GADIS tinggi lampai berbadan slim ala-ala model berjalan masuk kedalam studio nyanyian itu dengan gahnya. Teguran orang sekeliling langsung tidak dipedulikan. Sungguh angkuh perilakunya membuat orang menyampah!
Dia menuju kesebuah bilik dimana tempatnya dan penyanyi-penyanyi lain berehat. Disitu, dia bakal didandan oleh juru solek artis upahannya sendiri sebentar lagi untuk menunjukkan bakatnya di konsert siaran langsung Big Studio sebelum Anugerah Penyanyi Terbaik 2017 dilangsungkan.
Dia terus menerjah masuk kedalam bilik itu tanpa memberi sebarang salam. Perbuatannya membuatkan kesemua penyanyi menumpukan perhatian padanya. Namun, dia hanya membuat wajah tanpa riak.
"Mana Dian? Personal assistant I?" soalnya dengan nada yang begitu angkuh sekali. Dia melabuhkan punggung disalah satu kerusi meja solek yang memang khas disediakan untuk dirinya.
"Dian on the way datang kemari, Cik Eira. Sabar sekejap ya?" Juru solek wanita yang diupah penyanyi angkuh yang bernama Eira itu menjawab. Dia sudah membuka beg yang bertingkat-tingkat hanya diisi dengan barangan solek. Wajah Eira ditilik sekilas.
"Erm, Cik Eira nak saya solekkan Cik Eira macam mana? Natural beauty ataupun..." Belum sempat dia mahu menyoal mesra, Eira telah memotong kata-katanya terlebih dahulu.
"You ni macam baru first time I upah you jadi juru solek peribadi I. You ni dah nyanyuk ke sampai you tak boleh ingat makeup style favourite I? Biasalah, I kan suka makeup natural. I dah memang cantik dah. No need makeup yang tebal. Itu pun nak kena bagitahu." Eira mendengus geram. Terangguk-angguk juru solek yang biasa digelar Kak Eton itu. Dia pun sudah masak dengan perangai majikannya yang kurang menyenangkan itu. Tapi, sejahat majikannya dimata orang, dia tetap mempunyai hati yang baik. Siapa sahaja tahu kan?
"Maafkan saya, Cik Eira. Saya mulakan ya?"
Eira hanya mengangguk laju. Wajahnya kini disolek oleh Kak Eton. Beberapa minit selepas itu, Kak Eton berhenti menyolek wajahnya. Senyuman lebar terukir dibibir.
"Sudah, Cik Eira. Cantik macam selalu," puji Kak Eton, ikhlas. Eira hanya tersenyum memandang cermin. Sungguh hasil kerja Kak Eton sangat memuaskan. Tidak sia-sia dia mengupah wanita itu.
"Terima kasih. Nanti lepas habis event, jumpa I kat sini semula. I nak bagi payment," arahnya. Kak Eton mengangguk laju sebelum dia beredar dari situ.
"Fuh... sorry, Cik Eira sebab lambat!" Seorang pemuda lelaki kelihatan termengah-mengah berlari kearah Eira yang sedang duduk bermain dengan telefonnya. Eira menjelingnya sekilas sebelum membuka mulut.
"You ni selalu sangat lambat. You nak suruh I belikan you jam ke apa? Ke you nak I pecat you terus?!" Eira menengking pembantu peribadinya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Dian menunduk menekur lantai. Memang salahnya kerana lambat. Bukan dia tak tahu yang majikannya ini tidak suka orang yang lewat.
"Ma.. maafkan saya, Cik Eira. Saya tahu saya selalu datang lambat. Tapi, saya ada sebab yang munasabah. Tolonglah jangan pecat saya, Cik Eira. Ini jelah sumber pendapatan saya untuk tampung keluarga. Mak saya sakit kat rumah tu. Adik beradik pula ramai. Semuanya atas tanggungjawab saya." Dian berkata dengan suara yang sebak. Mengenangkan nasib keluarganya yang boleh tahan malang. Menjadi anak sulung kepada sembilan orang adik-beradik bukannya senang.
Eira mengeluh. "Nasib baik I ni masih ada belas kasihan tahu tak? Kalau lah you dapat bos yang tak berhati perut, mesti kerja you dah hilang lama dah. Ni... gaji yang I beri pada you tu tak cukup lagi ke untuk tampung family you?" soal Eira. Walaupun nadanya kedengaran sinis tapi ada juga lembutnya.
