Bab 13

14.7K 906 55
                                    

SKRIN televisyen yang sedang menayangkan rancangan drama hindustan yang bertajuk Mohabbetein lakonan Shah Rukh Khan dipandang redup olehku. Sungguh bosan cerita ini. Jujur aku kata, aku bukanlah peminat tegar hindustan. Jam yang berada didinding aku kerling. Hampir pukul 5 petang tadi semua orang tak pulang dari rumah Elly.

Mereka buat apa disana?

Katanya nak masuk meminang sekaligus bincang pasal hal kahwin kerana Hanif dan Elly sengaja mahu mempercepatkan perkahwinan mereka pada bulan hadapan. Gelojoh betul. Takut benar si Elly tu kena kaut dengan orang lain.

Aku menghela nafas panjang. Hanif bakal berkahwin. Tak salahkan kalau aku nak tumpang bahagia? Tapi, sampai bila dia tak maafkan aku? Sampai aku mati? Entahlah. Aku hanya mampu berdoa pada Tuhan agar Tuhan bukakan hatinya untuk maafkan aku.

Memandangkan harini aku cuti solat, menongoklah aku dihadapan televisyen. Rancangan televisyen asyiklah bertukar olehku. Pada waktu-waktu sebegini, banyak cerita kartun ditayangkan. Apa class lah cerita kartun? Takkan aku nak tengok cerita SpongeBob pula.

Iphone 11 aku yang sentiasa berada dipoket, aku keluarkan. Aplikasi Wattpad yang baru sahaja aku memuat naik semalam aku buka. Banyak jugalah penulis-penulis online aku follow. Antaranya, ShaDia, Bellofa dan ramai lagi. Kesemua karya mereka sangatlah menarik.

Sedang khusyuk aku menghayati scene sedih karya Bellofa, tiba-tiba notifikasi dari Dian muncul. Alah, kacaulah budak ni. Tanpa menunggu lama, aku terus membuka notifikasinya.

Dian
Hai, Cik Eira!
Apa khabar?
Lama tak jumpa.

EiraHazel
Hai...
I sihat je.
You?

Dian
Saya pun sihat.
Alhamdulillah.
Hehehehe...

EiraHazel
You nak apa chat I ni?
I baru nak layan Wattpad tahu?

Dian
Oh, tak sangka Cik Eira layan juga app tu.
Nanti jangan lupa follow saya tau!
Hehehehehe... *emoji ketawa*
Saya saje je chat Cik Eira.
Tanya-tanya khabar.

EiraHazel
Hm, kalau takda apa-apa, I offline dululah.
I nak layan Wattpad ni.
Tengah klimaks pula tu.
Pasal follow tu, nanti-nantilah eh?
You bukan famous pun.
Hohohoho.
Tata! *emoji tangan lambai*

Tanpa menunggu balasan dari Dian, aku terus keluar dari aplikasi WhatsApp dan terus membuka Wattpad semula. Cerita yang tergantung tadi aku baca semula dengan penuh khusyuk. Yelah, kita kena fahamkan kalau tak nanti kita boleh keliru akan punca segala masalah terjadi.

Aku leka membaca sehingga aku tidak sedar yang waktu berjalan dan hari semakin gelap.








"ASSALAMUALAIKUM."

Suara ibu Hani yang memberi salam dari luar menyentakkan aku. Telefon aku letak disebelah lalu langkah segera aku bawa kepintu dan buka. Terjengul wajah ibu Hani dihadapan pintu bersama yang lain dibelakang. Aku mengiringi ibu Hani kesofa dan aku duduk disebelahnya. Kedengaran ibu Hani melepaskan nafas lega.

Aku membuat gaya ingin tahu apa yang terjadi. Keluarga Elly terima ke tak? Berapa harga hantaran? Bila majlis akan berlangsung?

"Alhamdulillah, keluarga si Ellysha tu terima," beritahu ibu Hani. Aku hanya mengangguk faham. Lagi-lagi?

"Tapikan, ibu. Hantaran dia tak mahal sangat ke?" Tiba-tiba Haikal mencelah. Mahal? Berapa ribu? 77K ke? Hahahahaha melampau sangat tu.

"Dah abang kamu kata mampu, ibu ikutkan ajelah. Orang dah sayang, lautan api pun sanggup dia rentas. Kan, Hanif?" soal ibu Hani kepada Hanif yang bersandar ditepi tangga sambil memeluk tubuh memerhatikan semua orang.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀Where stories live. Discover now