Bab 30

22K 855 147
                                    

AKU dan Hanif berlari anak menuju ke wad hospital swasta yang menempatkan papa. Bila ditanya kepada kaunter pertanyaan, papa ditempatkan dibilik peribadi nombor 497. Pantas aku berlari mendahului Hanif menerjah masuk kedalam wad itu tanpa memberi salam mahupun mengetuk pintu.

"Hazel!" Tubuhku sekelip mata dipeluk oleh mama dengan erat. Aku membalas pelukan mama setelah sekian lama tidak jumpa. Kali terakhir kita berjumpa pada hari pernikahan tiba-tiba aku dan Hanif. Itupun papa seperti tidak suka bersemuka denganku. Kepalaku diusap dan dahiku dicium oleh mama. Senyum lebar terukir dibibir.

"Yati... jangan syok sendiri. Saya pun rindu anak tunggal kita ni juga. Bagilah saya can." Suara garau milik seseorang menarik perhatianku. Aku terkejut. Papa rindu aku? Tak banyak tanya, aku terus melangkah kearah papa yang sedang duduk bersandar dikepala katil. Air mataku gugur apabila papa mendepakan tangannya ingin berpelukan denganku. Pantas tubuh tua itu aku peluk dengan erat.

"Papa rindu anak kesayangan papa. Papa menyesal halau Hazel dari rumah dulu dan biarkan Hazel hidup seorang diri. Maafkan papa keatas ketidak tanggungjawab papa kepada Hazel." Papa berkata dengan suara yang bergetar. Aku dapat merasakan air matanya gugur. Lagi lebatlah air mataku gugur kerana papa juga menangis menyesali kisah silam dahulu. Pelukan dileraikan.

Aku pandang Hanif dan telefonnya dihulurkan kepadaku seakan memahami bahawa aku mahukan telefon untuk membalas kata-kata papa. Papa dan yang lain menanti jawapanku.

"Hazel pun nak minta maaf pada papa sebab kurang ajar dengan papa dan mama. Papa minta duit tapi Hazel tak bagi sebab sibuk pentingkan diri sendiri. Hazel minta maaf sangat-sangat. Hidup Hazel rasa macam anak derhaka selagi mama dan papa tak maafkan Hazel. Kes malam itu pun, Hazel tak keluar dengan mana-mana lelaki pun. Tak sangka balik-balik sahaja Hazel kena halau. Dan mula dari situ, Hazel benci pada mama dan papa. Tapi, Hazel tak seharusnya buat begitu. Walau bagaimanapun, mama dan papa perlu Hazel hormat. Maafkan Hazel, mama dan papa." Air mataku gugur lagi. Entah kenapa hari ini merupakan hari yang agak beremosi. Niat datang untuk melawat papa bertukar kepada sesi menjejak kasih dan memohon maaf.

Tubuhku dipeluk oleh papa dan juga mama sekaligus. Hanif pun ditarik sekali dan kami melakukan hug group. Aku tersenyum dalam dibalik pelukan semua orang. Siapa sangka keluarga yang dahulunya seperti anjing dan kucing kini menjadi isi dan kuku. Aku bersyukur kerana kami sudah berbaik semula. Saat inilah yang aku mahukan seumur hidupku.

Tuhan sakitkan papa dan gerakkan hati mama untuk telefon aku. Dan kini kami sudah kembali seperti keluarga bahagia seperti orang lain. Ucapan syukur aku ucap didalam hati. Setelah beberapa minit kami berpelukan, akhirnya aku menyelit keluar dari pelukan itu kerana terasa rimas. Yang lain juga meleraikan pelukan.

"Papa dah okay?" Hanif menyoal bapa mertuanya, mesra. Papa mengangguk laju.

"Biasalah. Sakit orang tua. Lagi satu, rindukan Hazel ni haa," balas papa seraya menggosok kepalaku. Mama dan aku hanya diam memerhatikan kemesraan antara bapa mertua dan menantu. "Hanif ni baik orangnya. Untung Hazel dapat Hanif." Papa memuji Hanif. Hanif pandang aku dengan muka yang bangga. Aku buat muka toya. Banggalah tu kena puji.

Setelah beberap jam berbual mesra diwad papa, aku teringat akan sesuatu. Telefon Hanif yang berada dipegangannya pantas aku sambar. Hanif pandang aku pelik. Peha papa aku tepuk membuatkan papa menoleh kearahku.

"Papa kenal Dian? Personal assistant Hazel dulu?" soalku. Papa dan mama memandang antara satu sama lain sebelum mengangguk perlahan.

