HARI ini aku langsung tak keluar dari bilik. Aku tak keluar makan sarapan dan makan tengahari. Ibu Hani dan Dr Hannah ada juga pujuk aku makan, tapi aku tolak. Aku bukan apa. Aku cuma takut kalau diorang duk tanya pasal Farith. Urgh, kenapa Farith perlu muncul sekarang? Lepasni apa? Hanif pula!
Pada awalnya, aku tak sangka yang Hanif tu abang kepada Haikal. Aku ingat time Haikal cerita tu, Hanif lain. Tapi, tak sangka Hanif yang sama. Hanif yang aku sangat-sangat kenal.
Hanif Raydan.
Anak kedua kepada Dato Hanafi dan Datin Hani.
Unbeliavable. Kecilnya dunia!
Apa jadi kalau mereka tahu aku ni Eira yang menjadi punca Hanif pindah ke Mesir? Apa jadi kalau mereka halau aku? Aku nak kemana? Rumah Dian? Ah, lagilah tak boleh.
Aaa, itulah Eira. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Takda guna nak menyesal. Apa nak jadi aku kena terima. Aku kena berani hadap semua ni sebab akulah punca keluarga ni berpisah dengan insan tersayang. Akulah... puncanya.
Tok! Tok! Tok!
"Eira... mari keluar, nak. Kamu tu dari pagi tak makan. Perut masuk angin nanti." Kedengaran suara ibu Hani memanggil aku. Aku setia memasang telinga berdiri dibelakang pintu.
"Kamu ada masalah ke, Eira? Kan ibu dah pernah pesan. Kalau Eira ada masalah, beritahu ibu. Tak payah nak malu-malu. Meh makan eh, sayang?" Dari pagi sampai sekarang ibu Hani tak jemu memujuk aku agar keluar makan. Aku terharu sangat dengan layanan mereka walaupun aku tahu mungkin layanan mereka pada aku akan berubah bila dah tahu kebenarannya.
Tombol pintu aku pegang. Hati ni berbelah bahagi. Nak keluar tunjuk muka ke tak? Mesti mereka pelik terhadap sikap aku yang tiba-tiba berkurung dalam bilik. Takda angin, takda ribut tiba-tiba je. Urgh, kalau bukan sebab Farith, aku taknaklah berkurung dalam bilik ni. Rimas tahu tak rimas?
"Eira... kamu okay ke tak tu?" panggil ibu Hani lagi. Nadanya kedengaran risau. Aku terus memulas tombol pintu kerana tak mahu ibu Hani risau. Senyuman pahit dilontarkan kepada ibu Hani.
Iphone 11 pemberian Dr Hannah aku hulur pada ibu Hani. Mengarah dia untuk baca apa yang aku taip.
"Larh, Eira sakit perut? Kenapa tak beritahu? Boleh ibu bagi Eira ubat. Ni sakit lagi ke?" Ibu Hani menyoal penuh prihatin. Aku hanya menggeleng perlahan. Iphone 11 diambil dari tangan ibu Hani sebelum aku taip sesuatu.
"Saya nak rehat," bohongku. Padahal nak lari daripada masalah. Ibu Hani yang seakan-akan memahami itu menyuruh aku rehat. Dia siap pesan supaya aku tidak mengunci pintu bilik agar dia senang nak masuk bilik aku. Aku pula hanya menurut kerana tak mahu sesiapa risau.
Badanku henyak kembali keatas katil. Iphone 11 ditilik oleh aku. Hm, dalam ni takda apa-apa yang menarik pun. Aplikasi Whatsapp dan YouTube je dah cukup bagiku.
Aplikasi YouTube aku tekan sebelum namaku aku taip. Terdapat pelbagai jenis video nyanyian aku. Salah satu daripanya aku tekan. Aku masih lagi tidak percaya yang aku tiada kudrat untuk bersuara dan menyanyi lagi. Aku rindu suaraku yang lunak ini.
Video ke video aku tonton sehingga aku tidak tersedar bila aku boleh terlelap.
LENAKU terganggu apabila tekak ini terasa agak kering. Tak tunggu lama, langkah terus aku susun ke dapur untuk menikmati segelas air. Keluar sahaja dari bilik, keadaan sangat gelap gelita menandakan semua orang sudah tidur.
Aku terpaksa raba-raba untuk turun tangga dan menuju ke dapur. Dengan bantuan lampu samar-samar dari lampu luar, aku berjaya tiba didapur. Suis lampu aku buka malap. Gelas aku ambil dan isi air sejuk kedalamnya lalu aku teguk. Perut yang sememangnya tidak berisi dari pagi aku usap. Dah mula dah buat konsert.
Peti ais aku buka dan selapis kek butter buatan ibu Hani yang dia tinggalkan untuk aku, aku ambil dan mula melantak sampai habis. Memang tak kenyang janji boleh alas perut agar tidak terus kosong. Nanti karang aku juga yang gastrik.
Lebih kurang 30 minit aku berada didapur termenungkan nasib dan masa depanku yang tak berapa nak cerah, sudah tiba masa untuk aku masuk semula kedalam bilik. Pinggan dan gelas aku basuh dan letak semula ditempatnya. Suis lampu dapur juga tidak lupa untuk aku tutup.
Aku mengguman dalam hati menyanyi lagu yang aku pun dah lupa tajuknya. Tangga didaki seperti biasa dan hampir sahaja aku tergelincir dari tangga apabila aku nampak lembaga hitam berdiri dihadapan bilik aku.
Eh, macam manusia je. Haikal ke tu? Ibu Hani? Dr Hannah? Eh, Dr Hannah ke hospital dan akan pulang pada esok pagi. Liur aku telan kesat. Langkah perlahan-lahan aku bawa dekat kearah 'lembaga' itu.
Baru sahaja aku nak menerjah, lembaga itu bersuara garau.
"Who's there?" soalnya dengan bahasa inggeris. Aku bukan tak faham tapi aku tak tahu macam mana nak balas. Iphone aku kat dalam bilik. Buku nota pun dalam bilik juga.
"Bibik ibu ke?" Bibik?! What?
"Eh, manusia kan? Bersuara lah. Bisu ke apa?" Lembaga itu kedengaran terdesak. Otakku cuba berjalan dan mencerna apa yang aku harus buat.
"Tak sangka ibu boleh pilih bibik bisu," sambungnya lagi. Bibik?! Sah lembaga ni nak kena terajang dengan aku. Aku rasa lelaki itu sudah hilang sabar dan dia mula keluarkan telefonnya dan menyuluh kearahku. Terpejam mataku akibat cahaya yang begitu cerah betul-betul ada dihadapan mukaku.
"Siapa kau? Kau ni bisu ke?"
Aku angguk laju dan---holy sh-
Weh, lembaga ni...
Hanif.
Double update 4 today. Sorry lambat. Hehehe.
YOU ARE READING
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀
Romance⋆ ˚。⋆୨୧˚ 1st Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Nurul Eira Hazel. Sebut sahaja nama itu pasti sudah dikenali ramai. Siapa lagi kalau bukan penyanyi terbaik Malaysia yang telah memperolehi pelbagai anugerah disetiap pelosok dunia. Tetapi, dirinya yang angkuh dan...