Bab 42

16.8K 690 2
                                    

MATA yang terasa berat itu sedaya upaya aku cuba untuk celikkan. Lampu putih terang yang betul-betul terletak diatas kepalaku membuatkan pandangan aku kabur seketika. Aku menoleh kekiri dan kekanan. Hendak memastikan diriku dimana. Dengan Hanif yang sedang terduduk tidur diatas sofa sebelahku dan dengan diriku yang sedang terbaring lesu diatas katil keras ini jelas menunjukkan bahawa aku di hospital.

Perutku yang terasa semakin kosong dan kempis itu aku pegang. Minda mula mengingati kejadian yang berlaku. Aku terus menjadi tidak tenang apabila teringat kejadian tak disangka itu. Aku menjerit nyaring mahukan bayi aku yang aku sendiri tak tahu apa jantinanya membuatkan Hanif tersedar dari tidur lalu menerpa kearahku.

"Sayang! Abang ada ni sayang." Hanif cuba memujuk. Namun, aku tidak mahukan dia. Aku mahukan anak kami. Anak kami telah diculik oleh Elly. Itu yang aku paling ingat.

"Anak kita mana, abang?" soalku dalam esak tangisan. Tubuhku sudah lama ditarik kedalam pelukan oleh Hanif. Dapat aku dengar Hanif seperti menarik hingus menahan tangis. Namun, dia kawal perasaannya sebab tak mahu menangis dihadapanku yang sedang tidak stabil ini.

"Anak kita masih pada dia, sayang. Pihak polis tak dapat jejak Elly. Maafkan abang sebab gagal cari anak kita," kata Hanif dengan suara yang makin perlahan. Aku menggeleng laju. Aku tolak tubuhnya membuatkan dia terdorong ke belakang.

"Abang buat apa kat sini?! Anak kita kena culik tau, abang! Anak kita baru beberapa jam lahir tu ada pada perempuan gila tu! Hazel nak anak Hazel. Abang pergilah cari dia," desak aku sambil menjerit nyaring. Hanif terduduk di atas sofa meraup mukanya berkali-kali.

Kemudian, pintu dari luar dibuka. Terjengul wajah mama, papa dan ibu mertuaku bersama Haikal masuk ke dalam wad yang aku duduki. Mama pantas memelukku lalu aku hamburkan segala tangisanku. Aku merengek dengan mama pula.

"Macam mana boleh jadi macam ini, Hanif? Kenapa kamu boleh tinggalkan anak papa seorang diri dalam keadaan sedang sarat mengandungkan anak kamu?" Kedengaran papa menyoal Hanif dengan suara yang agak tenang namun tegas itu.

"Hanif tak tahu, pa. Hanif rasa bersalah sangat. Kalau Hanif tak ikut cakap dia supaya tak hantar dia ke rumah mama dan papa, benda ni semua takkan terjadi. Hanif rasa bersalah sangat, papa. Hanif minta maaf pada papa sebab gagal jaga anak papa dan cucu papa. Cukuplah dulu Hanif dah buat anak papa terseksa dan Hanif takkan ulang lagi. Maafkan Hanif, papa." Esakan halus Hanif juga turut kedengeran. Ayah mana yang tak sedih apabila tidak dapat menyambut anaknya ketika baru dilahirkan dan bersama disamping isteri semasa melahirkan. Nak pula kelahiran anak sulungnya.

"Hanif... jangan salahkan diri sendiri. Hanif tak salah. Mesti ada hikmah keatas apa yang terjadi."

"Ibu..." Hanif menoleh kearah ibunya lalu ibu Hani dipeluknya pula. Haikal hanya menepuk bahunya memberi semangat.

Klak! Pintu wad dibuka dari luar lagi. Kini, Nabila dan Iman pula tiba. Nabila terus menerpa kearahku manakala Iman menerpa kearah Hanif yang sedang terhinjut-hinjut bahu menangis itu. Semua orang cuba menenangkan aku supaya emosi aku stabil. Dalam keadaan aku begini, emosi akan senang tidak stabil. Lagi-lagi apabila tak dapat mendukung anakku. Air mata yang mengalir diseka Nabila perlahan.

