Bab 38

18.2K 711 113
                                    

SENYUMAN tak lekang dari bibir Hanif sepanjang perjalanannya ke hospital sehinggalah dia sampai. Memang satu hari suntuk ini bibirnya tak lekang dari senyuman manis. Habis hilang semua morning sickness yang ditanggungnya. Lagipun, dia akan mengalami morning sickness waktu pagi aje. Baginya, lagi berat tugas Hazel yang membawa anak dia kesana kesini dalam perut tu. Apa salahnya kalau dia ambil alih salah satu alahan orang mengandung. Sama-sama susah, sama-sama senang.

"Oi, Hanif. Kalau ya pun happy nak dapat anak, janganlah senyum sorang-sorang macam ini. Dari tempat kerja sampailah aku ajak kau ke kafe ni, tak habis-habis senyum kau tu. Seram aku tengok kau ni," marah Farith tiba-tiba. Bahu kawannya sempat dihempuknya tadi. Hanif masih lagi tersenyum. Orang hempuk bahu pun dikira bahagia ke?

"Kau tak tahu, bro. Perasaan bila dapat tahu kau bakal jadi ayah ni lain macam. Uish... tak sangka aku, Farith. Bahagia juga aku dengan Hazel sekarang. Alhamdulillah." Hanif membalas dan mengucapkan kata syukur pada Allah kerana telah memberi dia peluang untuk merasakan kebabagiaan ini.

"Alhamdulillah. Aku sebagai best friend kau, tumpang gembira. Tapi kan... kau jangan happy sangat tau bro. Takut nanti lain pula yang jadi," kata Farith sudah mula membuat teorinya sendiri. Hanif buat muka muak.

"Ah, kau! Tak habis-habis dengan teori kau. Asal aku bahagia aje ada aje kau selit teori entah apa-apa kau tu. Bukannya betul pun!" Hanif memeluk tubuh tanda tidak percaya akan teori yang dirasai oleh Farith.

"Itulah kau. Aku tak habis cakap lagi kau dah potong. Maksud aku, kau tak boleh happy sangat sebab orang mengandung ni tahap craving dia lain macam. Nanti kau datang merungut kat aku, mengadu si Eira tu minta macam-macam. Yang kau fikir lain apahal?! Takut Elly tiba-tiba kacau rumah tangga kau?" sembur Farith membuatkan Hanif sedikit tergamam. Tiba-tiba hatinya rasa tidak sedap hati. Riak wajah Hanif pun jelas berubah.

"Kenapa tiba-tiba kau mention nama Elly ni, Far? Kau jangan macam-macam eh. Mulut kau tu kadang-kadang takda insurans!" Hanif memarahi Farith pula.

"Sorrylah, bro. Tiba-tiba aje nama tu terlintas dalam kepala otak. Tak terfikir pun nak cakap macam tu." Farith juga terasa tidak senang hati. Wajah sahabatnya dipandang lama. Hanif juga begitu.

"Aku rasa tak sedap hatilah." Serentak dengan itu, kedua mereka bersuara. Masing-masing sudah terdiam. Senyuman yang tadi terukir indah dibibir Hanif pun tidak kelihatan. Yang jelas adalah wajah yang tampak risau dan agak cuak.

"Alah, takda apa-apalah! Perasaan kita aje tu. Kalini aku tak buat teori. Tak mungkinlah Elly tu nak kacau korang. Silap-silap dah bahagia dengan laki dia. Eish, mana Iman ni? Kata on the way tapi batang hidung pun tak nampak!" Farith cuba menukar topik agar Hanif berhenti mengikut kata hati yang sedang tidak sedap itu. Kedua mereka menoleh kearah pintu dan lihat Iman dan Nabila masuk berdua kedalam kafe itu.

Farith dan Hanif bangun lalu berjabat tangan dengan Iman. "Patutlah lambat, bawa tunang rupanya," usik Farith kepada Iman. Iman hanya tersengih manakala Nabila sudah tersipu-sipu malu.

