Bab 34

19.7K 807 32
                                    

SETELAH hampir dua minggu aku berkampung dihospital ini, akhirnya tiba masanya untuk aku pulang kerumah. Hanif yang sedang leka membersihkan ruang wad itu aku perhatikan lama. Baju T-shirt yang dipakai agak sendat sehingga menampakkan bentuk tubuh tegapnya. Lengannya pun boleh tahan sasa. Tanpaku sedar, bibir bawahku dikertap menahan geram. Entah kenapa aku mahukan Hanif sekarang.

Hanif yang sedang mengemas itu terhenti apabila terasa dirinya diperhati olehku. Pantas dia menoleh kearahku dengan riak muka yang tak boleh nak ditafsir.

"Sukalah tu tengok abang senyap-senyap kan?" Aku tersentak apabila suara garau Hanif menegur. Aku teguk air liur. Terasa kesat. Sengihan aku lontar kearahnya sambil jari aku bermain dengan cadar katil hospital itu. Kepala aku tundukkan kerana malu. Dah kantoi. Habislah.

Tiba-tiba, dagu aku ditarik oleh Hanif membuatkan aku mendongak memandang tepat keanak matanya. "Mana suara ni? Marilah borak-borak dengan abang sambil abang kemas barang ni," pintanya dengan suara yang mengoda. Aku teguk air liur lagi.

Eeee, i want him so bad!

"Err... Ha-Hazel tak biasalah," balasku tergagap-gagap. Hanif tersenyum nipis.

"Then, biasakan lah. Abang ada untuk tolong Hazel apa yang patut. I'll start the conversation if you want, though." Dahiku dikucup olehnya sekilas sebelum dia menyambung mengemas barangan. Aku hanya menanti dia memulakan perbualan.

"Hazel pernah terfikir tak nak tinggalkan abang?" Soalannya serta-merta buat keningku bertaut. Dalam banyak-banyak topik, topik ini juga yang hendak dibualkan. Macam takda topik lain pula.

"Sejujurnya, ada. Tapi itu dulu. Sekarang ini Hazel hanya mahukan abang. Hazel taknak kehilangan abang. Hazel sayang abang sangat-sangat. Abanglah segala bagi Hazel. Abang... jangan tinggalkan Hazel tau?" Aku menjawab dengan suara yang bergetar. Entah kenapa sejak dua menjak ini emosiku kurang stabil. Sikit-sikit nak nangis, sikit-sikit nak marah. Entah apalah nak jadi. Air mata yang ditahan menitis jua.

Aku teresak halus. Hanif yang masih sedang mengemas barang itu terus menerpa kearahku. Kedua pipiku dipegangnya. Riak risau sangat jelas diwajahnya kini.

"Hey, hey, shuhh. Okay abang janji abang tak tinggalkan Hazel. Abang sayang Hazel juga. Janganlah nangis, sayang. Kenapa sensitif sangat ni hm? Abang tak kemana pun. Tetap dalam hati sayang okay? Dahlah. Jangan nangis. Abang ada." Hanif memujuk. Tubuh aku ditarik kedalam dakapannya. Aku balas pelukannya dengan erat. Bauan wangian yang dipakai olehnya buat aku bertambah selesa berada didalam pelukannya.

"Hazel nak balik rumah," rengekku serupa budak kecil. Hanif tergelak kecil. Gelagatku mungkin lawak dipandangannya tapi aku peduli apa. He's mine now.

"Tunggu abang habis kemas baru kita boleh balik ya? Abang pun tak sabar nak bawa Hazel balik rumah ni. Boleh kita having time together. Kan?" Aku hanya mengangguk melayannya. Air mata yang masih bersisa aku kesat dengan hujung baju. Emosiku kembali stabil. Kenapalah aku jadi begini? Kena tanya pakcik google ni.







"SAYANG?" Aku yang sedang tertonggeng mengambil barang dapur dikabinet bawah itu terus berdiri tegak. Tubuhku terus dipusingkan kearah Hanif yang menegur. "Buat apa tertonggeng-tonggeng tu? Nak goda abang ke?" Soalan selamba yang dituju olehnya buat aku termalu sendiri. Haih, Hanif! Kenapalah makin lama makin menjadi dia ni eiyy.

"Mana ada! Hazel nak ambil bawang ni je," balasku seraya menunjukkan bakul yang berisi bawang kearahnya.

"Sayang tu belum sihat lagi. Kenapa nak susah-susah masak. Makan kat luar ajelah."

"Mana boleh makan kat luar. Kita tak tahu apa diorang letak dalam makanan tu. Kotnya kalau dia letak jampi ke apa ke sebab nak goda abang macam mana? Abang tu dahlah hot stuff. Ramai orang minat. Bahaya tau!" Aku membalas jujur. Sebiji bawah merah dan putih aku keluarkan dari bakulnya sebelum aku letak semula bakul itu kedalam kabinet.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀Where stories live. Discover now