AKU dan Hanif berjalan sekeliling taman rekreasi sambil memegang tangan. Hanif pula nak acah sweet duk ayun-ayun tangan tu macam budak-budak. Aku hanya sekadar melayan dan tersenyum kepada orang-orang yang memandang kearah kami. Dah banyak kali aku cuba leraikan pegangan Hanif, tapi semakin aku ingin melerai, semakin kemas genggam Hanif.
Lama-kelamaan aku hanya membiarkannya sahaja. Usai penat berjalan kaki, kami duduk berehat disebuah pondok yang terletak ditepi pantai. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa kulitku. Dengan Hanif disisi, cukup membuatkan aku tenang dan selamat.
"Hazel nak aiskrim tak? Abang nak pergi beli kat uncle tu," soal Hanif tiba-tiba. Jari dituding kearah sebuah kedai motor kecil yang menjual aiskrim dan makanan sejuk yang lain. Aku mengangguk laju. Sesuai sangat makan aiskrim pada cuaca yang panas lagi terik ini. Tekak puk mulai kering. Hanif akhirnya melepaskan genggaman ditanganku seraya itu dia melangkah kearah uncle berbangsa India yang menjual aiskrim itu.
Gerak-gerinya diperhatikan olehku dari jauh. Tangan yang berpeluh itu aku kesat dibaju. Agaknya kerana tanganku digenggam erat oleh Hanif sehingga tiada udara yang masuk.
Seketika itu, Hanif kembali dengan dua kon aiskrim coklat dan vanila. Kon askrim yang berperisa coklat dihulurkan kepadaku sambil dia menjilat aiskrim vanila yang berada ditangan kirinya. Aku menyambut huluran Hanif dengan teruja. Dah lama jugalah aku tak makan aiskrim.
"Uncle yang jual aiskrim ni kirim salam," beritahu Hanif seraya memandang aku. Kerutan didahi ditunjukkan sebagai tanda tanya. Uncle India tu kirim salam? Eh, macam pelik aje.
"Uncle tu mualaf lah." Oh! Baru aku tahu. Kepala aku anggukkan buat beberapa kali. Nampaknya, Hanif biasa kesini sehingga penjual aiskrim itu mengenalinya. Mungkin dia kesini untuk berjoging atau membawa keluarganya bersiar-siara suatu ketika dahulu.
"You know what, dulu sebelum abang pindah ke luar negara, dekat sinilah tempat abang tenangkan fikiran. Sambil tengok ombak laut yang menghempas bumi buat abang tenang. Sebenarnya, abang dah lama maafkan Hazel. Dari sebelum abang ke luar negara lagi. Abang ke sana pun sebab itu apa yang abang nak. Cuma itulah. Bila abang jumpa Hazel, abang jadi ego. Ego abang yang kawal diri abang. Lepas abang pukul dan dera Hazel, serius abang rasa menyesal sangat. Bila nampak Hazel menangis tanpa suara, buat hati abang sakit. Tapi, walaupun layanan abang dulu pada Hazel teruk, Hazel tetap layan abang sebaik mungkin. Hazel tak pernah ke terlintas nak minta fasakh?" Luahan hati Hanif buat aku tersenyum sendiri. Kepala dilentok dibahunya. Aiskrim sudah habis aku makan. Tiada apa yang aku hendak balas. Tak sangka juga Hanif akan meluahkan segala isi hatinya disini.
Pasal minta fasakh, pernah juga. Tapi, bila difikirkan balik, aku kene teruskan hubungan ini walaupun layanan Hanif makin teruk terhadapku. Aku bukan sesiapa. Sudahlah hidup menumpang, keluarga Hanif banyak terhutang budi dengan aku. Aku hanya mampu berdoa kepada Tuhan agar diberikan hidayah kepada Hanif. Alhamdulillah, Allah telah makbulkan doaku. Aku bahagia sekarang bersama suamiku.
"Abang minta maaf sebab dayus dengan Hazel. Abang sayang sangat dengan Hazel. Tolong jangan tinggalkan abang hanya sebab kesilapan silam abang ya, Hazel? I love you so much tau." Dahiku dikucup berkali-kali. Naik malu pula bila ramai orang memerhati gelagat kami berdua. Hailah, Hanif. Nak bersweet pun biar bertempat. Ni tak. Dasar suami tak tahu malu!
Dadanya aku tepuk perlahan. Dia hanya ketawa kecil. "Sorry. Jom balik rumah. Kita sambung kat rumah. Hahahaha." Aku hanya mampu menggelengkan kepala sahaja mendengar jawapan dari Hanif. Sekali lagi, tanganku ditarik oleh Hanif menuju kekereta.
