Bab 12

14.1K 882 68
                                    

SEJAK kejadian malam itu, aku tak banyak bercakap. Ceit, memang tak boleh bercakap pun. Aku banyak menghabiskan masa aku berkurung didalam bilik. Termenung, berangan dan tidur. Itu sahajalah rutin aku hampir setiap hari. Aku putus asa untuk buat Hanif maafkan aku. Terang-terang yang dia takkan maafkan aku langsung. Buat apa nak terhegeh-hegeh kan?

Aku lihat diriku dipantulan cermin almari besar itu. Wajahku yang kelihatan sedikit sembam kerana banyak menangis aku usap. Kepala aku tundukkan menekur lantai.

"Eira, you betul nak buat kerja gila ni?" soal Liyani kepada aku. Aku hanya buat muka biasa. Langkah aku bawa laju kearah parking lot universiti itu.

"Ini bukan kerja gila, Liy. I just bosan. I kena isi masa lapang I dengan benda yang berfaedah," balasku sinis. Ada maksud tersirat dibalik ayat yang aku ungkapkan itu. Liyani aku lihat ragu-ragu ingin mengikuti langkah aku. Langkahnya juga semakin perlahan. Lama-lama dia berhenti membuatkan aku juga berhenti daripada terus berjalan.

"Why, Liy?" soalku. Liyani kelihatan gusar. Dia menggelengkan kepalanya banyak kali. Jarinya diramas.

"I'm not gonna do this stupid thing, Eira! Ini aib Hanif. You patutnya simpan elok-elok aib Hanif, bukan tunjuk pada semua orang. You tahu kan, kalau kita buka aib orang, orang pula akan buka aib kita. It's seems like you pijak maruah Hanif. Sudahlah, Eira. You pun tahu Hanif macam mana kan? Malu dia nanti kalau you sebarkan dekat satu kampus ni. You tak takut dosa ke, Eira?"

Kata-katanya yang acah alim itu mengundang ketawa besar aku. Senyuman sinis aku berikan pada Liyani. Langkah aku bawa mendekatinya.

"Nampaknya, kita dah ada ustazah ganti,"

"Enough, Eira. Batalkan niat you tu,"

"Never!" Aku menjerkah kuat. "Kalau you taknak ikut I, I boleh pergi sendirilah. I tak perlukan sahabat yang pengecut macam you ni. But you must remember, Hanif pun hampir ragut dara you. So, think about it," sambungku seraya membuka langkah beredar dari situ.

"I know, Eira. But--" Aku malas hendak mendengar ayatnya habis. Langkah aku bawa laju ke parking lot dimana tempat pelajar kampus selalu berkumpul. Bunyi hentakan kasut tumit tinggi yang aku pakai memenuhi ruang.

Aku kini berdiri diatas pentas dan semua mata tertumpu kearahku termasuk Hanif dan Farith. Aku tersenyum. Pen drive yang terkandung segala aib Hanif yang patut aku simpan, aku pasang dikomputer dan ia memaparkan gambar Hanif berciuman, berasmaranda dan melakukan benda yang tidak sepatutnya di skrin putih itu.

Kesemua pelajar yang melihat skrin putih itu tergamam. Hanif pula sudah pucat mukanya.

"What are you doing, Eira?! That's not me," soal Hanif separa menjerit. Aku ketawa kecil.

"Showing their idol," balasku sinis.

"Stop that, bitch!"

"Kenapa? Takut? Saham kau dah jatuh? Maruah kau dah kena pijak? Heh, you deserve this, handsome boy." Sungguh sinis aku berkata sebelum aku turun dari pentas. Sebenarnya, mata aku sudah menangkap seorang pensyarah melangkah kesini. Video slide yang masih terpapar diskrin putih diamati pensyarah itu.

"Hanif Raydan! My office now!"

Aku tersenyum menang. Apabila pensyarah dan Hanif sudah tiada disitu, aku terus mencabut pen drive itu. Aku melangkah penuh gaya kearah sahabat baiknya, Farith yang sedang mengempal penumbuk.

"Ini balasan pada kawan baik you sebab hampir ragut dara aku," bisikku kepadanya sebelum aku ketawa mengilai. Jelas, wajah Farith berubah. Tanpa banyak kata, aku terus beredar dari situ meninggalkan Farith terkedu disitu seorang diri.

HARGH!!!!!!

Ruang bilik itu gamat dengan jeritan aku yang tiba-tiba. Aku pun tak pasti kenapa aku menjerit. Aku rasa stress. Serabut. Habis kesemua barang yang berada diatas meja solek aku ambil lalu aku lempar ke lantai. Bantal yang elok berada diatas katil aku baling.

HARGHH!!!

