MASUK minggu ini sudah dua minggu aku dan Hanif menghuni kondominium dua tingkat ini. Buat masa sekarang, layanan Hanif terhadapku tetap sama. Melayan aku dengan kasar dan juga tidak berperikemanusiaan. Aku sering dipukul jika aku tidak mengikut arahannya. Lagi-lagi apabila aku tertidur disofa akibat teramatlah penat. Rambutku direntapnya dan badanku ditolak kasar ke lantai. Tali pinggang dilibas dibadanku. Kalau tidak menggunakan tali pinggang, tangan kekarnya akan melekap diwajahku sehingga lebam dan kadang bibirku akan pecah.
Setiap malam, aku akan sapu ubat antispetik kepada tubuhku dengan bersusah payah. Mujurlah Hanif belikan aku ubat itu kerana dia tidak mahu Kak Hannah dan ibu Hani anggap apa-apa. Aku saling tidak tumpah seperti lembu dicucuk hidung. Apa yang dia suruh aku buat, aku akan buat. Ayat-ayat yang pedas juga tidak pernah lekang keluar dari bibirnya membuatkan hatiku sendiri terobek.
"Kau memang patut pun terima layanan macam ini,"
"Kau tak layak langsung untuk dapat layanan lembut macam kakak, adik dan ibu aku beri,"
"Kau memang patut dilayan macam binatang!"
"Ini balasan pada kau, perempuan tak guna!"
"Kau tu orang gaji sahaja dirumah ini. Faham?"
Tanpa aku sedar, air mataku turun dengan lebat apabila teringatkan kata-katanya. Setiap sudut dan pelosok rumah aku pandang dengan teliti. Sudah cukup bersih aku rasa. Punggung aku labuhkan kesofa. Lelah aku lepaskan dengan memejamkan mata buat beberapa saat sebelum aku buka semula. Jam didinding aku kerling. Sudah menginjak pukul 3 petang. Lagi 2 jam sahaja lagi sebelum Hanif pulang dari hospital.
Usai menunaikan solat Zohor tadi, aku terus memasak. Selepas itu, aku membersihkan rumah apa yang patut. Baju juga aku sudah angkat kerana cuaca yang agak terik membuatkan baju cepat kering. Kini, masa untuk aku melipat baju dan letakkan baju ditempatnya pula.
Setelah mengambil masa selama 15 minit hanya untuk melipat baju, aku mula menjalankan tugas meletakkan baju-baju ketempat masing-masing. Termasuklah baju Hanif. Bilik Hanif yang tidak berkunci itu aku masuk lalu aku letakkan baju dan seluarnya yang telah dilipat diatas katil.
Pernah sekali, aku letakkan bajunya kedalam almari sendiri. Tak pasal-pasal aku dimakinya pula. Macam aku buat salah besar pula. Aku buat begitu kerana mahu memudahkan tugasnya. Tapi, lain pula yang aku dapat. Aku hanya akur dan meminta maaf agar aku tidak mengulangi kesilapan itu lagi.
Langkah aku bawa keluar dan pintu bilik Hanif aku tutup semula. Telingaku menangkap suara garau seperti sedang berbual didalam telefon. Bila aku mendekati suara itu, langkahku terus terhenti daripada melangkah. Eh, awalnya Hanif pulang harini. Jam baru pukul 3 setengah petang. Ah, lantaklah.
Aku mendekati Hanif dan mengambil briefcase yang dipegangnya lalu aku letak diatas meja kopi hadapan televisyen. Aku dipandangnya sekilas sebelum dia melangkah naik keatas. Kewujudan aku dirumah ini saling tak tumpah seperti halimunan. Air mata yang mula mengalir dipipi itu aku kesat. Aku segera kedapur untuk menyiapkan makan Hanif.
"KAU masak semua ini?" Soalan dingin dari Hanif itu buat dahiku berkerut. Habistu siapa lagi yang ada dalam rumah ini? Perlahan-lahan aku angguk. Sesudah itu, dia bangun dari duduk. Pinggan yang masih berisi nasi dan lauk masak lemak cili padi itu dibawa kearah sinki. Aku hanya mampu memerhati gerak-gerinya. Pelik jugalah baru sahaja sesuap dah nak basuh. Tak ke membazir itu?
