Bab 41

18.8K 726 71
                                    

KENTANG-KENTUNG bunyi senduk berlaga dengan kuali. Hanif ni masak nasi goreng dah serupa halau angsa dah bunyinya. Aku yang dari tadi memerhati perlakuan Hanif tergeleng. Nasib kami tidak tinggal dikondominum milik Hanif. Kemungkinan, jiran sebelah boleh dengar. Kini, kami telah berpindah ke rumah banglo yang lebih selesa dan agak jauh dengan jiran-jiran yang lain.

Pada mulanya, aku membantah Hanif supaya tidak membeli rumah banglo baru kerana kondominium miliknya pun sudah sedia besar. Tapi, Hanif balas, "Itu rumah abang bukan rumah kita dan anak-anak. Rumah ni lebih besar dan selesa untuk anak cucu kita nanti." Balasan darinya membuatkan aku terdiam dan hanya mengikut. Anak yang dalam perut ni pun belum keluar sudah difikirkan cucu. Macam-macamlah Hanif ni.

Perut yang membesar itu aku usap. Usia kandungan aku sudah mencecah ke 34 minggu. Bila-bila masa sahaja boleh meletup dan kami sedang menghitung hari. Kerja rumah pun habis diharamkan oleh Hanif untuk aku buat. Katanya, aku ni dah sarat dan perlu rehat yang cukup untuk hari bersalin nanti.

Masalahnya, aku kasihan lihat Hanif balik dari kerja dah terus masak makanan malam untuk kami. Kadang kala, aku cepat-cepat masak sebelum dia balik. Kalau tak kena marah, aku hanya diusik Hanif tak kesudah sebagai balasan degil tak dengar kata dia. Tapi, itu bukan satu masalah bagiku. Aku bahagia hidup seperti ini dengan Hanif. Dengan usikannya yang kadang-kadang agak annoying itu boleh buat aku gila setahun. Takdalah, gurau aje!

"Ha, sayang? Termenung sampai ke bulan ke sampai abang panggil pun tak dengar?" Lamunanku terhenti apabila Hanif menegur aku. Terkebil-kebil aku pandang dia seraya tersengih tayangkan gigi putihku. Hanif segera menerpa kearahku apabila aku tiba-tiba sahaja mahu turun dari kerusi untuk jengah kedalam kuali.

"Abang masak apa bising gaya macam nak halau angsa ni?" soalku sambil berseloroh. Soalanku mengundang kerutan didahi Hanif. Tak dapat nak tangkap lagi agaknya tentang macam nak halau angsa tu. Aku tertawa kecil lalu tanganku naik memicit pipi Hanif.

"Sayang! Kenapa cubit pipi abang?" Hanif mencebik manja apabila pipinya suka hati sahaja dicubit oleh aku. Aku hanya beriak biasa. Nasi goreng yang masih ada dalam kuali itu aku cuit sedikit mengundang jeritan Hanif lagi. Ketawaku akhirnya terletus jua. Puas dapat usik encik suami.

"Cepatlah masak. Hazel lapar ni. Kalau Hazel masak dah lama dah siap," suruhku.

"Sayanglah kacau abang nak masak! Janganlah usik abang kalau macam tu."

"Dah Hazel pula disalahkannya. Siapa suruh abang comel sangat, kan dah dapat sekali?"

"Abang comel pun untuk anak-anak kita, sayang. Untuk sayang juga dapat anak comel." Hanif membalas sambil dapur gas ditutup. Pinggan diambil dari almari pinggan lalu nasi goreng yang masih panas itu diletak ke dalam pinggan. Pinggan berisi nasi itu diletak dihadapanku sebelum dia turut melabuhkan punggung disebelahku.

"Sedapnya!" Aku menjerit teruja setelah aku merasai nasi goreng buatan air tangannya. Kembang kempis hidung Hanif mendengar ujianku yang melambung. Dah biasa dah dengan perangai Hanif yang pantang dipuji.

Sudu yang ada sedikit nasi itu aku hala ke mulut Hanif dan dia juga menganga besar. Sebenarnya, itulah yang dia tunggu. Nak aku suap.

"Sayang... sayang dah fikir nama baby dalam perut ni?" soal Hanif setelah sekian lamanya. Sambil itu, tangannya mengusap perutku lembut. Aku yang baru hendak menyuap nasi kedalam mulut itu terus tak jadi.

"Hazel fikir kalau kita dapat anak perempuan, namakan dia Nurul Dhiya Husna yang bermaksud cahaya dan kebaikan atau cantik. Kalau lelaki, Hazel kasi abang can nak cari," balasku dengan riak yang sentiasa teruja.

Hanif mengurut dagunya seketika sebelum menjawab. "Kalau Khairul Khuzhairy boleh?"

"Hazel ikutkan aje kalau maksudnya elok. Apa maksudnya abang?"

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀Where stories live. Discover now