Bab 7

13.7K 892 38
                                    

TERKEBIL-KEBIL aku pandang soalan matematik tambahan yang disoal oleh Haikal kepadaku. Apa payah sangat soalannya ni? Dulu, aku pun kelas Sains Perniagaan tapi tiada matematik tambahan pun. Aku fikir matematik tambahan ni sama je macam matematik biasa tapi yang ni lagi payah! Setiap muka surat diberi satu soalan dan ruang untuk menulis formulanya sangatlah banyak. Apakah?

Tangan naik menggaru kepalaku yang tidak gatal. Kenapalah aku boleh cakap kat Haikal yang aku mahir matematik ni? Tapi memang aku mahir pun. Cuma bukan mahir matematik tambahan!

   "Kak Eira tahu tak?" soal Haikal tiba-tiba. Agaknya kerana dia lihat wajahku seakan keliru dan tergaru-garu kepala. Aku menggelengkan kepala sebagai jawapan.

   "It's okay lah, Kak Eira. Nanti Kal tanya Kak Anna. Kak Anna mahir bab addmath ni," jelas Haikal seraya mengemas buku-buku latihan yang berlambak diatas meja kecil hadapan TV. Aku hanya mengiyakan kata-katanya.

   "Haikal... dah siap dah?" Tiba-tiba muncul suara ibu Hani dibelakang aku. Mendongak aku ingin mencari suara orang tua itu. Haikal mengangguk seraya bangun dari duduknya. Buku-buku itu semua dibawa naik keatas. Mungkin dia mahu letakkan buku-buku itu semula ketempatnya.

Pandangan ibu Hani bertukar kepadaku.

   "Eh Eira. Kenapa kamu tak siap lagi?" Soalan ibu Hani buat kedua keningku terangkat. Tak siap? Pergi mana? Buku nota dan sebatang pen yang berada disebelahku aku ambil dan tulis sesuatu.

   "Siap nak kemana, ibu?" soalku.

   "Larh, Anna tak beritahu Eira ke yang kita nak pergi mall cari barang keperluan kamu?" Hah? Barang keperluan aku? Tangan aku bergerak dan menulis lagi.

   "Tak perlu kot. Susah-susah je,"

   "Takdanya nak susah. Ibu dan Anna dah siap dah pun. Haikal tu pun tengah bersiap. Ha, baik kamu pun bersiap. Takda tapi-tapi. Ibu kira sampai tiga Eira dah bangun dan bersiap cepat! Kalau tak, ibu piat telinga Eira." Ugutan ibu Hani membuatkan aku membuka langkah besar naik keatas sehingga aku tersungkur ditangga paling atas. Nasib takda siapa nampak aku tersungkur.

Baju yang aku pilih sangat simple. Baju kurung cotton dan tudung shawl yang sudah tersedia digosok. Ini semua Dr Hannah yang punya. Kalau nak kata aku? Aku apa jadah pun takda.

Lima belas minit selepas itu, aku terus berlari anak keruang tamu. Aku lihat Dr Hannah, Haikal dan ibu Hani sedang menungguku diruang tamu.

   "Eh, Eira. Kenapa awak lari? Nak jatuh ke?" Aku tersengih memandang Dr Hannah yang sudah tergelengkan kepala. Aku merangkul tangan ibu Hani mesra seraya melangkah keluar dari rumah. Didalam kereta, aku duduk dihadapan bersama Dr Hannah manakala Haikal dan ibu Hani duduk dibelakang.

Aku tersenyum teruja. Dah lama tak ke mall. Entah-entah sudah ada banyak perubahan. Kini, aku jadi wanita jakun macam tak pernah-pernah pergi mall. Hahahaha.












   "JUST take it, Eira. Anggap jelah ini hadiah dari saya." Aku tetap menggeleng. Dari tadi, Dr Hannah mengejarku satu kedai Iphone itu semata nak beri Iphone 11 Pro padaku. Aku tak mahu. Cukuplah mereka dah bazirkan duit beli barang keperluan aku. Ini nak bazirkan duit beli Iphone pula? Dahlah, Iphone 11. Aku ulang Iphone 11 weh! Keluaran terbaharu duh!

   "Eira... ambil jelah. Saya merayu pada awak. Nanti senanglah awak nak berkomunikasi dengan sesiapa. Tak payah la awak nak guna buku nota yang bakal habis tu nanti," pujuk Dr Hannah lagi. Buku nota dan pen yang berada dipoket baju kurungku aku keluarkan lalu aku tulis sesuatu.