Tanpa aku sangka, dia membuang nasi dan ikan kedalam tong sampah. Aku automatik bangun dari duduk. Langkahnya yang menuju ke periuk yang berisi lauk masak lemak cili padi itu aku tahan. Dapat aku rasakan yang dia bakal membuang lauk itu. Kepala aku gelengkan berkali-kali. Dia mencerlung keanak mata aku dengan tajam sebelum tubuh kecilku ditolaknya ketepi.
Periuk sederhana besar itu dibawa ke tong sampah. Ya Allah, apa pula yang dia nak buat tu? Baru sahaja dia hendak membalikkan periuk itu supaya isinya keluar masuk kedalam tong sampah, aku terlebih dahulu merampas periuk itu. Wajahnya merah memandang aku. Tanda dia sedang menahan geram.
"Kenapa kau rampas periuk tu dari aku?!" tengking Hanif kuat. Periuk itu aku letak semula ketempatnya. Kepala aku gelengkan. Kenapa dia perlu buang segala lauk itu kalau dia memang tak suka masakan aku? Kalau tak sedap, tegurlah. Janganlah main buang sahaja. Nanti dia juga yang kena beli barang-barang dapur itu semula. Aku tak fahamlah. Apa motif dia sebenarnya? Inikan rezeki. Senang-senang sahaja dia nak buang macam itu sahaja.
"Apa geleng-geleng?! Kau nak suruh aku mati ke hah? Masin nak mampus kau tahu tak? Eh, kau nak balas dendam pada aku pula ke, perempuan?" Rambutku yang panjang paras bahu itu ditarik olehnya kasar. Terdorong aku kehadapan akibat tarikannya yang kasar dan kuat. Rasa macam nak tercabut sahaja kepala. Air mata sudah mula jatuh deras.
Kepalaku aku geleng lagi menafikan kata-katanya.
"Ish! Tak habis-habis nak menyusahkan aku. Aku fikir bila aku balik, hilanglah sikit sakit hati ni. Rupanya lagi tambah sakit hati adalah. Kau ni memang suka naikkan baran akulah!" herdiknya lagi. Aku tak tahu apalah masalah dia dihospital itu sehingga dia baran dan melepaskan segala amarah kepada aku.
Tubuhku ditolak kebelakang. Pinggangku terhentak dihujung bucu meja sebelum aku jatuh terjelepok kelantai. Aku menjerit tanpa suara apabila sakit di pinggang aku terasa mencucuk. Air mata mengalir dengan deras.
"Menyusahkan." Sebelum dia beredar, sempat dia mengambil periuk tadi lalu isinya dibuang kedalam tong sampah. Gerak-gerinya aku pandang dengan sayu sebelum periuk itu dibalingnya kelantai. Bunyi yang terhasil akibat periuk yang jatuh itu membingitkan telinga. Kakiku sempat disepaknya selamba dan selepas itu, barulah dia melangkah keluar.
Aku menangis seorang diri didapur itu. Menahan sakit dipinggang dan juga dihati seorang diri. Sakit. Sakit sangat. Kenapa aku perlu dilayan sebegini? Diriku mula diselebungi perasaan kesal akan berbuatan kurang matang aku dahulu. Jika boleh diputarkan masa, nak sahaja aku putar masa dan takkan membongkar rahsia terbesar Hanif sehingga Hanif tidak dibenarkan untuk belajar diuniversiti itu lagi. Namun... semua itu tidak mungkin dapat diulang semula. Terpaksalah aku menghadap balasan dendam Hanif yang lama terkubur dihati kepadaku.
Dengan kudrat yang ada, aku memaut meja dan cuba untuk bangun. Periuk yang terjatuh tadi aku kutip lalu aku bersihkan apa yang patut dengan ditemani tangisan dan duka dihati. Bibir bawah digigit olehku apabila sakit pinggang ini mula mencucuk. Seperti lipas kudung aku mengemas dapur itu sebelum aku masuk kedalam bilik. Tak tahan sangat sakit ini, Ya Allah.
Hey! Hey! Jangan lupa vote okies? ^-^
YOU ARE READING
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀
Romance⋆ ˚。⋆୨୧˚ 1st Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Nurul Eira Hazel. Sebut sahaja nama itu pasti sudah dikenali ramai. Siapa lagi kalau bukan penyanyi terbaik Malaysia yang telah memperolehi pelbagai anugerah disetiap pelosok dunia. Tetapi, dirinya yang angkuh dan...