Bab 3

14.7K 1K 81
                                    

MATAKU terbuka perlahan. Akhirnya, setelah sekian lama, masa yang aku tunggu-tunggu telah tiba. Aku kini sedang cuba membuka mata walaupun payah tapi aku cuba sampai aku nampak cahaya putih bersinar diatas kepalaku. Tekakku terasa perit. Segala tubuhku terasa lenguh. Aku toleh kekiri dan kekanan.

Aku nampak sekujur tubuh berkot putih berdiri membelakangi aku. Tu mesti doktor. Aku cuba untuk bersuara tetapi suara aku langsung tidak keluar. Mungkin kerana terlalu lama aku tidak membasahkan tekak dengan air. Mungkin suaraku akan okay bila aku minum air nanti.

Tangan aku yang dicucuk dengan IV Drip aku pandang. Tanganku cuba mencapai hujung kot doktor itu agar dia sedar yang aku telah sedarkan diri dari koma. Doktor perempuan itu menoleh memandangku. Riak wajahnya jelas terkejut.

   "Eira? Are you awake?" soal doktor itu. Suara dia sama macam suara doktor yang selalu bercerita dan membacakan Yassin kepadaku. Ini mesti Dr Hannah. Senyuman aku ukir sebelum aku mengangguk.

Dr Hannah mengucapkan kalimah syukur kepada Tuhan. Dia tersenyum melihatku seraya itu dia mula memeriksa keadaan diriku.

   "It's been 2 years. Lama betul awak koma," katanya dan membuatkan aku terkejut. 2 tahun? Aku koma selama dua tahun? Lamanya... Aku cuba untuk bersuara tetapi tidak boleh. Hanya angin sahaja yang terhasil keluar dari mulutku.

   "Awak nak air ya?" soal Dr Hannah. Aku mengangguk laju. Lantas segelas air kosong diberi kepadaku setelah aku berjaya menukar posisi baring kepada duduk. Air mineral itu aku teguk laju. Tekakku yang sememangnya tidak dibasahkan selama 2 tahun kini sudah basah. Kini, aku lapar.

Aku nak cakap aku lapar pada Dr Hannah tapi aku tak boleh keluarkan suaraku walaupun aku dah minum hampir 8 gelas air. Aku pegang leherku yang terdedah. Mana pergi suaraku?

   "Awak lapar?" Aku angguk lagi.

   "Sekejap ya? Sekejap lagi makanan untuk awak akan tiba. Mesti awak lapar kan? Jadi, saya pesan pelbagai jenis makanan untuk awak. Awak makanlah sampai kenyang!" ujar Dr Hannah. Aku mengangguk lagi. Aku masih musykil. Mana suara aku? Kenapa aku tak boleh nak keluarkan suara aku?

Beberapa tika kemudian, seorang jururawat membawa satu troli makanan. Lauk-pauknya bagiku cukup menyelerakan. Entah kenapa, lauk sayur dan ikan itu cukup menarik selera aku. Padahal aku bukan suka pun makanan-makanan hospital ini. Mungkin sebab aku dah lama tak menjamah makanan.  

   "Kita makan dulu. Bismillah." Dr Hannah juga duduk di sebelahku. Dia juga menjamah makanan yang dipesan tadi. Aku hanya membiarkan. Mungkin dia juga lapar. Yelah, aku tahu kerja doktor macam mana. Takda langsung masa untuk makan.

   "Kalau awak nak cakap sesuatu, awak boleh tulis kat sini. Senanglah saya nak faham apa awak cakap nanti." Aku tenung buku nota kecil dan sebatang pen yang diberi oleh Dr Hannah. Dahiku berkerut. Kenapa perlu beri semua ni, padahal aku boleh je bercakap.

Aku tak menolak malah aku menyambut huluran dia. Buku tulis itu aku buka dan aku tulis sesuatu.

   "Kenapa doktor bagi saya buku nota dan pen ni? Saya boleh je bercakap." Helaian kertas yang sudah aku conteng itu, aku hulur pada Dr Hannah. Raut wajah Dr Hannah terus bertukar namun dia sempat lagi kawal. Senyum diberi kepadaku. Aku masih dalam fasa ingin tahu.

   "Awak makan dulu. Nanti baru saya bagitahu apa sakit yang awak alami sekarang ni. Sebelum itu, saya minta maaf awal-awal lagi pada awak," balasnya. Jawapannya membuatkan aku jadi tidak sabar. Tapi, aku kena sabar. Anggukan diberi sebagai tanda setuju.

Hidangan didepan mataku aku jamah sehingga licin. Hidangan Dr Hannah juga licin. Aku lap bibirku dengan tisu sebelum aku pandang muka Dr Hannah. Aku mahukan jawapan.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀Where stories live. Discover now