Bab 14

14.5K 875 21
                                    

DAH dekat dua minggu dah sejak kejadian pelanggaran itu terjadi. Aku ada juga tunggu Iman mesej aku tapi satu apa pun tiada. Mungkin dia sibuk kerja. Aku merebahkan diriku diatas katil. Entah kenapa aku cepat percaya kepada orang yang baru sahaja aku kenali. Kenal pun bukan lama. Sekejap je.

Mungkin Iman sudah terhilangkan nombor aku hari itu. Tetapi, nombornya masih ada didalam telefonku. Takkanlah aku nak mulakan perbualan kami pula kan? Takut-takut dilabel gadis tidak tahu malu pula nanti. Ah, lantaklah! I don't know him. Jangan nak berharap sangat, wahai Eira.

Telefon aku letak kesebelah.  Badanku guling-guling kekiri dan kekanan. Lagi beberapa minggu sahaja lagi majlis pernikahan secara tergesa-gesa Hanif dan Elly akan berlangsung. Jam sekarang ini pula sudah menunjukkan angka 2 petang. Waktu begini selalunya semua penghuni rumah ini akan berada didalam bilik masing-masing untuk berehat.

Aku tak tahulah itu mungkin tabiat mereka sekeluarga. Tidur sekejap bagi menghilangkan mengantuk selepas selesai menunaikan solat Zohor. Mindaku kembali mengimbas novel yang dibeli oleh Haikal tempoh hari. Masih tidak percaya yang Haikal ada minat membaca buku bergenre cinta sebegitu.

Kalau aku nak pinjam sekejap, dia beri tak?

Tudung sarung yang tersangkut dikepala katil aku ambil lalu aku sarungkan ke kepala. Langkah terus aku bawa keluar tanpa menunggu apa-apa. Bilik Haikal dituju setelah aku keluar dari bilikku yang selang beberapa bilik sahaja dari bilik Haikal. Pintu Haikal diketuk buat beberapa kali.

Seketika selepas itu, pintu terbuka dari dalam. Wajah Haikal terjengul didepan pintu. Rambutnya kelihatan agak serabut manakala wajahnya tampak sembam. Sah dia sedang enak dibuai mimpi tapi aku pula menganggunya.

"Kak Eira ada apa-apa ke?" soal Haikal dengan nada yang serak basah. Tekaanku benar. Tengok gaya sahaja dapat aku agak dia sedang tidur.

Iphone 11 yang aku bawa bersama tadi dibuka olehku lalu aku taip sesuatu. Seperti biasa, Haikal setia menunggu. "Kak Eira ganggu Haikal tidur ke? Maaflah, Kak Eira tak tahu yang Haikal tengah tidur."

"Takpalah, Kak Eira. Haikal pun nak bangun dah ni. Kak Eira nak apa? Cakap ajelah," kata Haikal seperti mendesakku. Aku menunduk dan menaip lagi. Jariku ligat berlari disekitar skrin telefon itu menekan butang-butang abjad.

"Haritu Haikal ada beli buku novel Bius Cinta Dari Ardul Kinanah kan? Haikal dah habis baca tak? Kalau Kak Eira nak pinjam seminggu ni boleh tak? Kak Eira bosanlah takda kerja nak buat," pintaku seraya tersenyum manis. Haikal mengangguk sekilas sebelum hilang dari belakang pintunya. Aku setia menunggu Haikal kembali. Mungkin dia nak ambil novel itu.

Haikal kembali dengan novel tebal itu ditangan. Novel itu masih dibalut kemas dengan plastik tanda Haikal tidak membukannya lagi.

"Nah." Novel itu dihulur kepadaku. Aku tersenyum seraya menggerakkan bibirku mengucapkan terima kasih kepada Haikal. Haikal mengangguk sebelum pintu biliknya ditutup semula. Langkah aku bawa terus ke bilikku. Hatiku terasa teruja kerana kini aku berkesempatan untuk membaca novel idamanku.

Diriku yang menonong jalan tanpa pandang kehadapan dek kerana sibuk menumpukan kepada sinopsis novel itu membuatkan diriku terlanggar oleh seseorang. Diriku terdorong kebelakang sedikit. Apabila aku mendongak, wajah bengis Hanif menjadi santapan mataku.

"Lain kali jalan tu tengok! Jangan main menonong je. Nanti jatuh tergolek ke tangga ni satu hal pula aku nak kena jawab dengan ibu. Tak habis-habis nak menyusahkan hidup orang." Sindiran pedas dari Hanif sebelum berlalu pergi itu membuatkan hatiku sedikit tersentak. Belakang badannya yang sedang menuruni tangga itu aku perhati dengan air mata yang mula bertakung ditubir.

Aku menekur lantai dan bergegas ke bilik aku. Aku bersandar pada pintu setelah pintu itu ditutup rapat. Tangisan aku hamburkan. Entah kenapa sejak kehadiran Hanif kedalam rumah ini, membuatkan hatiku menjadi semakin rapuh. Aku cepat tersentap lalu menangis seorang diri apabila diberi kata-kata pedas oleh Hanif.

