SEKARANG ini aku dan Hanif telah selamat sampai dihadapan syarikat milik aku yang dinamakan, Hazel's Holding. Nampaknya nama hujung aku masih tersergam indah dipuncak syarikat itu. Baru sahaja tangan aku ingin membuka pintu kereta, Hanif tiba-tiba menarik aku kedalam semula. Aku pandang dia dengan muka yang tak puas hati.
Dia juga pandang aku tapi dengan wajah yang selamba. Dashboard dihadapan aku ditariknya sebelum cermin mata hitam dibawa keluar. Cermin mata itu dipakaikan diwajahku. Aku cuba untuk buka balik cermin mata itu tapi dia pantas menahan. Dah kenapa kena pakai cermin mata pula ni?!
"Pakai cermin mata ni dulu. Kalau diorang nampak Hazel, tak supriselah nanti. Lepastu, tak rancaklah story ni!" kata Hanif kepadaku. Keningku bertaut. Apa kena mengena dengan rancak dan story? By the way, story apa? Story ig? Story WhatsApp? Ah! Apa-apa jelah si Hanif ni.
"Dah! Tunggu apa lagi? Jomlah keluar!" Hanif mengajak. Pintu kereta belahnya dibuka sebelum dia keluar dari perut kereta. Aku juga ikut sama. Baju kurung yang aku pakai aku betulkan sedikit supaya tiada kedut-kedut.
Kami berpegangan tangan masuk kedalam syarikat itu. Tersergam indah ruangan lobi yang agak luas dan besar itu. Aku tersenyum sendiri. Rindunya nak melangkah kesini. Hanif menarik aku ke kaunter pertanyaan. Seorang gadis yang sedang sibuk menjamu selera dikaunter membelakangi kami tidak sedar akan kehadiran kami. Hanif berdehem sekali. Dengan kelam-kelibut gadis itu menoleh.
Aina. Aku masih ingat lagi akan gadis ini. Aina dan kelam-kelibut tak dapat dipisahkan.
"Ya? Ada apa-apa boleh saya bantu?" Aina menyoal dengan mulut yang masih berkunyah. Dia kini berdiri menghadap kami berdua.
"Kami nak jumpa dengan Encik Dian boleh?" pinta Hanif sopan.
"Encik dan cik ni ada buat temujanji tak? Kalau tak, encik dan cik tak dapat berjumpa dengan dia sekarang. Sebab dia outstation. Tak pasti balik bila. Hm... boleh saya tahu penting ke urusannya?" Aina menyoal lagi.
"Penting sangat. Sebab pemilik asal syarikat ini yang nak berjumpa dan berurusan dengan dia," balas Hanif. Aina kelihatan keliru. Keningnya bertaut.
"Pemilik asal? Pemilik asal syarikat ni dah meninggal dunia tiga tahun yang lepaslah, encik. Encik tak tahu ke? Encik ni jangan main-main. Saya panggil pengawal heret encik dan cik ni karang baru encik tahu. Cubalah serius sikit!" Aina sudah mula membebel. Nak sahaja aku hamburkan ketawa tapi aku tahu sekarang bukan waktu yang sesuai untuk bergelak tawa.
"Saya tengah serius lah ni, Cik..."
"Aina!"
"Haa, Cik Aina! Pemilik asal syarikat ni nak jumpa dengan Dian! Apa susah sangat nak percaya?"
"Okay, fine. Mana-mana? Mana Cik Eira? Mana?!" Suara Aina sudah ditinggikan. Geram mungkin dengan kata-kata Hanif.
Cermin mata hitam yang menutupi mataku ditarik oleh Hanif. Terkebil-kebil aku pandang Aina dan begitu juga dengan Aina. "Ni!" Hanif menuding jari kearahku.
"Hahahahaha. Tak mungkinlah, encik. Cik Eira tak pakai tudung dan sopan macam ni. Ni bukan Cik Eira yang kami kenal. Hahahaha. Maaflah ya? Kalau ya pun nak menipu, saya bukan orangnyalah, encik!" Aina masih lagi mempertikaikan aku. Aku mengetap bibir. Kaunter itu tiba-tiba dihentak oleh Hanif. Dadanya turun naik seperti menahan amarah.
"Oh? Jadi kau nak cakap isteri aku ni dulunya tak sopan lah?! Kau ingat setelah tiga tahun ni dia tak boleh nak berubah ke? Eh, tak caya sangat kan? Eira! Give me your IC. Meh kita tunjuk dekat dia siapa yang salah dan siapa yang betul," arah Hanif membuatkan aku pantas menyelongkar beg dompet aku lalu aku keluarkan kad pengenalanku yang tidak bertudung.
Berkerut kening Aina membaca butiran diatas kad pengenalan aku itu. Seketika itu, tangannya terus menekup mulutnya. "No, no, no. Kami semua sudah dimaklumkan oleh Encik Dian bahawa Cik Eira sudah meninggal tiga tahun yang lepas akibat kemalangan jalan raya. Palsu ni palsu!"
Bam! Kali ini aku pula menghentak kaunter itu. Terkejut Aina dan Hanif memandang aku. Tangannya yang mulai membengkak dan sakit itu aku endahkan. Sakit lagi hati aku apabila Aina masih tegakkan kenyataan bahawa aku sudah tiada didunia ini lagi. Ya Allah! Kenapa Dian sanggup buat aku begini?!