"Masa Hazel baru sedar dari koma, Dian ada beritahu yang papa ambil segala harta Hazel. Hazel tahu benda ni dah lama dan Hazel takdalah nak tuntut. Cuma, Hazel nak kepastian papa sahaja. Betul ke papa yang ambil harta peninggalan Hazel? Kereta? Rumah? Duit? Syarikat?" soalku lagi. Papa dan mama saling berpandangan lagi. Aku jadi pelik. Kenapa macam ada sesuatu sahaja yang mereka sorokkan?

"Sampai bila kita nak sorok, abang? Dah tiba masanya untuk kita beranikan diri beritahu Hazel perkara yang sebenar," kata mama kepada papa. Papa mengeluh sebelum dia memandang kearahku dengan pandangan yang redup.

"Papa harap Hazel tak terkejut ke atas apa yang papa nak beritahu Hazel ni. Hanif pun sama, jangan terkejut tau?" Aku dan Hanif mengangguk serentak. Masing-masing menanti papa menyambung ayatnya. "Bukan papa yang ambil segala harta peninggalan Hazel. Tak pernah terlintas dalam fikiran papa nak ambil harta Hazel sebab papa tahu papa tiada apa-apa hak. Itu harta Hazel. Yang menentukan untuk beri kepada siapa ialah Hazel."

Terjojol biji mataku mendengar penjelasan dari papa. Habis kalau bukan papa yang ambil, siapa lagi?

"Habistu siapa yang ambil papa?" Hanif menyoal laju.

"Dian yang ambil."

Aku dan Hanif terkejut beruk. Tak sangka... lelaki yang aku percayai selama ini menganiya aku. Patutlah dia beritahu aku awal dan agak tergesa-gesa tika itu. Takut rahsianya terbongkar. Tapi bagaimana papa tahu bahawa Dian yang ambil?

"Pada awalnya, bila dapat berita Hazel kemalangan. Papa dan mama segera hendak ke hospital untuk lihat keadaan Hazel. Tapi, Dian datang dengan wajah yang sedih mengkhabarkan kamu sudah meninggal dunia. Kami tidak percaya dan ingin pergi tengok dengan mata kepala sendiri tapi Dian tak beri. Dian paksa kami untuk duduk dirumah dan ugut kami untuk memberitahu polis kononnya kamilah punca Hazel kemalangan." Mama pula bercerita.

"Sepanjang tiga tahun itu, hati mama tak senang. Kalau betullah Hazel sudah tiada, mesti ada kubur. Tetapi, Dian langsung tak beritahu kubur kamu dimana. Katanya... pihak hospital yang uruskan semua itu dan dia pun tak tahu dimana kubur Hazel terletak. Kami dikejutkan lagi apabila dia mengatakan bahawa Hazel masih hidup pada hari pernikahan Hazel." Mama memberhentikan ayatnya. Tidak sanggup ingin menyambung agaknya.

Giliran papa pula menyambung. "Sebelum kami masuk kedalam masjid, dia dah ugut kami awal-awal. Kalau kami beritahu kamu tentang perkara ini, nyawa kamu akan hilang. Kami tak mahu kehilangan kamu dan kami cuba jauhi kamu. Rupanya, dialah dalang keatas kemalangan kamu. Papa sendiri tak tahu apa motif Dian berbuat begini. Papa sedih kerana membiarkan Hazel berkawan dengan dia."

Berputar-belit dan aku hampir kurang faham. Jadi selama ini Dianlah yang ambil segala harta aku. Perlu ke aku percaya? Tapi takkanlah papa dan mama nak reka cerita pula. Boleh jadi kerana aku dan Dian sahaja tahu kata kekunci bank aku. Aku terdiam. Buntu dengan apa yang terjadi. wajah suamiku dan ibubapaku aku tenung. Kepala dilentokkan kebahu Hanif lalu mataku pejamkan. Kepala otak aku ini sedang padat dengan hal ini.

Apa perlu aku buat?

Dian, kenapa you sanggup buat I macamni?

























I know it's kinda weird but, I hope this chapter makes you guys shock! Dulu korang mungkin kenal Dian yang acah baik tapi sekarang korang kenal Dian yang sebenar. Saya harap korang faham apa yang Dato Ekmal (papa Eira Hazel) dan Datin Hayati (mama Eira Hazel) sampaikan. Kalau tak faham, baca ulang-ulang baru korang akan faham. Stay tuned untuk chapter akan datang. Got to go. Bye!

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀Where stories live. Discover now