Ting! Telefon Hanif tiba-tiba sahaja berbunyi. Pantas Hanif keluarkan telefonnya dari poket. Wajahnya berubah apabila melihat skrin telefon itu membuatkan aku ingin tahu.

"Apa tu, bang?" soalku dengan suara yang serak basah.

"Someone bagi alamat. Dia suruh abang datang seorang diri ke alamat tu tanpa bawa sesiapa." Hanif halakan skrin telefon itu kepada Iman. Berkerut dahi Iman membaca mesej itu. Apa yang ditulis?

"Siap ugut datang seorang dan jangan call polis lagi. Dadar pengecut orang yang hantar mesej ni," rungut Iman.

"Hanif nak pergi ke alamat ni. Mungkin ada kena mengena dengan anak Hanif, papa." Hanif tiba-tiba membuat keputusan membuatkan kesemua yang ada didalam wad itu terkejut termasuk aku.

"No! Abang tak boleh pergi," halangku dengan suara yang tersekat-sekat. Pandangan aku tundukkan. Bila aku mendongak semula, semua orang sudah beransur keluar. Mungkin hendak beri aku dan Hanif ruang. Hanif mendekati aku.

Pipiku diusapnya lembut. "It's gonna be fine. Abang akan bawa anak kita balik. Can't wait to see our baby," kata Hanif dengan senyuman hambar. Aku usap tangannya yang melekap dibibirku. Air mata kembali berjuraian.

"Nak ikut," kataku berat.

"No, sayang. Dalam keadaan sayang macam ini, abang takkan benarkan sayang kemana-mana. Sayang rest aje, okay? Abang janji malam ni juga abang bawa anak kita balik. Don't cry, sayang. Mata ni dah terlalu penat mengalirkan air mata. Sakit hati abang tengok sayang sedih. Baby kita pun akan sedih juga kalau tengok umi dia sedih macam ini."

"Abang nak pergi seorang ke?" soalku memandang tepat kearah wajahnya.

"Abang akan bawa polis untuk backup abang. Don't worry. Everythis is gonna be fine. I promise. Abang akan bawa baby kita dengan selamat pulang ke pangkuan sayang."

Tubuhnya aku tarik kedalam pelukanku. Lama. "Be safe, abang."

"I will, sayang."

"Dah sudah dah? Hanif... kamu pasti nak kesana seorang diri?" Tiba-tiba sahaja pintu bilik wad dibuka oleh semua orang. Perlahan-lahan aku lihat kepala Hanif mengangguk.

"Aku nak ikut." Iman tiba-tiba bersuara.

"Kalau abang Iman ikut, Haikal pun nak ikut!"

Kedua lelaki itu berdiri betul-betul dihadapan Hanif. Keluhan resah keluar dari celah bibir itu sebelum dia mengangguk sekali lagi. Dia menoleh kearahku lalu dahiku dikucup penuh syahdu dan agak lama.

"Abang pergi dulu, sayang."

"Take care," balasku sambil melihat ketiga lelaki itu keluar dari bilik itu dan sekaligus hilang dari pandangan mata. Bahuku dipeluk lembut oleh Nabila seolah menyalurkan kekuatan untukku. Mama, papa dan ibu duduk di sofa sambil memandang sayu kearahku. Senyuman pahit aku hadiahkan kepada mereka.

Agak janggal bila rasa perut ini sudah kosong dan tiada lagi nyawa menumpang didalam rahimku. Nasibku tidak sama seperti ibu mengandung yang melahirkan anak mereka diluar sana. Sebaik sahaja lahir, mereka diberi peluang untuk memegang anak mereka apabila diletakkan diatas dada dan dapat meneka jantina mereka.

Namun aku, lain pula. Aku hanya dapat mendengar suara tangisan nyaringnya sahaja lalu dibawa lari entah kemana. Hati aku ini tidak berhenti berdoa supaya anak kami selamat walau dimanapun dia berada.

Anak umi dan abi... stay strong, ya sayang?














































2 or 3 chapter before ending. Hurgh, can't believe this! And. . . Happy 2K readers on Cinta Tanpa Suara semua! Thankyou for all the support and i really appreciate it. Muah banyak-banyak untuk you all.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀Where stories live. Discover now