Aku mencerlung tajam anak mata Aina. Mataku yang mula berkaca itu tidakku kesat.
"Cik... Eira. Masih. Hidup?" soal Aina dengan suara yang tersekat-sekat. Aku mengangguk laju. "Tapi... Encik Dian cakap Cik Eira dah meninggalkan dunia setelah terlibat dengan kemalangan? Mana satu saya nak percaya ni?"
Hanif mengeluh panjang. Bahuku dipeluknya. "Dia memang terlibat dalam kemalangan tiga tahun lepas tapi dia tak meninggalkan dunia. She's in coma for almost two years. Suddenly, dia sedar dalam keadaan yang tidak boleh bercakap. Kotak suaranya mengalami masalah dan membuatkan dia tak boleh bercakap dan bernyanyi seperti sediakala. Dian telah memperdayakan Eira bahawa segala harta Cik Eira sudah tiada diambil oleh Dato Ekmal, bapanya sendiri. Padahal dialah dalang semuani berlaku!" jelas Hanif kepada Aina.
"Jadi-"
"Kalau Eira sudah meninggal, mana kubur? Sijil kematian dan juga wasiat itu boleh je dibuat palsu. Kenapa semua orang bodoh sangat percaya si tak guna tu hah? Tiga tahun! Tiga tahun korang ditipu. What the hell?" Hanif membentak geram. Aina kelihatan kelu tidak tahu apa yang hendak dibalas.
"K-kami hanya ikut arahan Encik Dian. Tak sangka pula orang sebaik dia boleh jadi macamni. Maafkan saya, Cik Eira. Saya rindu Cik Eira sangat-sangat. Saya sedih tahu tak bila Dian beritahu yang Cik Eira dah takda." Aina mula mengalirkan air mata. Dia pantas keluar dari kaunter dan tubuhku dipeluknya erat. Aku tersenyum lebar. Alhamdulillah, satu masalah sudah selesai. Kini, giliran Dian pula.
AINA melangkah kearahku dan Hanif yang sedang duduk menanti kepulangan Dian ditempat menunggu lobi itu. Aina melabuhkan punggung disofa berhadapan dengan kami.
"Saya dah suruh dah Encik Dian pulang awal. Dia kata dia on the way sampai kesini. Beberapa minit lagi dia sampailah tu," beritahu Aina dengan suara yang separa berbisik. Aku menunjukkan thumbs up kepadanya.
"Terima kasih, Aina."
"Sama-sama, Encik Hanif. Untuk Cik Eira apa-apa pun saya boleh buat. Kalau saya jumpa Encik Dian tu nak aje saya gonyoh-gonyoh muka dia. Suka hati aje aniaya orang."
"Hahaha. Tak mengapalah, Aina. Hal macam itu, biar pihak yang lebih berkuasa yang beri tindakan. Lagi satu, lepasni jangan panggil isteri saya ni Cik lagi. Dia dah officially puan dah."
"Oh, okay. Dah terbiasalah."
"Dah awak boleh buat kerja sana. Suruh yang lain berlakon tak tahu apa-apa eh?" Hanif memesan dan Aina membalas dengan simbol OK menggunakan jarinya. Staff yang lain sudah tahu memandangkan kami mempunyai masa sejam untuk menjejak kasih. Rindu aku pada staff-staff lama yang aku tinggalkan begitu sahaja dahulu.
30 minit kemudian...
Dari jauh aku dapat nampak kereta yang dipandu Dian berhenti betul-betul dihadapan syarikat itu sebelum dia masuk kedalam dengan lagak yang bersahaja. Kaunter pertanyaan dituju apabila Aina memanggilnya dan dia menoleh kearah kami setelah ditunjuk oleh Aina.
Aku tersenyum memandang Dian. Jelas riak wajahnya terkejut. Tanpa sebarang kata, langkah dibuka besar lari keluar dari syarikat itu. Aina dan Hanif sudah terjerit memanggilnya manakala aku spontan membuka langkah mengejarnya tanpa mengendahkan kesesakan jalan raya itu.
"HAZEL, KERETA!" Aku terdengar Hanif memanggil namaku sebelum aku terasa tubuhku mula melayang. Aku terbaring lemah diatas jalan tar dengan darah yang membuak-buak keluar dari bahagian kepala. Pandanganku mula berbalam-balam.
Dapatku lihat Dian berlari laju sebelum dirinya hilang dari balik kedai-kedai runcit yang berada bertentangan dengan syarikat itu. Kepalaku dipangku oleh Hanif.
"Sayang! Buka mata! Jangan buat abang macam ni! Sesiapa tolong call ambulans sekarang. Hazel, sayang!" Aku dengar Hanif meneriak kuat dengan suara yang mula bergetar sebelum keadaan menjadi...
Gelap-gelita.
Jeng! Jeng! Jeng! Nak buat Eira Hazel mati betul-betul boleh tak?
YOU ARE READING
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀
Romance⋆ ˚。⋆୨୧˚ 1st Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Nurul Eira Hazel. Sebut sahaja nama itu pasti sudah dikenali ramai. Siapa lagi kalau bukan penyanyi terbaik Malaysia yang telah memperolehi pelbagai anugerah disetiap pelosok dunia. Tetapi, dirinya yang angkuh dan...