NABILA sudah tidak tentu arah. Dari tadi dia tidak senang duduk dan asyik kehulur-hilir sahaja di hadapan kafe itu menantikan kehadiran Iman. Mereka telah berjanji bahawa nak berjumpa di kafe berdekatan dengan hospital pada pukul 2 petang. Tapi sekarang ini sudah dekat pukul 3 dan batang hidung Iman pun tak nampak lagi.
Dalam kepala Nabila sudah mula membuat pelbagai andaian sendiri. Kononnya, Iman tidak sudi keluar dengan dia sebab perangai pelik dan gelabah dia tu. Nabila menghela nafasnya berat. Dia akhirnya terduduk ditangga kafe itu masih cuba menanti kehadiran Iman. Telefon dari beg tangannya dikeluarkan lalu nombor Iman didail.
To : Iman
From : Nabila
[Isnin, 2:49 p.m]Iman, mana awak?
Tak sempat Nabila hendak tekan butang 'send', mesej itu cepat-cepat dipadam olehnya. Bila difikirkan balik, apa hak dia nak tanya Iman macam-macam? Mereka bukan ada hubungan yang rapat pun. Mereka cuma kawan sekerja tapi berbeza tugasan. Dia bertugas sebagai doktor sakit puan manakala Iman pula bertugas sebagai doktor pembedahan.
Nabila pandang kiri dan kanan. Mana tahu Iman baru nak sampai ke tapi hampa. Tiada langsung bayang Iman. Akhirnya, Nabila mengambil keputusan untuk terus beredar dari situ dan terus pulang ke hospital dengan wajah yang muram.
Memandangkan jarak kafe dan hospital tidak jauh, Nabila hanya berjalan kaki sahaja. Dia melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan kerana dia terlalu leka membuat andaian bahawa Iman tidak sudi bertemu dengannya.
Pin! Bunyi hon kereta menyentakkan Nabila. Nabila terkaku sebelum dia rasa tubuhnya ditolak kebahu jalan oleh seseorang.
SPLASH! Terbangun terus Dian dari tidur apabila tubuhnya disimbah dengan air yang berisi didalam baldi. Dian mencerlung tajam kearah sepupu perempuannya yang sedang bercekak pinggang dan ada baldi ditangan. Sepupunya pandang dia tanpa riak.
"Sudahlah menumpang rumah orang. Lepastu, buat macam rumah sendiri. Aku ingatkan bila aku balik dari Kuala Lumpur kemas sikitlah rumah ni, rupanya tak! Lagi teruk adalah. Aku suruh kau jaga rumah ni, kemas rumah. Kau buat apa sepanjang dua minggu ni?! Membuta?!" Julia sudah membebel. Dian meraup rambutnya kasar seraya itu bangun dari duduknya.
"Bisinglah, perempuan!" jerkahnya kepada Julia. Namun, sikit pun tidak digentari oleh Julia.
"Kau sedar sikit eh. Ni rumah aku. Kau tu menumpang aje. Suka hati akulah nak membebel ke apa ke. Dahlah entah dari mana tiba-tiba cari aku kata polis tengah cari kau. Kau patut bersyukur tahu aku sanggup tumpangkan lelaki bukan mahram semata nak sorok kau dari kena tangkap polis. Kalau ikutkan hati nilah, dah lama aku call polis." Julia menyatakan geram hatinya.
Dian merengus kasar. "Kalau tak ikhlas nak tumpangkan aku, cakap! Jangan nak sindir-sindir aku macamni. Eh aku pun tak hamak lah nak tinggal dengan kau kalau polis tak cari aku. Dah lah, blah lagi bagus."
"Okay, fine. Blah lah! Blah! Aku nak tengok siapa yang kau cari. Kau tu kalau takda aku, siapa lagi kau nak berharap? Silap hari bulan, polis yang jumpa kau," sindir Julia, pedas.
"Eh kau boleh diam tak perempuan?!" Dian sudah meluru kearah Julia dan berura-ura mahu mencekik wanita itu.
Tanpa amaran, tangan Dian dipulas kebelakang oleh Julia dengan pantas. "Jangan sesekali kau sentuh aku kalau kau nak kekal selamat or else I'll call the police," ugut Julia ditelinga Dian. Tubuh Dian dihentaknya kelantai mengakibatkan lelaki itu mengaduh sakit. Julia tersenyum sinis sebelum dia keluar dari rumah itu. Tidak mahu duduk sebumbung dengan Dian dan dalam masa yang sama dia ada kerja yang perlu diselesaikan.