"Lebih daripada cukup, Cik Eira. Terima kasih sebab faham masalah saya. Saya doakan Cik Eira sentiasa dirahmati Allah." Dian menunduk-nunduk dihadapan Eira. Eira hanya diam.
"Bacakan jadual I untuk malam ni," arah Eira. Dian pantas mengeluarkan buku planner dari dalam beg galasnya.
"Erm... Cik Eira dijemput menjadi penyanyi jemputan untuk event ni dan... nama Cik Eira sudah dicatit kedalam penentuan Anugerah Penyanyi Terbaik 2017. Jadi, saya wish good luck untuk Cik Eira," kata Dian sambil tersenyum. Namun, senyum Dian tidak dibalas oleh Eira. Angkuh be like...
"Itu sahaja?"
Dian mengangguk.
"Hm, thanks. Pergi ambilkan I air. I hauslah." Eira mengarah dan sejurus itu juga Dian berlalu pergi ke mesin coway yang berada berdekatan dengan tempat Eira duduk.
Tidak lama selepas itu, dia kembali menoleh kearah Dian yang sudah dikelilingi oleh penyanyi-penyanyi baru yang menggedik. Wajah Dian jelas seperti tidak selesa. Senyum pun kelihatan sangat hambar. Baru sahaja salah seorang penyanyi muda itu mahu memegang bahu Dian, Eira terlebih dahulu menahan.
"You dah kenapa nak sentuh-sentuh dia? Tak tahu halal haram ke hah?" Eira bersuara pedas. Dia mengarah Dian untuk ke tempat duduk dahulu sementara dia uruskan hal budak-budak mentah ni.
"Ala, sentuh je pun. Bukan kitorang nak rogol dia pun. Sentuh pun berlapik kan? Yang you ni nak over kenapa? Dia tu boyfriend you ke?" Gadis berambut paras bahu itu membalas sinis. Eira juga tergelak sinis.
"For your information, dia tu PA I. Personal assistant I yang automatik bawah tanggungjawab I. Kalau apa-apa jadi pada dia, I kena bertanggungjawab. I bayar dia. Dia hanya ikut arahan I. Eh, kalau you nak sangat lah PA handsome macam dia tu, pergi cari sendiri lah! Time tu kalau you nak peluk, nak cium, nak rogol you buat lah. Ergh... tak tahu malu nak kebas PA orang."
Sejurus itu, Eira terus melangkah semula kearah Dian. Gelas air yang dihulur oleh Dian disambut lalu diteguk perlahan. Haus bagi ceramah kat budak-budak mentah tu tadi.
"Dasar penyanyi angkuh!" Sempat lagi dia mengutuk Eira sebelum dia juga beredar dari situ bersama dengan kawan-kawannya yang lain.
"Cik cakap apa kat diorang tu tadi?" soal Dian.
"Nothing..." Eira beriak biasa. Baru sahaja dia nak duduk semula, salah seorang crew yang bertugas dibelakang pentas memanggil semua yang terlibat pada event malam itu. Eira juga tidak terkecuali.
"Best of luck, Cik Eira! Saya tahu Cik Eira boleh pulun award tu macam sebelum-sebelum ni!" Dian memberikan semangat untuk majikannya. Eira terus berlalu kebelakang pentas tanpa mengendahkan kata-kata semangat dari Dian. Baginya, dia tak perlukan semua itu. Dia pasti dia akan menang seperti tahun-tahun sebelum ini.
Third novel from meh! Hope you guys enjoy. Lepasni akan ada EIRA'S POV sebab lebih mudah kot. So... harap korang suka. Support sekali eh? Haa alang ii tu singgahlah sekali kat username ii ni. Follow dan baca story dia sekali eh?
- PrincessPisces_ ( saje je tag walaupun tak disuruh. Jangan marah ye! Hihihi )
- Cyber_Wolf14
YOU ARE READING
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀
Romance⋆ ˚。⋆୨୧˚ 1st Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Nurul Eira Hazel. Sebut sahaja nama itu pasti sudah dikenali ramai. Siapa lagi kalau bukan penyanyi terbaik Malaysia yang telah memperolehi pelbagai anugerah disetiap pelosok dunia. Tetapi, dirinya yang angkuh dan...