LENAKU terganggu apabila terdengar pintu bilik aku diketuk dari luar. Terpisat-pisat aku bangun. Aku lihat sekeliling lalu mata aku tertancap pada pintu yang diketuk. Otak cuba mencerna apa yang perlu aku buat. Oh, buka pintu. Dengan langkah yang masih mamai, aku melangkah kearah pintu dan tombol pintu dipulas.
Wajah Dr Hannah menjadi santapan mata aku.
"Ya Allah, Eira! Awak tidur dengan tudung tak buka ke?" soal Dr Hannah dengan riak yang terkejut. Aku hanya mengangguk seraya tangan naik mengonyoh mataku. Aku dengar Dr Hannah ketawa kecil.
"Sudahlah, Eira. Baik awak pergi bersihkan diri awak tu. Lepastu baru turun makan malam. Dahlah dengan tudung senget teruk. Baju pun dah terangkat. Lasak juga awak tidur ya?" kata Dr Hannah sambil menggeleng dan berlalu pergi dari situ. Aku berkerut.
Teruk sangat ke muka aku ni? Aku cepat-cepat lihat diriku dipantulan cermin. Ya Allah, adakah ini diriku? Dengan tudung yang senget maha dasyat. Dengan air liur basi dipipi. Apakah? Macam bukan diri aku je! Patutlah Dr Hannah gelakkan aku tadi. Malunya!
Langkah cepat aku bawa masuk kedalam bilik air untuk bersihkan diri yang sudah melekit.
USAI makan malam, aku menolong Dr Hannah dan ibu Hani membasuh pinggan. Walaupun ditegah oleh mereka berdua, aku tetap mahu membantu. Dahlah tumpang orang, nak jadi bos pula! Nanti apalah orang kata. Habislah saham aku nanti.
Haikal pula lepas makan je tadi dia sudah masuk ke bilik belajar dia. Kata Dr Hannah, sudah tiba waktu dia belajar. Dia akan belajar sehinggalah dia rasa mengantuk. Kadang, dia tidak tidur sampai pukul 3 pagi sebab khusyuk sangat buat latihan SPM. Aku kagum dengan kesungguhan Haikal untuk membanggakan ibu Hani dan arwah ayahnya.
Kalau nak tahu, Dr Hannah dan adik beradik sudah kehilangan ayah mereka sejak mereka masing-masing masih kecil. Haikal pula baru berusia 1 tahun. Lihatlah betapa gagahnya ibu Hani membesarkan ketiga-tiga anaknya tanpa bantuan sesiapa. Hubungan mereka berempat sangatlah rapat. Aku yang masih ada ibu dan ayah ni pun tidak pernah bersyukur.
Hanya sebab satu fitnah dari mulut orang, papa senang lenang menghalauku dari rumah tanpa berfikir panjang atau soal siasat. Dia sanggup tidak mengaku aku anak dia. Hanya kerana mulut orang, hubungan aku dan ibubapaku menjadi keruh.
Pada umur aku masih muda iaitu 18 tahun aku dihalau keluar dari rumah. Aku tiada keluarga yang lain. Ahli keluargaku yang lain semua membenciku kerana aku mempunyai kelebihan suara yang lunak dan merdu. Aku hilang hala tuju sehinggalah aku mula mencari kerja untuk menampung hidupku. Aku mula menyanyi dan mengasah bakatku disebuah restoran terkenal. Sehinggalah aku ditawarkan oleh seorang manager untuk menyertai ujibakat menyanyi mereka disebuah program.
Pada umurku 20 tahun, aku berjaya memperolehi anugerah pertama aku di Dubai. Sungguh itu rezekiku. Duitku pula makin banyak dan banyak untuk menampung hidup sehingga aku tak tahu nak guna untuk apa.
Makin hari, aku menjadi riak dan sombong terhadap orang sekeliling dengan jawatan dan bakatku. Aku tak tahu kenapa aku jadi begitu. Mungkin kekayaan telah butakan diriku. Kini, aku sudah tiada apa. Sekejap sahaja Tuhan dan ambil nikmat yang aku tak pernah nak hargai dengan berterima kasih padanya. Kata Dr Hannah, mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini.
Wallahualam.
"Eira? Apa kamu menungkan tu? Dah siap basuh pinggan ke belum?" Lamunanku hilang apabila terasa bahuku disentuh oleh ibu Hani. Aku toleh memandang ibu Hani sekilas sebelum aku sambung buat kerja yang tertangguh. Paip sinki ditutup dan tanganku lap dikain bersih sebelah sinki.
