EPILOG

24.6K 806 32
                                    

PERLAHAN-LAHAN aku keluarkan diri dari perut kereta. Medina sudah lama dibawa masuk kedalam rumah oleh Hanif. Kini, giliran aku pula Hanif kena pimpin bawa masuk kedalam rumah mama. Aku tersenyum kearah papa yang sedang menanti aku dimuka pintu. Tangan tua papa aku kucup perlahan sebelum kami masuk kedalam rumah.

Sofa yang sudah diletakkan bantal atasnya, diarahkan mama untuk aku duduk. Aku tak tahu kenapa tapi aku hanya akur. Medina pula masih didalam dukungan mama.

"Hanif, barang baby tu letak kat bilik bawah. Buat masa sekarang ni kamu berdua tidur bilik bawah tu dulu. Kalau tak naik atas, si Hazel ni tak boleh lasak-lasak. Ye tak?" Papa mengarah Hanif supaya meletakkan barang Medina dan barang kami ke bilik tetamu yang berada bersebelahan dengan dapur. Senanglah aku nak buat susu nanti. Nak mandikan Medina pun dekat aje.

"Baik, papa."

"Hazel, suka tak berpantang rumah mama ni?" soal mama tiba-tiba. Aku tersenyum pantas mengangguk.

"Mestilah suka! Dah lama Hazel tak tidur kat dalam rumah ni. Hazel rindu bilik Hazel. Dah habis pantang nanti, Hazel nak jenguk bilik Hazel tu. Entah apalah rupa bilik tu agaknya," balasku teruja. Mama dan papa hanya tersenyum kearahku.

"Eh, Yati. Asyik awak je pegang cucu, saya pun nak pegang juga. Bagilah saya can sikit."

"Suka hati sayalah. Cucu saya."

"Cucu awak, cucu saya juga, Hayati oi..."

"Ish abang ni bisinglah. Biarlah saya pegang sekejap. Awak tu nanti-nanti boleh pegang. Kan Dina?" Tergelak aku melihat kemesraan papa dan mama sekarang ini. Aku bersyukur sangat keluarga kami sudah kembali bersatu. Aku dan Hanif pun sudah bahagia bersama anak sulung kami.

"Assalamualaikum..." Tiba-tiba, suara garau Haikal memecahkan sunyi.

"Waalaikumusalam, ibu!" Ketika aku terkial-kial untuk bangun dan menyalam ibu Hani, ibu Hani terlebih dahulu menerpa kearahku. Diikuti dengan Kak Hannah dan juga Haikal.

Pada hari pertama aku dimasukkan kedalam wad, Kak Hannah tak dapat bersama denganku kerana jadualnya agak padat. Jadi, harini kiranya kali pertama dia melihat Medina.

"Eira... maafkan kakak sebab takda masa first day Eira kena masuk hospital tu," kata Kak Hannah seraya menggenggam kedua tanganku dengan lembut.

"Eh, takpalah, kakak. Semuanya dah selesai. Eira pun dah balik rumah dah ni. Ni, Kak Anna tak kerja ke? Bukan selalunya hari biasa macam ni jadual kakak padat ke?"

"Tulah. Tapi, untuk Eira dan anak buah sulung kakak, kakak sanggup ambil cuti." Kak Hannah menyambung seraya menoleh kearah Medina yang sudah berada didukungan ibu Hani pula. "Apa nama dia, Eira?"

"Nurul Medina Haura."

"Alahai, nama kemain sedap lagi. Medina... hai, ni maklong ni..." Pipi gebu Medina diusik Kak Hannah. "Eee, nak gigit boleh tak? Comel sangat!"

"Daripada gigit anak orang, baik gigit anak sendiri. Kakak tu bila nak kahwin? Takkanlah umur nak masuk 30 takda calon lagi?" Hanif yang baru muncul itu bersuara dan mengusik kakaknya. Dia duduk disebelahku sambil meletakkan tangannya kebahuku.

Kak Hannah mencebik. "Kau diamlah, Hanif. Kakak muda lagi nak kahwin."

"Eee, perasannya!"

"Diamlah, Han. Kalau bukan sebab kesian nanti Medina dah besar tak kenal ayah dia, dah lama aku cekik kau tahu? Tak habis-habis nak usik kakak," kata Kak Hannah dengan penuh geram. Aku hanya mampu tergelak sahaja melihat keletah dua beradik itu.















✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀Where stories live. Discover now