Dian memerhati figura Julia yang makin menghilang itu. Pandangan matanya sungguh berbeza dari Dian Farish yang dahulu. Dian Farish yang sekarang lebih liar dan panas baran. Dan... itulah perangai dia yang sebenar.
Dia pantas bangun menuju ke bagasinya. Baju-bajunya dimasukkan kedalam bagasinya sebelum dia masuk kedalam bilik air untuk membersihkan diri. Dia tekad, dia kena berambus dari sini segera. Julia bukan boleh dijangka. Silap-silap dia pergi panggil polis dan menangkap dirinya. Sudahlah dia sedang dikehendaki sekarang ini.
Usai membersihkan diri, tak tunggu lama Dian dengan tergesa-gesa mengemas segala barang agar langkahnya tidak dijejak dan menerjah keluar dari rumah teres Dian. Alangkah terkejutnya apabila ada beberapa buah kereta polis dihadapan rumah teres Julia.
Dari jauh dia nampak Julia dengan pakaian polis wanita berbual dengan beberapa orang polis yang lain.
"Kurang ajar kau, Julia. Kau khianat aku!" kata Dian pada dirinya sendiri sebelum membuka langkah besar berlari dari perkarangan rumah teres itu. Tak sangka sepupunya mengkhianatinya pula. Disangkanya dia akan selamat tetapi salah seorang anggota polis perasan akan dirinya.
"Inspektor Julia! Suspek telah larikan diri!" lapor salah seorang anggota polis lelaki itu. Julia pantas menoleh kearah pintu rumah yang terbuka.
"Kejar suspek sampai dapat. Jangan bagi dia terlepas. He deserves this." Julia memberi arahan tegas sebelum menaiki motor polis diikuti dengan anggota polis yang lain. Siren yang berbunyi kuat menggemparkan kawasan taman itu.
Dian berlari sekuat hati melalui lorong kecil itu. Bila dia menoleh kebelakang, terdapat sepupunya sedang mengejar. Lariannya dilajukan lagi namun motor Julia lebih laju memintas lalu menghalang jalan Dian. Dian menoleh kebelakang tetapi ada beberapa anggota polis sudah mengepungnya.
"Kau khianati aku, Julia! Aku percaya kau! Tak sangka kau buat aku macam ni. Jahanam kau!" Dian mengherdik Julia apabila seorang anggota polis telah menggari tangannya sambil tubuhnya dihentak kepintu kereta polis. Julia melangkah kearah Dian.
"Well, kifarah is real. Goodbye for now," balas Julia sinis memerhatikan Dian masuk kedalam kereta polis itu. Julia mengeluh kecil apabila kereta polis yang membawa Dian telah hilang dari pandangan. Kini, tinggal dia dan seorang anggota sahaja lagi.
"Tim," panggil Julia.
"Ya, inspektor."
"Awak uruskan suspek. Saya nak pulang ke Kuala Lumpur semula."
"Tapi bukan inspektor baru pulang dari Kuala Lumpur ke? Tak penat?" soal Tim perhati. Bukan dia tak tahu jarak Melaka dan Kuala Lumpur bukannya dekat. Ambil masa selama dua jam juga nak sampai ke destinasi.
"Saya ada hal yang perlu diselesaikan."
"Jumpa dengan keluarga sepupu inspektor?"
"Ya. Mereka tak tahu lagi tentang ini. Awak doakan perjalanan saya selamat ya?"
Tim mengangkat tabik. "Baiklah. Semoga pelajar inspektor selamat."
"InsyaAllah terima kasih, Tim. Awak boleh pergi sekarang." Julia menaiki motor besarnya apabila Tim sudah masuk kedalam kereta. Motor itu meluncur dahulu mendahului Tim. Tim membelok ke kiri manakala Julia membelok ke kanan.
Akhirnya dengan ini saya menamatkan watak Dian 😌💔 Agak berat tapi tak mengapa. Kifarah is real right? Dia memang patut pun dibalas begitu. Sorry kalau part ni agak boring sebab saya nak habiskan scene Dian as soon as possible sebelum fokus on another conflict antara Hanif, Hazel dan... rahsia! Kita tengok siapa watak yang akan muncul selepas ini. Wait and see. Bye!
YOU ARE READING
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀
Romance⋆ ˚。⋆୨୧˚ 1st Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Nurul Eira Hazel. Sebut sahaja nama itu pasti sudah dikenali ramai. Siapa lagi kalau bukan penyanyi terbaik Malaysia yang telah memperolehi pelbagai anugerah disetiap pelosok dunia. Tetapi, dirinya yang angkuh dan...