Bab 37

17.8K 791 74
                                    

3 bulan kemudian...

Lenaku terganggu apabila terasa seperti ada sesuatu melompat turun dari katil dengan ssgera lalu bunyi pintu bilik air dibuka kasar. Bunyi orang muntah itu mengejutkan aku. Terkulat-kulat aku melangkah kebilik air.

Sampai sahaja dimuka pintu, aku lihat Hanif sedang terbongkok-bongkok cuba memuntahkan isi perutnya. Belakang badannya aku tepuk. Kasihan pula aku lihat dia sedaya upaya cuba memuntahkan isi perutnya tapi yang keluar air liur sahaja.  Wajahnya jelas kelihatan pucat dan tak bermaya.

"Abang kenapa ni? Tiba-tiba aje muntah-muntah," soalku sambil memimpin Hanif kekatil semula. Jam loceng dimeja kecil sebelah katil aku kerling. Baru pukul 2 pagi. Air botol mineral yang juga telah disediakan olehku sebelum tidur tadi aku hulur kepada Hanif. Hanif hanya meneguk sedikit sahaja. Takut muntah lagi lah tu.

"Entahlah, sayang. Kepala abang pening lepastu tekak rasa loya. Perut pula rasa memulas," lapor Hanif kepada aku. Aku hanya mengangguk. Dahinya aku picit bagi hilangkan pening kepalanya.

"Abang makan apa malam tadi?"

"Abang makan lauk sayang masaklah."

"Dah expired kot..."

"Sayang... kalau dah expired, sayang pun kena tahu? Lagipun, benda masak sendiri nak expired apa?" Aku berfikir sejenak. Ya tak ya juga kan? Kalau sebab masakan yang kami makan malam tadi, sudah tentu kami berdua terkena sekaligus. Tapi ini Hanif aje.

"Takpalah. Esok kita pergi check okay?"

"Okay." Hanif membalas lemah. Dia membaringkan tubuhnya kekatil semula sebelum matanya dilelapkan. Aku hanya bersandar memerhati Hanif tidur. Kotnya dia nak muntah lagi ke, aku boleh pimpin dia ke bilik air. Kebetulan pula mata ni tak boleh tidur.

Aku menoleh kearah Hanif yang seperti tidak senang tidur itu. Kepalanya diusapku lembut. Matanya terbuka sedikit.

"Perut abang memulas..." rengek Hanif dengan nada yang jelas tidak berdaya. Aku garu kepala, tidak tahu nak buat apa. Haih, doktor pun sakit ke? Eh, doktor pun manusia.

"Kejap. Hazel pergi ambil minyak sapu kat dalam almari tu," kataku sambil dengan pantas melompat turun dari katil. Pintu almari aku buka dan mula menyelongkar. Sudahlah gelap, tak nampak. Jadi terpaksalah aku selongkar. Esok kemaslah semula.

Baru sahaja aku hendak kearah Hanif semula, Hanif terlebih dahulu berlari masuk kedalam bilik air. Muntah lagi lah tu. Seperti biasa, air sahaja yang keluar. Aku setia menepuk belakang Hanif.

"Abang tak larat sangat dah ni, sayang..." rengeknya lagi. Tubuhnya aku baringkan kekatil. Dahinya yang agak panas itu aku rasa dengan belakang tangan. Suhu badanku dan suhu badannya aku bandingkan. Jelas berbeza. Hanif demam ni.

"Abang tahan sikit eh? Esok pagi-pagi kita ke klinik."

"Okaylah... Abang nak tidur. Penat sangat dah ni. Mengantuk pula tu."

"Yelah. Abang tidurlah. Biar Hazel jaga abang." Belum sempat aku habiskan ayat aku, kedengaran dengkuran halus dari Hanif. Penat sangat ni sampai baru letak kepala dekat bantal pun dah terlelap. Sedar tak sedar, aku juga turut tertidur dalam keadaan bersandar di kepala katil.





















AWAL pagi lagi aku sudah berperang di dapur untuk masakkan bubur Hanif. Tengah hari sikit lagi aku kena bawa Hanif ke klinik untuk memastikan punca dia muntah-muntah secara tiba-tiba. Kasihan pula aku lihat wajah pucat lesinya ketika muntah.

Dapur gas aku tutup setelah bubur sudah siap dimasak. Sebiji mangkuk aku ambil dan isikan bubur kedalam mangkuk itu. Biar sejuk. Hanif bangun, boleh makan terus. Baru sahaja aku hendak melangkah masuk kedalam bilik semula, aku dengar derapan kaki Hanif menuju ke dapur.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀Where stories live. Discover now