Bab 27

23.1K 985 47
                                    

CAHAYA matahari yang menerobos dari balik selakan langsir itu menganggu lenaku. Mata dibuka perlahan-lahan. Wajah kacak Hanif yang sedang lena itu menjadi santapan mataku pada awal pagi sebegini. Tangannya yang masih melingkar erat dipinggangku aku alihkan perlahan. Kepala aku angkat dan baruku tahu bahawa aku tidur diatas lengan Hanif sepanjang masa. Ah, kesian Hanif lenguh!

Perlahan-lahan, aku menggengsot turun dari katil supaya tidak menganggu lena Hanif. Jam didinding aku kerling sekilas. Sudah pukul 8 pagi. Nasib harini aku cuti dan tak perlu susah-susah aku nak solat. Tapi, Hanif? Ah, aku tak sedar untuk kejutkan Hanif solat subuh!

Aku jadi gelabah seketika namun setelah aku lihat ada kain pelikat dan sejadah yang disangkut ditepi sofa, aku pasti Hanif sudah bangun solat dan tidur semula. Lega sikit hatiku yang gelisah sebentar tadi.

Baru sahaja kakiku menapak dilantai katil, lenganku ditarik kebelakang dan aku kembali ditarik masuk kedalam dakapan Hanif. Terkejut juga aku dibuatnya. Aku lihat Hanif sudah terduduk diatas katil seraya memelukku. Rambutku diusap lembut. Senyuman manis dihadiahkan kepadaku sebelum bibirnya mendarat didahiku.

Ah, aku dapat morning kiss!

"Good morning, Hazel," tegurnya dengan suara yang serak basah. Aku tersenyum seraya mengangguk. Aku menepis tangannya lembut daripada terus memelukku. Dengan keadaan yang sebegini, buat aku tidak selesa. Aku harus bersihkan diriku dengan segera sebelum benda itu bocor. Ehem.

"Nak pergi mana?" Dia menyoal lagi. Sebelah tangannya naik menggosok mata. Alahai, kenapa nampak comel sangat Hanif bila bangun tidur ni? Macam bayi pun ada. Pintu bilik aku tunjuk bagi menjawab soalannya tadi. Hanif mengangguk sebelum matanya terbuntang memandang belakangku.

"Hazel! Apa tu? Hazel sakit ke?" Hanif lompat dari katil dan menuju kearahku. Gelabah juga aku sekejap apabila mendengar suara gabrah Hanif. Aku diterpa Hanif. Matanya tak lepas dari memandang kebelakangku. Aku juga menjengah kebawah melihat apa yang dimaksudkan oleh Hanif. Kali ini, mata aku jelas terbuntang.

"Kenapa Hazel berdarah?" Suara yang gelabah membuatkan aku geli hati. Nak sahaja aku hambur ketawa tapi sekarang ini aku malu apabila Hanif yang perasan ada tompokan merah dibelakang seluarku dan bukan aku. Mukaku jelas merah padam.

"Sayang okay tak ni? Abang bawa ke hospital nak tak?" Dia sudah berura-ura mahu mencempungku namun pantas aku menahan. Dia pandang aku dengan pandangan yang tidak puas hati dan juga pandangan yang risau. Almari baju aku tuju sebelum aku ambil sesuatu dari situ lalu aku tunjuk kepadanya bagi menyatakan mengapa aku berdarah.

"Apa ni?" Aku menepuk dahi. Melihat Hanif meneliti tuala wanita itu membuatkan aku tepuk dahi. Takkanlah dia tak tahu menahu tentang hal perempuan ni? Telefonku yang berada diatas meja kecil sebelah katil aku ambil sebelum aku tulis sesuatu dan tunjuk kepadanya.

"Saya periodlah, awak! Tompok merah yang ada pada seluar saya ni darah. Benda putih yang awak pegang itu ialah tuala wanita! Takkanlah awak tak tahu tentang semua ini, Hanif?" beritahuku. Hanif tersengih seraya menggaru kepalanya.

"Abang ada belajar masa sekolah menengah dahulu. Tapi, itu dah lama. Abang jadi lupa. Itu yang abang gabrah semacam aje bila nampak Hazel tiba-tiba berdarah. Sorry. Abang janji lepasni abang study balik pasal haid ni. Hahaha." Dia ketawa hambar. Aku hanya mengangguk. Tanpa buang masa, aku masuk kedalam bilik air. Tak selesa sangat dah ni.

Sementara itu dapat aku dengar pintu bilik dibuka oleh Hanif. Mungkin, dia pun nak mandi. Aku pun kena mandi cepat. Nak buatkan Hanif sarapan sebelum dia ketempat kerja pada pukul 10 pagi nanti. Mulakan hari dengan bahagianya!

















PINGGANG aku tak dilepaskan oleh Hanif sedari tadi sejak aku mula membuat sarapan. Mujur sarapan hari ini adalah roti bakar sahaja. Takdalah rasa terganggu kalau dia duk nak mengepit sahaja dengan aku. Roti bakar yang keluar dari mesin itu aku angkat menggunakan hujung jari sebelum aku letak keatas pinggan.

