HANIF menjengah kawasan rumah banglo itu dari dalam kereta. Begitu juga dengan Haikal dan Iman. Kawasan perkarangan rumah yang agak sunyi dan suram memandangkan hari semakin menjelang senja. Sebuah kereta Myvi berwarna putih yang digunakan oleh Elly juga terparkir diluar.
"Tulah kereta yang dia bawa," lapor Iman kepada Hanif. Hanif hanya mengangguk faham. Dia menukar posisi duduknya menghadap Iman dan Haikal.
"Aku akan masuk dalam. Kalau lebih dari lima belas minit aku tak keluar, call polis. Haikal, kau tukang call polis. Iman, kau jaga kereta." Hanif mula memberi arahan. Namun, arahannya dibantah Iman.
"Aku nak ikut kau masuk. Kita tak tahu apa yang ada dalam tu, Hanif. She's psycho. Dia boleh buat apa aje dekat kau."
"Itu antara aku dan dia. Dia nakkan aku. Lagipun, anak aku ada dekat dalam tu. Tanggungjawab aku. Aku tak boleh berlengah lagi. I got to go now. Korang ikut aje arahan aku." Sekaligus, Hanif keluar dari dalam kereta. Iman mendengus geram. Degil betullah mamat sorang ni.
Perlahan-lahan Hanif melangkah dihadapan pintu rumah itu. Tangan diangkat lalu dia mengetuk pintu itu sekali sambil memanggil nama Elly. Seminit selepas itu, terjengul wajah ceria Elly bersama dengan seorang bayi yang sedang lena diulit mimpi didukungannya.
"Elly, my baby." Hanif terus menerjah. Namun, Elly pantas melekapkan jari telunjuknya kebibir Hanif menyuruh Hanif untuk senyap.
"Shh. Janganlah jerit-jerit. Baby you baru aje tidur. Nanti kalau dia bangun, kacau stim lah pula," kata Elly dengan nada yang agak menggoda. Tangan Hanif ditarik masuk kedalam sebelum dia menutup pintu dari terbuka.
"Elly... bagi baby I. Dia tak bersalah," rayu Hanif dengan nada yang cuba dikawal. Elly tertawa kecil sambil mengelus pipi gebu bayi itu.
"It's a girl, Hanif," beritahu Elly tanpa disuruh. "I tertanya-tanya, nama apalah you nak letak dekat anak you ni. Mesti sedap kan?" sambungnya lagi. Hanif pandang Elly kecil besar, kecil besar.
"Bagi I baby tu dulu. Lepastu, kita bincang pasal apa sebab utama you buat macam ini."
Elly pandang Hanif dan bayi perempuan itu sekilas. "You tahu tak, hati I sakit bila tengok muka baby ni. Saling tak tumpah macam muka Eira. Kan best kalau baby ni, baby kita. I yang kandungkan baby ni. Tapi..."
"Enough, Elly! Aku nak anak aku sekarang! Kau tak payah nak banyak cakap. Past is past," jerkah Hanif tiba-tiba lalu mengundang rengekkan si kecil yang berada didukungan Elly. Perlahan-lahan Elly memujuk si kecil itu hingga si kecil itu terlena semula.
"Kan I cakap jangan bising-bising. You ni tak faham bahasa ke?" marah Elly pula.
"I tak minta banyak, Elly. You bagi baby I and then I'll give you what you want," ujar Hanif lagi.
"Serious?"
"Yes."
"Yey!" Elly mendekati Hanif. "Baby girl go to your daddy," bisik Elly kepada bayi itu sebelum bayi itu beralih didalam dukungan Hanif. Buat pertama kalinya, Hanif memegang anak sulungnya. Sebak pula dada ini.
"Now, you dah dapat apa yang you nak. Next is your turn." Nada suara Elly bertukar keras.
"What do you want, Elly?"
"I want you to marry me!"
"No! I dah ada isteri, Elly. Dan I takkan sesekali curang dengan isteri I. Dia satu-satunya wanita yang ajar I erti cinta dan kesetiaan yang sebenar. I'll never marry you, Elly!"
"You liar! You kata you aka beri apa yang I nak. Dasar lelaki semuanya sama. I hate you!" Kini, Elly sudah meroyan seperti orang gila. Membaling segala benda yang dapat dicapai kearah Hanif. Dukungan Hanif pada bayi perempuannya bertambah kemas agar bayi itu tidak menjadi mangsa balingan barang oleh Elly.
YOU ARE READING
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀
Romance⋆ ˚。⋆୨୧˚ 1st Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Nurul Eira Hazel. Sebut sahaja nama itu pasti sudah dikenali ramai. Siapa lagi kalau bukan penyanyi terbaik Malaysia yang telah memperolehi pelbagai anugerah disetiap pelosok dunia. Tetapi, dirinya yang angkuh dan...