BUNYI benda jatuh sekaligus dengan bunyi bayi menangis dari ruang tamu memberhentikan kerja-kerja aku di dapur. Pantas aku menapak ke ruang tamu ingin melihat keadaan anak-anak aku.
Terbuntang mataku apabila melihat mainan kereta dan juga anak patung berselerak diatas lantai. Ni, kalau aku atau Hanif terpijak ni mahunya dibuang terus dalam tong sampah. Dengan Medina yang sudah menangis teresak-esak. Dengan Farhan yang sedang memeluk erat anak patung yang sepatutnya milik Medina.
Aku bercekak pinggang memandang mereka. Medina aku angkat lalu aku mendukungnya. Perlahan-lahan tangisan puteri sulungku reda.
"Why Dina nangis, sayang?" soalku kepada Medina. Rambut ikal mayangnya aku usap perlahan. Tangan kecil itu menuding kearah anak lelaki kedua aku, Farhan Riyaz yang sedang menunduk itu.
"Far... Far buat apa kat kakak?" Aku menyoal Farhan pula setelah melutut dihadapannya bagi menyamakan tingginya dan tinggiku. Farhan tetap membisu. Anak patung milik Medina masih berada dalam pelukannya. Malah, lagi dieratkan.
"Umi, Far ambil anak patung Dina," adu Medina pula tanpa sebarang pelat. Aku sudah garu kepala.
"Far, itu kan mainan kakak. Mainan Far bukan yang ini. Far tu boy tahu? Bukan macam kakak, girl. Far kuat macam abi kan?" Aku memujuk seraya mengambil anak patung itu lembut dari Farhan. Farhan masih lagi berdiam.
"Tapi Far nak jadi macam umi," katanya setelah beberapa minit mendiamkan diri. Aku garu epala lagi. Apa aku nak jawab dekat Farhan ni?
"Err... mana boleh, sayang. Umi perempuan, Far tu lelaki. Lelaki tugasnya pimpin perempuan. Lelaki harus kuat untuk melindungi perempuan macam umi. Far juga kata Far nak jadi macam abi. Abi kan strong sebab jaga kita semua?" jelasku lembut kepada anakku yang baru sahaja berusia empat tahun itu manakala Medina lima tahun. Selang setahun aje masing-masing.
"Kalau macam itu, biar Far tolong abi jaga umi dan kakak. Umi dan kakak kan girl." Aku tersenyum mendengar Farhan berkata. Walaupun usia baru mencecah 4 tahun, dia sudah lancar bercakap. Sama seperti kakaknya. Mungkin sebab aku rajin bercakap dengan mereka setiap masa.
"Good boy. Far dan Dina tolong umi kemas mainan ni semua. Kejap lagi abi balik jadi umi kena masak dinner."
"Tapi, Dina nak main lagi."
"Far pun!"
"Korang dah lama main kot. Sudah, esok boleh main lagi. Baik kemas cepat sebelum abi balik. Nanti kalau abi balik, abi tak perasan ada mainan dekat lantai, lepastu abi terpijak macam mana? Nak ke mainan-mainan Far dan Dina kena buang dalam tong sampah? Umi tak mampu nak tolong kalau abi dah mengamuk," balasku. Bukan mahu takut-takutkan mereka tapi aku cakap benda betul
Kami memang tegas dengan mereka sebab takut nanti bila dah besar mereka tak tahu nak buat kerja apa-apa. Jadi, dari kecil inilah kita ajar mereka sedikit demi sedikit.
Sekaligus, Farhan dan Medina berlari mengutip segala mainan yang berselerak di lantai lalu dimasukkan kedalam bakul mainan. Bakul mainan itu kemudian diletak di sudut tempat mereka bermain. Selepas itu, masing-masing duduk diatas sofa menonton televisyen sementara menanti kepulangan abi mereka.
Itulah rutin harian mereka. Awal pagi ke sekolah dan pulang pada waktu tengahari. Selepas Zohor mereka akan tidur sekejap. Selepas Asar, mereka akan mula bermain bersama dan beberapa minit sebelum Maghrib, mereka akan menanti kepulangan Hanif dari kerja sementara aku masak untuk makan malam kami sekeluarga.
