Bab ini hanya mengandungi flashback antara watak Elly dan boyfriend dia, Karl. Saya buat flashback sebab takut ada yang tak faham. So, nikmatilah flashback Elly dan Karl yang boleh buat anda semua gigit hujung baju sebab geram.
Selamat membaca! Aicehh!
ELLY duduk termenung merenung dirinya dihadapan cermin meja soleknya. Esok adalah hari paling bersejarah buat dia dan Hanif. Namun, dia tidak berasa apa-apa. Dia tak terlalu teruja dan beria seperti Hanif. Dia pun pelik akan dirinya yang tidak teruja seperti Hanif.
"I tak sabar untuk esok!"
"We gonna be husband and wife."
"Kita akan dapat anak ramai."
"We will be happy together."
"Forever."
"I love you back to the moon, sayang!"
"You aje sorang dalam hati I."
"I harap you pun sama."
Itulah ayat yang Hanif asyik berulang kali cakap apabila dia dan Hanif curi-curi video call siang tadi. Itupun sebab Hanif yang beria telefon. Keluhan kecil terluah dari celah bibir Elly. Baju busana pengantin yang telah ditempah dan dipilih oleh Hanif itu diperhati dari refleksi cermin. Baju itu sangat sempurna baginya.
Tapi sejujurnya, dia tidak bersedia untuk menjadi isteri kepada Hanif Raydan. Bukan kehendak dia mahu berkahwin dengan Hanif. Malah, mereka baru kenal tak sampai sebulan tiba-tiba Hanif ajak kahwin. Katanya, bercinta selepas kahwin lagi seronok dan membawa kearah kebahagiaan. Lelaki itu langsung tidak menyoalkan statusnya yang sudah 'berpunya' ataupun masih lagi single. Lelaki itu terus sahaja masuk merisiknya.
Kalau bukan kerana Hanif tergolong dari keluarga yang berada, sudah lama dia tolak mentah-mentah. Ibubapanya pun pantas sahaja bersetuju. Hanya disebabkan harta! Tak kisahlah bahagia ke tidak yang penting mereka dapat harta dari Hanif Raydan.
Telefonnya yang menjerit minta diangkat, mematikan lamunannya. Pantas panggilan itu dijawab apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon itu.
"Hello, baby!" Suara Elly bernada manja. Rindu akan kekasih kesayangannya, Karl. Karl juga bersuara manja.
"Baru reti nak angkat ke? I tunggu you lama tau? Berapa banyak kali I call you tapi you tak angkat-angkat. You kemana?" Karl menyoal secara bertubi-tubi. Elly segera bangun dari duduk lalu menghempas tubuhnya keatas katil.
"I busylah harini. Sekejap tadi baru habis majlis berinai. Sana-sini orang kerumun I. Cukuplah dengan rimas, panas pula tu. You! I taknak kahwin dengan dia. I nak kahwin dengan you. Tapi, family I tulah. Cepat aje mereka setuju. Tak fikir pun perasaan I," adu Elly kepada teman lelakinya. Suaranya digedikkan.
"Itulah you. I dah cakap dah awal-awal supaya tak ikut cakap parents you. You degil. Konon lepas dah kikis harta si Hanif tu, kau nak lari dan ikut I. Sekarang ni tengok, siapa yang mengalah?"
Elly mencebik. "I bukan mengalah, you. I cuma taknak. Faham tak maksud taknak? I taknak kahwin dengan dia. I nak ikut you ke Kanada. Kalau you takda kat sini, sunyilah I. Dengan siapa I nak mengadu?"
"Husband you kan ada?"
"Ish. I kata I taknak dia. I nak you juga."
"Habistu you nak I buat apa, Elly? You yang buat keputusan. You pandai-pandailah handle. I sokong you dari belakang aje. Janji you setia dengan I. Itu pun dah cukup memadai."
YOU ARE READING
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀
Romance⋆ ˚。⋆୨୧˚ 1st Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Nurul Eira Hazel. Sebut sahaja nama itu pasti sudah dikenali ramai. Siapa lagi kalau bukan penyanyi terbaik Malaysia yang telah memperolehi pelbagai anugerah disetiap pelosok dunia. Tetapi, dirinya yang angkuh dan...