"Eira, kamu kalau ada masalah, bagitahu je ibu atau Anna. Kami ni dah anggap Eira sebahagian dari keluarga kami dah. No secrets between us okay? Kami ada je untuk support Eira," tutur ibu Hani lembut. Aku tersenyum lantas menganggukkan kepala. Kepalaku yang tersarung dengan tudung diusap lembut oleh ibu Hani.
Tangan ibu Hani yang mengusap pipiku aku sentuh. Sungguh aku rindu belaian mama. Dulu, mama selalu belai aku macamni. Cubit pipi aku, sikat rambut aku. Hubungan kami sangatlah rapat. Tapi... sejak kejadian tu, aku hilang kasih sayang seorang ibu. Masa papa halau aku dulu pun, mama takda nak halang papa. Jelas riak wajahnya kecewa dengan aku. Padahal i'm done nothing.
Kalaulah aku tak keluar malam tu. Kalaulah aku dengar cakap mama. Hazel minta maaf mama. Hazel dah cuba jelaskan pada mama tapi mama dan papa taknak dengar. Mama tengok je tubuh Hazel jatuh tersungkur ditolak papa. Mama tengok je baju Hazel kena lempar kasar oleh papa. Mama tengok je Hazel merayu cuba menegakkan kebenaran. Mama dengar je rayuan dan panggilan sayu Hazel.
Mama... Hazel rindu mama. Hazel nak mama.
Tanpa aku sedar, air mataku mengalir laju. Ibu Hani terkejut melihat aku tiba-tiba menangis. Pantas tubuhku dipeluknya. Aku hamburkan tangisanku didakapan ibu Hani.
Mama... Hazel rindu nak kena peluk dengan mama. Hazel minta maaf, mama. Kalau Hazel boleh putarkan masa, Hazel akan dengar cakap mama. Mama...
GAMBAR seorang gadis remaja berusia 18 tahun itu diusap lembut oleh Datin Hayati. Senyum kelat terukir dibibirnya diselangi dengan air mata yang mengalir deras. Setiap malam, gambar gadis itu memeluknya menjadi tatapan mata sehingga dia tidur. Diusap-usap seakan-akan dia mengusap pipi halus itu.
"Hazel... Hazel kat mana sekarang? Mama rindu Hazel. Hazel takda rasa nak balik jumpa mama ke? Maafkan mama, nak. Mama menyesal dengar cakap orang. Mama menyesal tak halang papa kamu masa tu. 10 tahun Hazel tak balik-balik. Hazel pergi mana sayang?" Datin Hayati bercakap seorang diri dengan sedunya. Tangan mengambil telefon yang berada diatas meja kecil sebelah katilnya.
Gambar anaknya yang dipanggil Hazel sedang menyanyi ditatap penuh kasih sayang.
"Nampaknya, Hazel dah berjaya capai impiam Hazel nak jadi penyanyi terkenal seluruh dunia. Hazel dah banggakan mama dan papa. Mama mampu tengok Hazel dari jauh je sayang. Kalau papa tahu mama hantar spy intip kamu, mesti dia pukul mama."
"Papa kamu dah lain. Sejak dia halau kamu dari rumah, papa jadi panas baran. Tak boleh mama cakap sikit, papa dah mula melenting dan pukul-pukul mama. Sekarang ni papa aktif dalam dunia perjudian. Bila mama tegur, papa marah. Dia dera mama. Dia kurung mama dalam bilik. Mama bersyukur sangat dia halau Hazel. Kalau Hazel ada, mesti Hazel takkan berjaya capai impian Hazel. Hazel mesti kena dera juga. Maafkan mama, Hazel. Mama tak kuat nak berdepan dengan papa kamu,"
"Kalau ikutkan, mama dah cari kamu. Tapi sebab papa kamulah mama takut. Hazel juga kena tahu walau apapun yang jadi, mama tetap akan sentiasa doakan Hazel walau dimana Hazel berada. Mama sayang Hazel tau..." ujar orang tua itu sebelum matanya dikatup dengan air mata masih tersisa.
Done buat scene sedih HAHAHAHA tak sedih mana pun rasanya. Tapi, masa saya tulis scene Datin Hayati luah tu tiber air mata mengalir. Idk why saya nangis? Biasalah. Saya ni emo orangnya. HAHAHAHA. Sape kuat emo macam saya? Angkat kaki! HAHAHA gurau ii. Enjoylah ya! ❤
YOU ARE READING
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀
Romance⋆ ˚。⋆୨୧˚ 1st Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Nurul Eira Hazel. Sebut sahaja nama itu pasti sudah dikenali ramai. Siapa lagi kalau bukan penyanyi terbaik Malaysia yang telah memperolehi pelbagai anugerah disetiap pelosok dunia. Tetapi, dirinya yang angkuh dan...