Aku menjerit lagi. Ingin membuang apa yang terbuku didalam hati. Nafasku jadi tidak teratur. Fikiranku serabut. Kepalaku mulai berbalam-balam. Telingaku menangkap bunyi ketukan dan suara yang memanggil namaku namun aku endahkan.

Tanganku naik memegang kepala sebelum aku jatuh terkulai keatas lantai. Pandanganku berbalam-balam. Dapat aku lihat pintu bilik aku terbuka dan ibu Hani menerpa kearahku sebelum kesemuanya menjadi gelap gelita.











MATAKU yang terasa berat itu aku paksa untuk buka. Aku lihat sekeliling. Aku berada dalam bilik ibu Hani. Baru sahaja aku nak menukar posisi baring kepada duduk, ibu Hani muncul dimuka pintu dengan sedulang bubur dan air suam ditangan.

"Eira, sayang. Kamu dah sedar rupanya. Kenapa tak panggil ibu atau Haikal?" Ibu Hani menyoal prihatin. Dia duduk dibirai katil. Senyum aku ukir dibibir sebelum menggeleng laju. Tak semena-mena kepalaku diusap oleh ibu Hani.

"Kenapa Eira buat ibu macamni? Kenapa Eira bersikap agresif tadi? Eira ada masalah ke? Kan ibu dah pesan, kalau ada masalah share pada ibu. Hampir sahaja ibu sakit jantung dengar jeritan kamu tadi. Nasib Haikal tahu mana kunci spare diletak," ujarnya dengan nada yang sayu.

Aku menggelengkan kepala tanda tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Ibu Hani menghela nafas berat.

"Ibu dah cuba cakap dengan Hanif. Dia kata, dia perlukan masa. Eira tak perlu risau lagi ya pasal tu. Satu masa nanti, Hanif pasti akan maafkan kamu. Ibu janji," sambung ibu Hani lagi. Aku tersenyum lega kepada ibu Hani. Aku harap sangat Hanif betul-betul maksudkan apa yang dia cakap. Jangan sekadar ingin menjaga hati si ibu.

"Eira lapar tak? Anna cakap, Eira pengsan perut Eira kosong. Air dalam badan Eira pun kurang." Mangkuk bubur yang diletak dinight stand itu diambil oleh ibu Hani. Ibu Hani mengarahkan aku untuk membuka mulut kerana dia mahu suapkan aku dan aku hanya menurut. Sambil makan, ibu Hani berbual kencang denganku. Kejap gelak, kejap hairan. Hm... bahagia. Ya, bahagia.










LENAKU terganggu apabila terdengar bunyi bising diruang tamu. Macam ada tetamu. Tudung yang tersangkut dikerusi meja solek aku ambil lalu aku sarung kekepala. Aku nampak ada Hanif dan disebelahnya ada seorang wanita. Eik, baru seminggu ada kat sini dah ada girlfriend?

Aku mendekati sofa. Sengaja mahu menyibuk.

"Eh, Eira. Meh duduk. Memperkenalkan ini Eira Hazel. Anak angkat aunty. Eira, ni Elly, kawan Hanif." Ibu Hani memperkenalkan mesra. Tangan aku hulur kepada gerangan yang bernama Elly itu namun tidak disambut.

"Muka you ni, macam pernah nampak lah. Macam... penyanyi terkenal yang hilang dari radar tu. Muka dia sebiji macam artis tulah." Elly berkata dengan nada yang gedik. Aku buat muka geli. Hanif perlahan-lahan mengangguk mengiyakan kata-kata teman wanitanya.

"So, Abang Han. Apa motif Abang Han bawa Kak Elly datang kemari?" Haikal mula menyoal abangnya. Aku hanya setia mendengar.

"Oh, yeah. Ibu, I'm asking for your permission,"

"Cakap bahasa melayu boleh tak? Tak kuasa ibu nak balas dalam bahasa inggeris," balas ibu Hani selamba. Aku tepuk bahunya seraya tergelak kecil.

"Okay, ibu. Hanif nak--"

"Nak apa Hanif?" Ibu Hani pantas memotong. Lambat benau bercakapnya. Maki aku haritu kemain laju lagi.

"Hanif nak kahwin dengan Elly, ibu,"

"Hah?!" Hampir sakit telingaku apabila dengar Haikal dan ibu Hani menjerit. Sudahlah kiri kanan aku. Boleh pekaklah kalau tiap hari macam ni. Aku lihat wajah Elly dan Hanif berubah.

Sudah. Apa pula lepasni?
















Yey~ triple update. Okay PrincessPisces_ cukup tak? Hehehehehe. Cukuplah eh? Hihihi.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀Where stories live. Discover now