BUNYI enjin kereta berderum dari luar rumah membuatkan masing-masing tidak tentu arah. Aku yang sedang pakaikan baju ketubuh mereka pun jadi tidak tentu arah. Pantas aku sarungkan baju dan seluar kepada Farhan, sebelum Farhan mencicit lari mengekor kakaknya ke ruang tamu. Ingin menyambut kepulangan abinya lah tu.
"Selamat jalan, abi!" Tergelak aku dengar suara Farhan menyapa Hanif. Hanif juga turut tergelak seraya itu tubuh kecil Farhan didukungnya. Medina hanya tersenyum, mencium tangan Hanif.
"Selamat pulang, bukan selamat jalan." Hanif membetulkan kata-kata Farhan yang tersasul tadi. Aku hanya menggelengkan kepala. Briefcase yang dipegang oleh Hanif, aku ambil. Pinggangku dipeluknya sekejap sebelum dahiku dikucupnya sekilas.
"Far... mari sini dekat umi. Abi dah busuk tu, nanti melekat pula bau masam dekat korang yang baru mandi tu," kataku seraya mengambil Farhan dari dukungan Hanif. Sempat pipi gebu Farhan dikucup Hanif. Selepas itu, baru pipi Medina.
"Anak-anak abi naughty tak harini? Ada buat umi marah?" soal Hanif kepada anak-anaknya.
"Biasalah tu berebut mainan," beritahuku mewakilkan Medina dan Farhan. Mereka hanya mampu tersengih memandang Hanif.
"Mainan yang abi belikan tu tak cukup ke, prince dan princess abi?"
"Tak! Far nak kereta baru! Kereta lama dah bosan!"
"Dina pun nak anak patung Barbie baru, abi..."
Hanif sekadar tersenyum. "Insya-Allah. Nanti hujung bulan abi belikan mainan baru. Okay?"
"Okay, abi! Sayang abi!" Mereka membalas dengan serentak seraya memeluk kaki Hanif. Selepas itu, kedua mereka berlari anak ke ruang makan apabila disuruh Hanif. Kini, tinggal aku dan Hanif sahaja di ruang tamu.
"Sayang macam mana harini? Banyak cabaran?" soal Hanif kepadaku seraya memeluk pinggangku. Aku hanya tersenyum bermain dengan jari jemari Hanif.
"Biasalah. Pagi-pagi lepas anak-anak ke sekolah, awak pun dah pergi kerja, mulalah saya mengemas rumah. Lepastu, saya masak makan tengahari dan ambil anak dari tadika. Haa, lepas Zohor semua dah tidur, dapatlah saya tumpang sekaki sekejap."
"Kesian, sayang abang ni. That's why abang tak bagi sayang kerja. Kalau sayang kerja, lagi berat beban yang sayang kena pikul. Baik abang aje yang kerja, tampung keluarga kita. Okay?" Dia tersenyum memandang tepat ke wajahku. Rambutku yang terjatuh dari belakang telinga, dikaut semula.
"Okay, abang. Ni abang pergilah mandi. Lepastu, boleh makan sama-sama."
"Okay, sayang. Abang naik atas dulu ya?"
Aku sekadar mengangguk seraya memerhati langkahnya meniti tangga. Seraya itu, aku terus melangkah ke ruang makan dan lihat Medina dan Farhan sedang menanti kehadiran kami sambio berbual sesama sendiri. Entah apa yang dibual pun tak tahulah. Tak kisahlah apapun, janji mereka tak cetuskan pergaduhan.
"Anak-anak umi nak makan tak?" soal aku ceria kepada kedua anak kecilku.
"Nak!" balas mereka serentak, teruja.
Bagi siapa yang rindukan HanZel, disini saya belanja special chapter huhu. Saya pun rindu diorang juga so thats why saya buat special chapter. Tak tahulah berapa special chapter yang ada tapi saya akan fikirkan kemudian.
By the way, alang-alang tu wish me luck untuk exam minggu depan. I'm nervousssssss! Doakan segalanya dipermudahkan! Doa anda amat saya hargai, muah, muah, muah!
YOU ARE READING
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀
Romance⋆ ˚。⋆୨୧˚ 1st Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Nurul Eira Hazel. Sebut sahaja nama itu pasti sudah dikenali ramai. Siapa lagi kalau bukan penyanyi terbaik Malaysia yang telah memperolehi pelbagai anugerah disetiap pelosok dunia. Tetapi, dirinya yang angkuh dan...