Tiba sahaja dikondo milik Hanif, aku terus berjalan masuk kedalam bilikku. Nak rehatkan badan sedikit. Badan dihenyak diatas katil tanpa mengendahkan Hanif yang terpinga-pinga diruang tamu. Baru sahaja aku hendak melelapkan mata, tubuhku terasa seperti terapung diudara. Pantas mataku dicelikkan. Aku lihat tubuhku dicempung Hanif menuju kedalam biliknya.
Kucupan lembut dihadiahkan didahiku penuh syahdu sebelum dia meletakkan tubuhku di atas katil empuk miliknya dengan lembut. Pipiku dimulus lembut. Mata kami bertaut dan akhirnya kami telah tiba didunia yang kami cipta sendiri. Sesuatu yang lembut menyapa bibirku membuatkan aku sedikit terkejut. Tetapi, lama kelamaan aku hanya membiarkan perbuatan Hanif yang makin berlanjutan itu. Akhirnya, Hanif menyelubungi tubuhku dan tubuhnya dengan selimut membiarkan tubuh kami menyatakan rasa cinta dan sayang.
TIGA BULAN KEMUDIAN...
PREGNANCY test itu aku tenung bagai hendak telan. Keluhan kecil keluar dari mulutku. Sudah tiga bulan kami bersama tetapi masih tidak ada rezeki untuk kami mempunyai zuriat. Benda putih yang menunjukkan satu garis sahaja itu aku letak diatas sinki dengan penuh hampa. Satu-satu pertanyaan terlintas dikepala. Antaranya...
Adakah aku mandul dan tidak dapat memberi zuriat kepada Hanif?
Bila aku meluahkan perasaan ini kepada Hanif, Hanif mengatakan bahawa belum ada rezeki lagi untuk kami mendapat zuriat. Katanya lagi, kami dan berusaha dan sekarang ini kami hanya perlu bertawakal. Tombol pintu bilik air dipulas olehku dan alangkah terkejutnya apabila tubuh Hanif yang betul-betul ada dihadapan pintu itu menjadi menghalang untuk aku keluar.
Tangannya sudah tersilang didada. Aku pandang dia pelik.
"Hazel... kan abang dah kata, kalau ada rezeki tu adalah. Hazel jangan fikirkan sangatlah," pujuknya lembut. Aku menunduk menekur lantai. Aku sedih dan cemburu. Cemburu apabila melihat rakan staff Hanif sudah menimang anak dan ada juga yang menunggu hari untuk melahirkan. Sedangkan kami masih tidak dikurniakan zuriat.
"Hazel. Pandang abang, please. Jangan senyap aje macamni. Abang risau." Daguku ditolak olehnya membuatkan aku mendongak memandangnya. Air mata yang mula mengalir itu dikesat lembut olehnya sebelum kedua mataku dicium lembut.
"Don't cry. Abang taknak Hazel stress hanya sebab benda macam ni sahaja. Ingat pesan abang. Kalau ada rezeki, adalah. Cuma kita tak tahu bila aje kan? Kita berusaha lagi." Tubuhku ditarik masuk kedalam dakapannya. Belakang badanku digosok seraya itu ciuman demi ciuman mendarat diubun-ubunku. Semakin lama keadaanku makin tenang. Aku cuba terima bahawa tiada rezeki buat kami berdua lagi. Aku hanya perlu bersabar.
Kring! Kring! Bunyi telefonku berdering menyentakkan kami. Hanif menawarkan diri untuk menjawab panggilan itu dan aku hanya membiarkan. Memasang telinga sahaja perbualannya dan si pemanggil.
"Hello? Siapa ni?"
"Mama?"
"Papa masuk hospital? How?"
"Okay, okay. Hanif dan Hazel datang sekarang." Panggilan pantas dimatikan. Dahiku berkerut. Mama? Papa? Apa dah jadi ni? Aku lihat Hanif sudah mula menggelabah. Lengannya aku tahan agar dia tidak terus gelabah.
"Papa kena serangan jantung. Jom kita pergi tengok papa sekarang. Hazel cepat siap!"
Papa sakit jantung? Ya Allah, hampir hendak tercabut jantungku apabila mendengar berita mengejut ini. Pantas aku mencari cardigan lalu aku sarungkan kebadan. Tudung sarung entah apa-apa menjadi mangsa sambaran aku. Ah, janji aku menutup aurat. Yang penting sekarang ini adalah papa!
Sorry kalau bosan 😭💔 saya takda idea nak tulis apa jadi saya tulis ini sahaja. Lepasni mungkin konflik akan tiba. Tunggu dan lihat. Jangan lupa vote dan comment tau gaes 😢 kerjasama anda sangat saya hargai.
YOU ARE READING
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀
Romance⋆ ˚。⋆୨୧˚ 1st Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Nurul Eira Hazel. Sebut sahaja nama itu pasti sudah dikenali ramai. Siapa lagi kalau bukan penyanyi terbaik Malaysia yang telah memperolehi pelbagai anugerah disetiap pelosok dunia. Tetapi, dirinya yang angkuh dan...