Bab 25

23.6K 958 13
                                    

"EIRA HAZEL?"

Nama penuhku disebut oleh gadis bertudung sebelah Iman. Aku agak terkejut apabila telah mengamati wajah gadis itu. Dia ialah Liyana. Kawan baik aku dari sekolah menengah tetapi persahabatan kami terhenti akibat perangai aku yang tidak matang dahulu. Tanpa aku jangka, tubuhku ditariknya kedalam pelukan.

"Mana kau pergi selama ni, Eira? Aku rindu kau!" luah Liyana seraya mengalirkan air mata. Pelukannya dibalas olehku. Tak semena-mena buat drama air mata dekat kawasan bawang-bawang. Usai pelukan dileraikan, dia mengusap pipiku lembut. Diriku dilihat atas bawah sebelum dia tersenyum lebar.

"Alhamdulillah, Allah dah bagi kau hidayah," ujarnya. Aku hanya mengangguk. Hanif disebelah berdehem sedikit. Bahuku dipegangnya. Liyana pula menoleh kearah Hanif. Wajahnya jelas terkejut apabila baru perasan akan kehadiran Hanif disitu.

"H-Hanif. Apa kau buat kat sini?" soal Liyana seraya menarik aku agar menjauhi Hanif. Hanif dan Iman pandang kami pelik. Aku juga pandang Liyana pelik. Laki aku kot tu.

"Aku buat apa? Aku teman bini aku beli barang dapur pun salah ke?" Hanif membalas selamba. Aku lihat mulut Liyana sudah melopong besar. Tidak percaya mungkin atas  apa yang dikatakan oleh Hanif itu.

"Siapa bini kau?"

"Tu sebelah kau."

"Hah?!" Bingit telinga aku mendengar jeritan Iman dan Liyana secara serentak. Hanif tarik semula tanganku dan pinggang aku dipeluknya lembut. Terkedu aku dengan perbuatan tak disangka Hanif.

"Sejak bila?" soal Liyana masih lagi dalam fasa tidak percaya.

"Hm, abang rasa tempat ni tak sesuai untuk kita borak pasal ini. Jom kita ke tempat yang lebih selesa. Kat sini orang ramai sangatlah." Iman tiba-tiba bersuara. Tangan adiknya ditarik ke kaunter pembayaran. Hanif pun menolak troli sambil tangan sebelahnya menggenggam erat tanganku.














"SO, takda siapa nak explain?" Liyana menyoal. Matanya memandang tepat kearahku. Senyuman aku hadiahkan kepadanya sebelum aku menoleh kearah Hanif. Hanif yang seakan faham isyarat aku tu mula membuka mulut tetapi ditegah oleh Liyana. "Aku taknak kau yang jawab. Aku nak Eira yang jawab," minta Liyana.

"She's can't talk, Liy," beritahu Iman.

"But why?"

"Dia bisu," sambung Hanif pula. Muka Liyana yang memang sedang terkejut tadi bertambah terkejut. Kedua tangan naik menekup mulutnya.

"Eira... I'm so sorry. Aku tak tahu apa yang kau lalui selama ni. Aku minta maaf sangat-sangat. Hm, Hanif... macam mana dia boleh jadi bisu macam ni?  And macam mana suddenly korang boleh jadi suami isteri?" Mulalah soalan yang bertubi-tubi keluar dari mulut Liyana. Aku hanya diam mendengar jawapan yang bakal dilontarkan oleh Hanif nanti.

"Dah jodoh kami, nak buat macam mana." Jawapan selamba dari Hanif membuatkan aku dan Liyana terlopong. Iman pula kelihatan tenang disebelah Liyana. Liyana berdecit kasar. Sudah tentu bukan itu jawapan yang dia mahukan.

"Aku taknak jawapan yang itu!"

"Habistu kau nak jawapan macam mana lagi?"

"Macam mana Eira boleh bisu?"

"Dia kemalangan jalan raya. Koma 2 tahun," cerita Hanif ringkas. Aku hanya mampu menggeleng sahaja melihat perangai selamba tahap gaban yang dimiliki oleh Hanif.

"Kau ni dari dulu sama aje kan. Selamba kau tu tak pernah nak bawa bincang."

"So what? Aku tak kacau hidup kau pun kan? Janji sekarang ni aku dan Eira bahagia. Walaupun dia bisu, aku tetap sayang dia. She's my everthing and now stop asking me any questions. Aku bukan kaunter pertanyaan nak jawab soalan-soalan kau." Hanif menggenggam tanganku erat lalu dikucup sekilas dihadapan Liyana dan Iman. Aku mahu menarik tanganku kembali tetapi makin lama genggaman itu makin kemas. Sudahlah isterimu ini sudah malu.

