Bab 21

21.5K 969 78
                                    

DIAN yang sedang tekun memeriksa fail kerja pendapatan dan modal syarikat itu tersentak apabila telefon jenama Vivonya berbunyi. Terus skrin yang gelap itu menyala memaparkan nama ibu tercinta. Dengan segera, butang hijau ditekan olehnya. Dia berdehem sebelum bersuara mesra kepada ibunya yang sedang berada disebelah talian.

"Assalamualaikum, mak!" kata Dian dengan suara yang riang. Sejujurnya, dia rindu akan ibunya. Sudah dekat dua bulan dia tak pulang kerumah dan menjenguk ibunya. Rindu pada orang tua itu dan kepada adik-adiknya kian menggunung.

"Waalaikumusalam, Dian! Dian apa khabar? Dah dekat dua bulan Dian tak jenguk mak. Rindu mak pada anak mak sorang ni tahu?" balas ibunya, Puan Rogayah dengan suara yang lirih menahan rindu akan anak yang tersayang.

"Dian sihat aje mak. Cuma itulah... kerja Dian banyak sangat ni. Bos pula pergi oversea dan dia serahkan syarikat ini kepada Dian untuk Dian jaga buat sementara waktu. Itu yang Dian takda masa nak balik rumah. Insya Allah nanti bila Dian free, Dian balik ya mak?" Dian menjawab soalan Puan Rogayah dengan penuh cermat. Puan Rogayah disebelah talian mengangguk faham.

"Nanti kalau kamu nak balik, beritahu mak ya? Mak nak masakkan makanan kegemaran kamu. Jangan main suprise-suprise." Ayat terakhir Puan Rogayah membuatkan Dian ketawa kecil. Kali terakhir dia menjenguk Puan Rogayah adalah dengan cara memberi kejutan pada wanita itu. Tanpa memberitahu Puan Rogayah, dia terus pulang kerumah. Tengok-tengok dah ada dekat ruang tamu sambil menonton televisyen. Terkejut jugalah Puan Rogayah sehingga Dian hampir ditibai oleh penyapu.

"Ye, mak. Okaylah mak. Dian ada kerja ni. Mak dan adik-adik sihat kan? Duit yang Dian bank-in tu pun cukup kan? Nanti bulan depan Dian bank-in lagi atau Dian bagi by hand. Dian ada kerja ni, mak. Nanti kita sembang lagi ya?" Tapak tangan Dian dihala kearah seorang gadis yang sudah mengetuk pintu pejabatnya. Gadis itu hanya diam menanti arahan untuk dibenarkan masuk.

"Baiklah, Dian. Kerja elok-elok. Mak letak dulu, assalamualaikum." Talian segera ditutup oleh Puan Rogayah. Salam itu hanya dibalas didalam hati sahaja oleh Dian.

"Ha, masuk," arah Dian kepada gadis yang dari tadi tercegat dihadapan pintu pejabatnya sahaja. Gadis itu mula menglangkah masuk apabila sudah diberikan kebenaran.

"Ini jadual kerja Tuan Dian untuk hari ini,"



















AKIBAT terlalu bosan duduk terperap didalam rumah, aku mengambil keputusan untuk menyapu rumah bagi hilangkan segala bosan aku. Walaupun aku tahu rumah ini cukup sudah bersih licin tanpa habuk, tetapi aku mahu juga sapu. Penyodok aku bawa sekali seraya menjalankan tangan menyapu setiap pelosok rumah. Sambil itu, aku menyanyi didalam hati. Menghiburkan hati yang tidak berteman ini.

Ting! Tong! Loceng rumah yang berbunyi membuatkan kerjaku berhenti. Hanif dah balik ke? Selalu dia main masuk je. Sejak bila pandai beradab dah mamat ni? Pelbagai soalan pelik berlegar dimindaku namun kakiku tetap melangkah ke pintu utama. Pintu aku kuak perlahan seraya kepala aku menjengul keluar. Wajah insan yang paling aku rindui menjadi santapan mata. Spontan sahaja tubuh Kak Hannah aku peluk ingin melepaskan rindu yang kian menggunung.

Usai aku meleraikan pelukan, tangan Kak Hannah aku tarik masuk kedalam rumah. Aku arahkan dia duduk diruang tamu sementara menanti aku membancuhkan air jus oren untuknya. Selepas siap membancuh, mug besar itu aku hulur kepadanya. Ucapan terima kasih diucap sebelum dia menyisip sedikit air jus buatan aku.

"Erm, sedap. Dah lama kakak tak rasa air tangan Eira. Rindu," puji Kak Hannah seraya tergelak kecil. Mug berisi air jus itu diletak dimeja kopi kecil berhadapan dengannya. Aku tersenyum senang seraya mengambil telefon yang elok berada dipoket seluar tracksuit aku lalu aku terus membuka apps Memo. Aku taip sesuatu lalu aku tuju kepada Kak Hannah.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀Where stories live. Discover now