HARI yang dinanti oleh pasangan merpati sejoli itu iatu majlis pernikahan Hanif dan Elly telah tiba. Rumah ibu Hani riuh dengan suara suadara-mara belahnya dan juga arwah suami. Pagi ini, kami semua bersiap untuk ke masjid. Tema kami adalah serba putih.
Pin terakhir aku pin ditudung bawal satin yang berwarna keemasan itu. Warna kegemaranku. Jubah satin berwarna putih bersih ditubuh aku tepuk bagi hilangkan debu-debu kecil. Diriku yang terpantul dicermin aku pandang. Kata Haikal, cara pemakaian aku saling tak tumpah macam pengantin. Dengan jubah satin yang berenda ini boleh buat para tetamu keliru. Ah, lupakan ajelah.
Setelah selesai mendandan diri sendiri, aku keluar dari bilik dengan beg tangan disangkut kebahu. Kebetulan, Dr Hannah baru hendak memanggil aku keluar dan kami beriringan turun kebawah. Kelihatan Haikal sedang menggayakan samping dipinggang Hanif.
Tidak aku nafikan, dua beradik kelihatan tampan pada pagi ini. Tanpa aku sedar, mata aku dan Hanif bertaut. Masing-masing terkesima dengan penampilan yang lain daripada yang lain. Jantungku pula berdegup kencang. Pandangan aku segera kalih kearah lain apabila sudah hampir seminit mata kami bertaut. Hanif juga kelihatan kalut semacam.
Aku melimpasi Hanif dan Haikal keluar dari rumah bersama Dr Hannah dan ibu Hani. Aku, ibu Hani dan Dr Hannah naik kereta yang sama manakala saudara-mara yang lain menaiki kereta keluarga masing-masing. Haikal dan Hanif pula naik kereta ayah saudara mereka.
Setelah lebih dari 30 minit juga kereta BMW Dr Hannah meluncur diatas jalan, akhirnya kereta itu berhenti diperkarangan sebuah masjid dimana tempat Hanif dan Elly bakal diijabkabulkan. Aku lihat ada banyak kereta sudah tersedia terparkir diperkarangan masjid itu. Mesti kereta milik ahli keluarga Elly.
Aku memimpin ibu Hani keluar dari kereta lalu kami masuk kedalam masjid itu. Aku lihat ditengah masjid itu sudah tersedia dua kusyen yang berwarna emas dan beberapa orang lelaki tua sudah duduk bersila dihadapan tempat bakal pengantin lelaki.
Ibu Hani dan Dr Hannah sudah terlebih dahulu duduk bersila dibahagian bakal pengantin perempuan. Aku sengaja mengambil angin diluar masjid buat seketika. Melihat suasana meriah yang dikunjungi oleh sanak saudara itu buat aku tersenyum sendiri. Aku rindu suasana meriah bersama keluarga aku sendiri. Walaupun aku berapa tidak digemar oleh saudara mara tetapi aku suka akan suasana meriah dan bergema dengan suara nyaring kanak-kanak itu.
Sedang aku mengelamun sendiri, aku nampak sebuah kereta berhenti agak jauh dari perkarangan masjid itu. Penumpang kereta yang membolos keluar dari kereta itu menarik perhatian aku. Aku lihat gadis itu menoleh kekiri kekanan sebelum gadis itu melangkah kearah aku. Gadis itu menggamitku agar mendekatinya. Tanpa banyak kata, aku terus melangkah kearahnya. Perasaan ingin tahu menyelubungi diriku. Para tetamu yang kian mengurang itu mesti sudah masuk kedalam masjid menanti kehadiran tetamu perempuan.
"Eira kan?" soal gadis itu. Aku mengangguk seraya keningku bertaut. Rambut hitam paras bahu gadis itu membuatkan mataku sedikit terbeliak. Jariku menuding kearahnya tanda terkejut. Dia mengangguk tanda faham akan apa yang aku cuba sampaikan.
"Eira, ini I, Elly. I tak boleh lama-lama kat sini. I nak you kirimkan surat ni pada Hanif. I tak boleh nak teruskan majlis ni. Semuanya terlalu tergesa-gesa. I tak sedia untuk berkahwin dengan Hanif. I tak cintakan dia pun, Eira. I just nak jaga hati dia sebab dia macam berharap pada I sangat. Tolong beritahu pada keluarga you dan I yang majlis ini tidak akan berlangsung. I minta maaf," luah Elly tanpa berdalih. Aku masih lagi dalam fasa terkejut. Susuk tubuh Elly tidak lagi kelihatan apabila Elly masuk kedalam keretanya semula. Aku garu kepala.
Apa jadi pula ni? Telenovela apa pula ini? Macam dalam drama lah pula. Surat berwarna putih yang diberi kepada aku tadi, aku tenung.
"Kak Eira!" Suara Haikal menyentakkan aku. Aku terus menoleh dan melangkah kearahnya. Wajahku jelas memaparkan wajah serba salah. Surat yang diberi oleh Elly tadi aku hulur kepada Haikal. Haikal tenung kertas dan wajahku silih berganti. Keningnya bertaut.
YOU ARE READING
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀
Romance⋆ ˚。⋆୨୧˚ 1st Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Nurul Eira Hazel. Sebut sahaja nama itu pasti sudah dikenali ramai. Siapa lagi kalau bukan penyanyi terbaik Malaysia yang telah memperolehi pelbagai anugerah disetiap pelosok dunia. Tetapi, dirinya yang angkuh dan...