"Kalau nak sweet-sweet pun bukan kat sini ya? Hormat orang single ni."

"Larh, single ke? Kesian." Pap! Peha Hanif ditepuk olehku. Nak menganjing orang nombor satu Hanif ni. Hanif menoleh memandang aku dengan riak wajah tidak berperasaannya itu. "Kenapa?" soalnya kepadaku. Aku menggeleng laju seraya menyuruh dia agar duduk diam. Bibirnya dicebik sebelum dia bersandar kekerusi.

"Maaf tiba-tiba menyampuk. Tapi... boleh saya tahu bila korang kahwin?" Iman menyoal tiba-tiba. Liyana juga mengangguk dan menanti jawapan dari Hanif.

"20 Januari lepas," balas Hanif.

"Oh, seminggu sebelum kita bertemu," kata Iman spontan. Aku hanya mengangguk mengiyakan pernyataan Iman. Liyana kedengaran seperti mendengus kasar. Tangan sudah disilang didada.

"Abang dah jumpa Eira lama dah? Kenapa tak beritahu Liy? Apa lah abang ni." Liyana menyoal abangnya manakala Iman sudah tergaru kepala seraya tersengih. Liyana kalau dah merajuk, sampai bulan depan pun dia boleh merajuk. Teringat pula aku pada kenangan lama kami. Saat Liyana merajuk kerana aku boleh lupa hari jadinya.

Jenuh aku hendak memujuk. Pelbagai cara aku gunakan untuk menambat hatinya tetapi tidak berjaya. Akhirnya, aku mengalah dan tidak cuba memujuknya lagi. Video dan gambar kami dipost kedalam status whatsapp bersama dengan caption yang sedih-sedih. Selepas itu, dia yang akan datang sendiri minta maaf atas perangainya yang tidak matang itu.

"Eira. Jom balik." Lamunan aku terus terhapus apabila suara Hanif menyapa halwa telingaku. Aku toleh memandangnya. Kenapa awal sangat? Tak puas lagi nak bual dengan Liyana.

"Eh! Awalnya! Lepak lah dulu,"

"Sudah. Aku takda masa nak layan korang. Kau takda hak nak halang aku."

"Tapi dia kawan aku."

"Dan dia isteri aku. Mana lagi tinggi darjatnya?"

"Tapi kitorang baru jumpa harini. Bagilah kitorang peluang nak bermesra. Dah lama tahu kitorang berpisah. Kau apa tahu?"

Hanif jalan mendekati Liyana. Iman pula sudah maju kehadapan. Bersedia dengan apa sahaja yang bakal terjadi. Perutku juga kecut menanti apa yang bakal Hanif lakukan kepada Liyana. Tangan kecilku erat menggenggam lengan Hanif.

"This is my phone number. Kau boleh hubungi Eira melalui aku. Kalau nak ajak dia keluar, minta izin aku dahulu." Hanif membawa keluar sekeping kad yang tertulis nombor telefonnya. Aku menghela nafas lega.

Dengan muka yang agak bingung, Liyana menyambut huluran Hanif. "Eira takda phone dia sendiri ke?"

"Ada."

"Habistu kenapa guna phone kau."

"Aku kena juga pantau."

"Kau jangan nak kongkong dia eh?"

"She's my wife and I can do anything I want."

"Doesn't mean you can beat her!"

"No, I'll not."

"Tapi-"

"Liyana. Sudahlah tu. Jom kita balik. Lainkali jumpa lagi. Hanif, aku balik dulu. Jumpa dekat tempat kerja," ujar Iman memberhentikan perbalahan antara Liyana dan Hanif. Liyana pandang aku sayu. Tubuhku dipeluk erat. Entah bila lah kami dapat berjumpa lagi.

"Jom. Kita pun kena balik." Genggaman ditangan aku tiba-tiba dileraikan Hanif sebelum dia berjalan mendahului aku. Tangan dimasuk kedalam kocek. Aku terkesima. Kenapa tiba-tiba sahaja dia lepaskan tangan aku setelah Liyana dan Iman beredar? Adakah ini lakonan semata? Hatiku terasa bagai disiat-siat. Tak sangka... Hanif sanggup mempermainkan aku. Dihadapan orang acah baik tapi dibelakang. Hanya aku sahaja yang tahu.

Air mata yang mula menitis diseka aku pantas sebelum membuntuti langkah Hanif. Sambil itu, otak aku mengingat semula ayat manis Hanif yang dilontarkan kepada Liyana sebentar tadi.




























I'm so sorry for the late update. 😭 I hope you guys enjoy reading this chapter :))

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀Where stories live. Discover now