   "Saya lebih rela tulis kat buku ni daripada biarkan doktor bazirkan duit untuk saya!" Tercebik-cebik bibir Dr Hannah aku lihat apabila dia membaca tulisanku. Kakinya dihentak-hentak gaya merajuk.

   "Saya dah beli dah untuk awak. Sampai hati awak tak terima pemberian saya. Saya ikhlas awak tahu tak?" Nada Dr Hannah seperti hendak menangis. Aku garu kepala. Alah, ambil jelah, Eira oii. Orang dah bagi. Rezeki tak elok ditolak.

Plastik putih yang berisi Iphone 11 Pro itu aku ambil dari tangan Dr Hannah. Senyuman kelat aku beri kepada Dr Hannah apabila wanita itu memeluk aku ketat. Allah... ketat sangat ni oi.

   "Kan senang kalau dari awal awak ambil. Nanti saya belikan awak simkad. Boleh chatting-chatting. Balik rumah kita setting benda alah ni okay?" Dr Hannah berkata riang. Tanganku ditarik keluar dari kedai menjual Iphone itu lalu kami masuk kedalam kedai Guardian pula.

Ternganga mulutku apabila lihat kedalam troli yang disorong ibu Hani. Penuh dengan produk kecantikan! Untuk apa semua ni? Aku pandang Haikal yang sudah ketawa melihat riaksi aku itu.

   "Ini semua untuk Eira. Ada ubat gigi, berus gigi, tuala wanita Eira, pencuci muka, eyeliner, eyelashes, foundation, serum, toner, lipstik, blusher dan banyak lagi. Cukup untuk keperluan harian Eira. Haa, Haikal. Pergi bayar sana." Kata-kata ibu Hani buat rahang aku jatuh lagi. Aku pandang troli yang disorong oleh Haikal ke kaunter pembayaran dan ibu Hani silih berganti.

Tangan aku ditarik oleh ibu Hani pula masuk kedalam sebuah butik yang menjual baju wanita dan tudung. Ibu Hani pantas menarik aku kesalah sebuah rak baju dan dia acukan bermacam jenis baju padaku. Bila aku tengok harga baju itu, hampir sahaja aku tercekik.

Kalau dulu aku banyak duit, takdalah aku tercekik sebab aku guna duit aku sendiri. Tapi sekarang... aku guna duit orang lain! Aku tak sempat nak tahan ibu Hani, sekajapan sahaja dia dah bayar baju-baju dan tudung-tudung semua. Memang mereka sengaja ignore aku sebab kalau ditanya aku, aku takkan terima.

Hm, rezeki aku kot...

   "Eira anggap jelah ini semua hadiah dari kami sekeluarga pada Eira. Eira pun tak payah lah nak malu-malu sebab Eira dah sebahagian dari keluar ni. Jadi, Eira biasakan diri ya sayang?" Aku mengangguk apabila ibu Hani berkata sebegitu. Ibu Hani mengajak aku untuk ke sebuah restoran. Lapar lah tu. Sebab kitorang tak makan apa lagi untuk tengahari ini.

Langkah aku terhenti apabila aku terasa seperti aku perlu lepaskan hajat. Tangan ibu Hani aku tepuk sekilas. Ibu Hani pandang aku dengan riak yang pelik. Aku tunjuk gaya nak ke tandas kepada ibu Hani.

   "Nak ibu teman tak?" Aku pantas menggeleng seraya berlari terus ke tandas. Nak terkucil dah ni, Ya Allah! Sampai sahaja kedalam tandas perempuan, aku terus melepaskan hajat. Ah, lega!

Usai itu, tangan aku basuh ke sinki lalu aku bawa langkah sempoi ke restoran yang ibu Hani tunjuk tadi. Sedang aku berjalan, aku terasa tubuhku melayang kebelakang kerana bahuku terlanggar dengan seseorang. Mata aku pejamkan. Sakit bakal terasa. Tapi, sumpah aku tak rasa sakit apa-apa. Mata aku buka kembali.

Bagai nak tercabut jantung apabila wajah lelaki tampan menjadi santapan mata aku. Pinggangku elok dirangkul oleh lelaki itu. Pantas aku membetulkan posisi menjauhinya. Badanku tundukkan kepadanya tanda terima kasih sebelum melangkah pergi. Namun, lelaki itu pantas menahan.

   "Eira Hazel? Are you Eira Hazel?" Soalan lelaki itu buat aku tergamam.

Farith Hakimi...






















Pft! Tiber muncul Farith Hakimi 😂

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀Where stories live. Discover now