitan bertopengkan manusia? Sebab gelaran itu nampaknya layak untuk lelaki itu.

"Go, go, go!"

Sekumpulan anggota polis diarahkan masuk kedalam rumah. Pintu rumah dirempuh kasar dan serentak polis mengeledah setiap sudut didalam rumah tersebut. Hasilnya sangat mengecewakan. Baju- baju lelaki itu bersertakan batanf hidungnya pun langsung tidak ditemui.

"Clear." ucap salah seorang anggota dengan helaan nafas kecewa. Jungkook mengetap bibir, geram. Kai sudah terlebih dahulu melarikan diri sebelum polis tiba. Cih! Bijaknya kau!

"Macam mana boleh terlepas?" soal seorang polis selaku ketua didalam kumpulan tersebut. Riak wajah kecewanya terpancar. Jungkook melepaskan keluhan berat. Dia geram. Betullah cakap Lauren yang lelaki itu begitu licik dan lincah.

Polis cuma menemui sebuah bilik yang dipenuhi dengan gambar- gambar milik Lauren yang nampaknya diambil secara senyap- senyap.

Huh! Dasar lelaki psiko!

...

"Boleh tak kau bertenang sekarang Tae? Lauren tu mana pandai berbohong. Kalau kau duduk luar ni, masalahnya takkan selesai. Kau tak kesiankan isteri kau ke, Tae?" pujuk Jimin. Taehyung meraup rambutnya geram.

"Dia dah tuduh kawan aku macam- macamlah Jimin! Kau fikira aku boleh bertenang ke?!" tengking Taehyung, tangan Jimin yang menyentuh bahunya dia tepis. Jimin mengeluh berat.

"Tae, pleaselah. Tak boleh ke kalau kau percayakan dia? Lagipun Kai.. Kai pernah cuba untuk bunuh aku. Ditempat letak kereta difakulti hari tu. Dia buat semua ni sebab.. dia cakap dia sukakan Reisha. Lauren Reisha.. itu isteri kau, kan?" ucap Jimin.

"Kai yang aku kenal takkan buat macam tu-"

"Kau kenal sangat ke Kai tu? Kau mana rapat sangat dengan dia sampai kau tahu apa yang akan dia buat. Kawan kita tu.. psiko Tae. Kau tak faham orang psiko ni. Mereka pandai berpura- pura!" kata Jimin. Dia yang stress dengan Taehyung ni.

Eii, bini dah macam hilang akal dah didalam sana. Dia pulak rilek je meluah dekat luar sini.

"Jimin, aku percayakan Kai-"

"Cubalah kali ini kau percayakan isteri kau pula. Tae, kau kena hargai dia sebelum semuanya terlambat. Aku takut, kau menyesal pulak kemudian hari.." nasihat Jimin sebelum bahu Taehyung ditepuknya perlahan.

Ketika itu perhatiannya teralih pada seorang polis yang sedang melangkah ke sini.

"Ada apa- apa perkembangan?" soal Jimin bila Jungkook melintasinya. Jungkook cuma membalas dengan gelengan dikepalanya.

"Maaf, pihak kami terlepas." ucap Jungkook seraya membongkokkan badannya. Taehyung dan Jimin melepaskan keluhan berat. Sekali lagi bahu Taehyung ditepuk kali ini bukan dari Jimin. Melainkan dari Jungkook.

"Maaflah kalau aku masuk campur, tapi aku rasa isteri kau bercakap benar. Kalau tak, kenapa lelaki itu larikan diri kalau dia tak bersalah?

Lagipun kami hanya temui sebuah bilik yang dipenuhi dengan gambar-gambar Cik Lauren serta gambar-gambar lelaki yang ditanda pangkah. Kau masih nak backup chingu kau tu ke?" kata Jungkook sebelum tersenyum. Sekali lagi dia tundukkan badan sebelum melangkah masuk kedalam bilik Lauren itu.

Taehyung melepaskan keluhan berat.

"Cik Lauren dah okay?" soal Jungkook lembut. Gadis itu tidak menjawab, dia hanya pandang Jungkook dengan pandangan memelas sebelum dia tundukkan wajahnya.

"Maafkan saya Cik Lauren, lelaki psiko tu dapat lepaskan diri.."

"Tak apa, mungkin ini dah memang takdir saya.." jawab Lauren lirih dan sedih. Kedua lututnya dipeluk erat. Perhatian Jungkook teralih pada pintu wad yang baru ditolak perlahan.

Disitu dia lihat Taehyung masuk kedalam bilik dengan langkah longlai. Jungkook yang faham terus keluar dari situ meninggalkan Taehyung dengan Lauren berdua.

"Lauren.." panggilnya lembut. Tidak ada sahutan dari gadis itu. Taehyung mengeluh berat, dia merapatkan diri ke katil Lauren lalu melabuhkan punggung diatas kerusi berhampiran dengan katil.

"Sayang.."

"Maafkan saya sebab tuduh awak bukan- bukan.." dengan lembut Taehyung mengucapkan kata- kata tersebut.

"Sayang.."

"Kenapa saya rasa.. jodoh kita sampai disini saja Tae?" soal Lauren lirih. Air matanya mengalir ditubir mata sebelum jatuh membasahi pipinya.

"Sayang.. maafkan saya.." bisik Taehyung sebelum Lauren ditariknya kedalam pelukan. Dia biarkan saja Lauren menangis semahu- mahunya didadanya.

.

Not all love story will end with happy ending, sorry guys👀

[👀]
Hai, berikan author bintang kuning serta comment jika anda sudi. Thank you❤
[😚]

(S1&S2) Belle Áme | 뵈 ✓Where stories live. Discover now