Kadangkala aku rasa menyesal dengan diriku sendiri. Perbuatan kejiku dahulu memakaj diriku semula. Kini, Hanif membenciku selama-lamanya  Tahap bencinya kepadaku sehingga berjumpa denganku sahaja nak beri ayat pedas. Berapa lama lagi aku boleh bertahan? Sampai bila?

Aku pun tahu. Aku tak boleh selamanya bergantung kepada keluarga ini. Aku tak boleh menjadikan kecacatanku sebagai alasan untuk aku tidak meneruskan hidup. Aku perlu belajar berdikari dari sekarang. Mungkin keadaan akan jadi baik jika aku tidak berada dirumah ini. Hanif pun tidak akan bermasam muka dengan ibu Hani. Aku perlu cari kerja yang boleh membantu aku mencari duit untuk menyewa rumah baharu. Aku perlu bertanya kepada Dr Hannah pasal hal ini.












"KAU dah jumpa dah nombor perempuan tu?"

Soalan dari Josh membuatkan kepala lelaki itu mendongak. Lelaki itu yang dari tadi menumpukan sepenuh perhatian kearah skrin komputer kini sudah memberi sepenuh perhatian pada rakan sekerjanya Josh. Keluhan berat dihela.

"Dua minggu dah masa berlalu, Josh. Aku tetap tak dapat nak setting phone aku ni untuk dapatkan balik nombor telefon perempuan tu. Aku dah try cari dekat history tapi tak jumpa-jumpa. Lama-lama aku giveup lah, Josh," luah lelaki itu kepada Josh. Badannya disandar kekerusi. Serabut juga kepala otaknya memikirkan cara untuk mendapatkan nombor telefon gadis cantik itu semula.

Kening sebelah Josh terangkat. "Sejak bila Tengku Iman ni reti giveup ni? Selalunya kau akan usaha dapatkan sesuatu. Eleh, setakat seorang perempuan tu, apalah sangat, Iman. Cari lain sahajalah," balas Josh seraya menepuk bahu Iman. Iman menggeleng laju.

"Tak boleh. Dia lain daripada yang lain, Josh. Kau pun tahu kan, aku kalau dah jatuh hati takkan aku lepaskan begitu sahaja?"

"Ha tahu takpa. Tadi kata dah giveup?"

Iman mengeluh. "Takdalah. Aku pun tak tahulah apa masalah telefon aku tu. Time-time macam itu lah nak lost contact. Menyesal pula aku tak salin kat kertas,"

"Perempuan itu pun tak mesej kau ke? Kau kata kau dah savekan nombor kau kat dalam phone dia."

"Entahlah, Josh. Aku ada tunggu juga. Tapi takda pun. Buat penat je aku tunggu," balas Iman dengan nada yang kecewa. Otaknya buntu hendak memikirkan cara untuk bertemu dengan gadis pujaan hatinya semula. Dia kini menongkat dagu merenung skrin komputernya yang masih terpasang.

"Eh, apa nama dia?" soal Josh tiba-tiba.

"Hm, Eira," balas Iman lemah.

"Nama penuh?"

"Manalah aku tahu. Dia bagitahu itu aje. Eh, bukan dia bagitahu, adik dia yang bagitahu dan kenalkan dia pada aku. Aku ingatkan dia pemalu tapi rupanya dia bisu sebab kemalangan jalan raya," cerita Iman kepada Josh. Terangguk-angguk Josh mendengar cerita Iman.

"Ha, kau kata dia pernah accident kan? Apa kata kita try cari nama dia dan everything tentang dia kat rekod pesakit. Manalah tahu dia dirawat dekat sini ke?" Josh cuba memberi idea. Matanya bertentang dengan mata Iman yang menikam memandang kearahnya.

"Kau ingat pesakit kita ni seorang aje ke nama Eira? Idea kau ni tak boleh pakai lah, Josh!" rungut Iman seraya mendengus. Entah apa-apa je lah cadangan Josh ni.

"Eleh, sekurang-kurangnya aku cuba perah otak untuk tolong kau cari maklumat tentang pujaan hati kau tu. Daripada kau duk merungut je kat sini taknak usaha! Belum cuba belum tahu!" kata Josh geram. Sikap Iman yang lebih kepada ikut kepala sendiri itu cukup menguji kesabarannya. Kadang rasa macam nak rembat je dengan kayu. Tapi, kalau tidak difikirkan yang mereka kawan, sudah lama dia buat!

"Urgh! Fine! Kita cuba!" Josh tersenyum menang. Akhirnya Iman terima juga cadangannya.

"Tapi, kita perlukan bantuan seseorang."

"Bantuan siapa pula?"

"Dr Hannah."

























Hai, guys. Saya kembali lagi seperti yang dijanjikan. Minggu ni saya bagi awal sikit memandangkan malam ini saya tengah free. Insya-Allah akan ada lagi satu chapter pada esok hari. Tengoklah macam mana ye! Harap korang enjoy!

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀Where stories live. Discover now