Bab 4

14.5K 1K 25
                                    

   "AWAK ada masalah ke, Eira? Tak nak share dengan saya? Bukan niat saya nak menyibuk, tapi niat saya nak tolong. Mana tahu saya boleh tolong sikit-sikit ke?" Aku menoleh memandang wajah Dr Hannah yang sedang menukar benda alah ditanganku. Aku sekadar senyum dan menggeleng. Malu pula kalau semua benda aku nak cerita padanya.

   "Tak payah lah nak malu dengan saya," katanya lagi seakan tahu yang aku ni malu nak kongsi masalah aku pada dia. Sudahlah mengakibatkan keluarga aku. Patutkah aku bagitahu?

   "Awak tak percaya saya ya?" soalnya pula. Bibirnya sudah dimuncungkan. Aku menggeleng laju menidakkan kata-katanya. Nafas aku hela dengan berat sebelum tangan aku mula berjalan diatas helaian baru buku nota pemberian Dr Hannah itu.

   "Saya bukan tak percaya doktor. Saya percaya! Tapi... saya malu nak ceritakan masalah saya pada doktor. Nanti doktor fikir apa pula." Aku sudah menundukkan kepala apabila mulut Dr Hannah terkumat kamit membaca tulisan aku. Seketika kemudian, Dr Hannah ketawa kecil.

   "Tak payah nak malu lah, Eira! Masalah awak akan saya simpan senyap-senyap. Saya takkan beritahu sesiapa pun pasal masalah awak ni. Kita-kita je tahu, okay?" Dr Hannah berusaha memujuk. Senyuman manis tak lekang dibibir.

Aku mengangguk sebelum tanganku laju bergerak. Nampaknya kalini Dr Hannah kena tunggu lama sikit.

   "Sebenarnya, panjang ceritanya tapi, saya akan cuba pendekkan. Dua hari lepas hari saya sedar dari koma, ada seorang lelaki yang datang melawat saya kan? Itu personal assistant saya dua tahun lepas. Nama dia Dian. Saya ada kod kunci rahsia untuk ambil duit dari dalam bank. Hanya saya dan Dian sahaja tahu kunci rahsia tu.

Tapi semalam, dia beritahu saya yang dia terpaksa beri kod kunci rahsia tu pada papa saya, Dato Ekmal. Papa saya tu mata duitan. Sejak syarikat dia muflis, dia selalu minta duit dengan saya tapi saya tak beri. Kali terakhir dia minta adalah hari saya kemalangan.

Jadi, back to our story, Dian cakap, kalau dia tak beri kod tu pada papa. Nyawa keluarga Dian dalam bahaya. Nak taknak, Dian terpaksa beri kunci rahsia tu pada papa. Dan... dia dah ambil kesemua harta peninggalan saya. Saya tiada lagi wang dan tempat tinggal.

Saya risau, macam mana saya nak bayar kos rawatan hospital kalau sumber pendapatan saya habis lesap macam tu je? Hm, itulah masalah saya, doktor. Macam-macam dugaan saya tempuh sejak kebelakangan ni..."

Aku menghabiskan dua helai kertas penuh dengan luahan masalah aku. Kejap berkerut, kejap serius, kejap biasa aku lihat Dr Hannah baca. Mungkin dia pun hairan dengan masalah aku.

Setelah hampir satu minit dia baca, dia pulangkan semula buku nota itu pada aku.

   "So, the main problem is... awak takda duit untuk bayar kos rawatan hospital? That is your 'biggest' problem huh?" soal Dr Hannah dan aku mengangguk laju. Dr Hannah tersenyum lagi. Kedua tanganku digenggamnya.

   "Saya kan ada. It's okay. Kos rawatan hospital, tempat perlindungan, makan minum, pakaian, barang peribadi semua saya yang uruskan. Amacam?" Dr Hannah berkata dengan penuh teruja. Aku terkebil-kebil melihat wajah teruja Dr Hannah sambil tanganku menulis sesuatu.

    "Hah? Apa yang doktor merepak ni?" soalku dengan wajah yang blur. Dr Hannah pandang aku dengan riak wajah yang sukar untuk ditafsir setelah membaca tulisan aku. Dah kenapa pula ni? Tulisan aku buruk sangat ke kalini?

   "Apa yang saya merepeknya? Saya offer awak timggal dengan saya pun merepek ke?" Dr Hannah membalas selamba. Pantas gelengan menjadi jawapan aku manakala dia pantas mengangguk.

   "No! Saya takkan menyusahkan doktor lagi."

   "Habistu awak nak pergi kemana kalau kesemua harta awak ayah awak dah kebas? Awak nak tinggal dengan family Dian? Ke awak nak merempat bawah jambatan?" balas Dr Hannah spontan. Sekali lagi, aku menggeleng pantas.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀Where stories live. Discover now