Pinggan itu diletakkan diatas meja makan dan pinggang aku masih tidak dilepaskan oleh Hanif. Katanya, hari ini dia ambik cuti. Atas sebab apa pun aku tak tahu. Nak meluangkan masa dengan aku mungkin. Aish, perasan sahaja kau Eira!

Akhirnya, pinggangku dilepaskan olehnya kerana dia mahu duduk dikerusi. Baru sahaja aku hendak berasa bebas dan berlalu ke kerusi yang berhadapan dengan Hanif, pinggangku ditarik Hanif lagi. Aku didudukkan keatas ribanya. Aku mengeluh didalam hati. Nasib suami.

Secubit roti disuap kedalam mulutku. Terkial-kial aku menganga dan mengunyah. Hanif ni semua benda nak mengejut. Kasihanilah isterimu yang agak perlahan ini. Dia mencubit lagi roti itu tapi kali ini dia suap kedalam mulutnya. Ceh, fakehope!

Tanpa berlengah, aku ambil sekeping lagi roti dan aku letak keatas pinggan yang sama dengan Hanif. Hanif hanya membiarkan perbuatan aku.

"Sedap?" soalnya tiba-tiba. Eih, aku buat mestilah sedap. Mana boleh tak sedap! Kepala perlahan aku anggukkan seraya menggigit kepingan roti yang tinggal sedikit itu.

"Tapi kalau abang masak lagi sedap." Dia memuji diri sendiri. Aku buat muka menyampah. Tak percaya mungkin dengan kata-katanya. "Tak percaya? Okay, I'll prove it to you. Dinner nanti Hazel tak payah masak. Biar abang yang masak," arahnya dengan suara yang tegas. Aku menunjukkan ibu jari tanda tiada hal. Dapatlah aku rehat untuk malam ini.

"Sudah, makan cepat. Nanti teman abang ke hospital. Ada kerja yang abang perlu selesaikan. Sekarang ni nak tinggalkan Hazel sekejap kat rumah pun abang rasa sayang. Lebih baik kalau abang bawa sahaja Hazel ke tempat kerja harini. Lagipun, tak lama. Lepas beri surat MC, kita balik," beritahu Hanif. Aku tidak membantah malah aku mengangguk. Nampaknya, kalau ada rezeki dapatlah aku jumpa dengan Kak Hannah. Dah lama tak bertemu dengan wanita itu.

"Excited je nampak. Tak sabar nak jumpa dengan Iman ke?" Soalan yang terpancul dari mulutnya itu membuatkan kunyahan aku terhenti. Pandangan redup aku hadiahkan kepadanya. Tak pernah terlintas pun dalam minda aku untuk bertemu dengan lelaki itu. Pandangan aku kini ditundukkan. Perlahan-lahan tangan aku melepaskan tangan Hanif yang memegang erat pinggangku. Aku turun dari ribanya dengan wajah yanh agak sedih. Entah kenapa hatiku sedih apabila Hanif masih tidak percayakan aku.

Pipi aku pantas diusap olehnya. "Eh, sayang. I'm sorry. Abang tak bermaksud pun nak buat Hazel terasa. Sorry okay? Abang janji abang tak tanya bukan-bukan lagi dah. Abang yakin, Hazel ni tetap setia pada abang kan?" Kepala pantas aku anggukan.

"Hehehe. That's why I love you, Hazel," ujarnya seraya mencium pipiku berkali-kali. Sampai bibirnya secara tidak sengaja terhinggap dibibirku. Badanku jadi keras. Terasa seperti jeratan eletrik diseluruh badanku. Hanif juga kelihatan tidak percaya dengan perbuatannya. Terkebil-kebil kami memandang antara satu sama lain. Pipiku yang jelas membahang itu dicium sekali lagi oleh Hanif. Senyuman nakal dilontarkan kearahku.

"Sudah. Pergi siap-siap. Biar abang yang kemas dapur ni," arahnya seraya mengenyitkan mata kearahku. Aku yang masih dalam fasa terkejut itu segera membawa diri masuk kedalam bilik. Pintu bilik aku tutup rapat. Dada aku pegang. Dapatku rasa degupan jantung yang kencang disitu.

Hanif sekarang ini sangat lain dari Hanif yang dahulu. Hanif yang dulu seorang yang bengis dan panas baran kini bertukar menjadi Hanif yang romantis lagi bersemut. Kalau tiap hari aku kena hadap dia macamni, habis kencing manislah aku. Sweet dia lebih daripada tahap gaban! Sikit-sikit hati ini mula terubat.

I love you, Hanif Raydan.



















Hanif dan Eira dah bahagia. Author ni bila laa nak bahagia kan? Takpa, takpa. Kalau ada, adalah tu kan? HAHAHAHAHAHA. Scene Hanif dan Eira berbaik, done. Lepasni mungkin kita akan masuk kedalam level yang lebih mencabar. Lagi-lagi author yang menulis. I'll try my best, insyaAllah. Wish me luck! Jangan lupa tekan button vote. Lagi semangat author ni tak menulis!

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀Where stories live. Discover now