TANGANKU mula menggigil apabila jarak aku dan Hanif sangatlah dekat. Dah kenapa lah tiba-tiba sahaja dia nak dekatkan muka dia padaku. Aku nak menjerit tapi tak boleh. Nak bercakap lagi lah tak boleh. Hanya tanganku yang menggigil sahaja menolak dadanya agar menjauhi aku. Sudahlah gelap tanpa sebarang cahaya, apa kata ibu Hani nanti kalau dia nampak.
Sedaya upaya aku tolak dada Hanif agar menjauhi aku. Hanif tersenyum sinis sebelum mengamati segenap wajahku.
"I know you," ujarnya separa berbisik. Aku sudah jadi tidak keruan. Makin lama wajahnya makin dekat dengan cara aku. Dekat Mesir kalau nak cam muka orang kena datang dekat-dekat macam ni ke?
"Eira Hazel." Perlahan dan bergetar dia ungkapkan namaku. Matanya yang memandang aku menjadi tajam dan sinis. Aku tundukkan pandangan agar tidak bertentangan dengan renungan tajam lagi ngeri Hanif.
Ya Allah, sesiapa. Tolong...
"What are you doing here?!" jerkahnya betul-betul ditelingaku. Aku pejam mata. Mulutku terkumat-kamit ingin sampaikan sesuatu tetapi aku tak boleh. Hanya pergerakan tangan sahaja yang aku mampu tunjukkan.
"Kau ni dah kenapa? Macam orang bisu pula. Mana suara kau? Ke, kau dah cacat?" Ayatnya yang terakhir buat hati aku tercarit. Semalam Farith, harini Hanif pula. Kenapa dia begitu kejam padaku kalini? Adakah dia pun hendak membalas perbuatanku yang juga kejam dahulu?
Aku lihat bibirnya mengukir senyum sinis lagi. Memang kaum dia suka senyum sinis dan tak ikhlas eh?
"Kenal tak aku siapa?" soalnya lagi. Aku mengangguk perlahan. Tangan aku yang menggigil aku satukan tanda maaf dan tunjukkan pada dia. Aku betul-betul nak minta maaf dan aku menyesal dengan perbuatan aku dahulu.
Sekali lagi bibirnya mengukir senyum sinis. "Maaf? Heh, aku tak bagi kau hukuman lagi. Lepas aku dah puas bagi hukuman, baru aku maafkan kau. Amacam? Kejam tak?" Dia kemudian ketawa sinis. Jaraknya dijauhkan dari aku sebelum dia mula membuka bilik aku. Langkahnya terhenti apabila melihat ruangan biliknya yang telah diubah suai olehku.
"Nampaknya kau ni yang kakak aku kutip dari hospital haritu. Lepastu, terus terima kau dalam keluarga ni tanpa tahu latar belakang kau macam mana. Heh? Apa yang kau nak buat lepasni hah? Tak cukup dengan maruah aku kau pijak. Nak pijak maruah family aku pula ke?!" Sekali lagi, jerkahan dia membuatkan aku terkejut. Bahuku terhinjut sedikit. Sekaligus, lampu ditingkat dua itu terpasang.
Aku toleh melihat ibu Hani disuis lampu. Matanya digonyoh sebelum bibirnya mengukir senyum apabila melihat Hanif. Aku lihat Hanif pandang ibunya tanpa sebarang riak.
"Ibu, ni ke manusia bisu yang ibu dan Kak Anna kutip tu?" Hanif menyoal kasar. Aku terus menekup mulutku. Ada ke patut dia menyoal kasar sebegitu pada ibunya? Atau sebab kehadiran aku buat dia berubah?
"Han, apa cakap Eira macam itu. Tak baik tau," tegur ibu Hani lembut. Bahuku digosok perlahan.
"Ibu kenapa nak backup dia sangat?! Eh, kalau ibu nak tahu. Dia nilah punca Han berpisah dengan ibu dan yang lain. Manusia binatang nilah yang telah pijak maruah Han! Ibu tahu tak! Orang yang ibu backup ni telah buat keluarga kita kena tanggung malu dan tebalkan muka pada orang ramai. Ayah mati sebab terkejut dengan apa yang disampaikan! Ibu tahu tak!" Hanif menjerit dan meninggikan suara. Urat-urat timbul didahi dan lehernya. Tangan kekarnya juga menuding-nuding kearah aku.
"Ibu dan ayah tak pernah ajar Han kurang ajar macam ni. Eira pun manusia yang buat kesilapan. Dah lepas tu, biarlah lepas. Lagipun, Han dah balik dah pun kan? Cukuplah tiga tahun kita berpisah dan jangan diungkit semula kisah lama. Tak elok ungkit kisah yang telah berlalu. Takut nanti benda tu jadi pada kamu pula," balas ibu Hani tenang. Aku setia diam diantara anak dan ibu ini.
YOU ARE READING
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀
Romance⋆ ˚。⋆୨୧˚ 1st Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Nurul Eira Hazel. Sebut sahaja nama itu pasti sudah dikenali ramai. Siapa lagi kalau bukan penyanyi terbaik Malaysia yang telah memperolehi pelbagai anugerah disetiap pelosok dunia. Tetapi, dirinya yang angkuh dan...