Siapa sangka, tragedi dia hampir dilanggar kereta dan diselamatkan oleh Iman itu membuatkan hubungan mereka lebih rapat sehinggalah mereka mengikat tali pertunangan. Katanya, tak lama lagi mereka bakal naik pelamin. Akhirnya, Iman berjaya juga bertemu dengan jodohnya yang sebenar.

"Sorrylah lambat. Nabila ni haa baru habis shift. Tak ajak karang merajuk, payah nak pujuk!" Iman menyalahi Nabila. Pantas tangan Nabila mencubit isi perut Iman secara tersorok dibawah meja. Iman terkejut namun riak wajahnya pantas dikawal. Jelingan tajam dilontarkan oleh Nabila kepadanya.

"Apa pula saya. Dia tu yang lupa pasal lunch dengan awak berdua. Sukalah tu salahkan saya," kata Nabila dengan hidung yang terkembang-kempis. Hanif dan Farith hanya mampu tersengih melihat keakraban antara dua pasangan sejoli itu.

"Eh, apa hal korang tiba-tiba ajak jumpa ni? Macam ada berita baik aje?" soal Iman musykil. Tak pernah-pernah mereka ajak Iman makan tengahari bersama, harini boleh ajak pula.

"Tak boleh ke? Saje nak rapatkan hubungan silaturahim antara saudara sama Islam," balas Hanif spontan sambil ketawa. Diikuti dengan ketawa yang lain.

"Alah, Hanif ni nak bersorok pula. Dia nak beritahu yang isteri dia mengandung. Masuk minggu ni dah empat minggu. Betul kan?" Farith berkata lantang. Hanif hanya mampu tersenyum seraya mengangguk. Nabila sudah menekup mulut tidak percaya.

"Wah! Congratulations, Hanif. Boy ke girl? Ke twin?" soal Nabila teruja. Dia memang suka dengan bayi. Lagi-lagi yang baru lahir.

"Rancang nak twin. Tapi tak pasti lagi." Hanif membalas seraya tersengih. Yang lain sudah pandang dia dengan pandangan yang sukar hendak ditafsir.

"Power eh! Nanti share tips kat aku!" Kata-kata Iman membuatkan Nabila mencubit isi perutnya sekali lagi. Malah kali ini lagi sakit dan dia tak dapat nak kawal riak wajahnya. Hanif dan Farith yang nampak riak wajah Iman yang jelas kelakar menahan sakit itu terus tergelak besar. Lupa sekejap akan ketidak senang hatinya itu.

"Sudahlah! Iman, Nabila, cepatlah order. Aku belanja ni."














BAGASI besar itu ditarik keluar dari balai pelepasan. Rambutnya yang sudah menutupi separuh wajahnya diselit ketelinga. Dengan pantas dia menarik bagasinya keluar dari pusat lapangan terbang itu. Matanya melilau mencari kawannya yang sepatut menjemput dia.

"Ellysha!" Namanya yang dipanggil kuat oleh seseorang gadis itu membuatkan dia pantas menoleh. Senyuman manis terlakar dibibir yang dicalit gincu itu. Dia dan gadis itu berlaga pipi seraya memeluk tubuh masing-masing untuk melepaskan rindu.

"Lama kau kat Kanada. Aku yang kat sini rindu tau? Ni kenapa tiba-tiba balik ni? Rindu aku ke?" Gadis itu menyoal penuh diva. Elly hanya tersengih seraya menarik tangan kawannya ketepi supaya tidak menganggu laluan orang lain hendak keluar dan masuk.

Elly menunduk seraya menyedut hingusnya. Kepala didongakkan agar air mata tidak berjuaraian. Wawa pelik melihat sahabat baiknya yang tiba-tiba sahaja menangis itu. Tadi kemain senyum lagi.

"Hey, babe. Kenapa ni? Gaduh dengan Karl ke? Babe, bagitahu aku," pinta Wawa.

Elly menggeleng-gelengkan kepalanya. Tubuh Wawa dipeluk seerat yang mungkin.

"Aku silap, Wawa. Aku silap. Aku menyesal pilih dia dan sanggup tinggalkan Hanif. Dia tipu aku, Wawa. Dia curang dengan aku. Dia jadikan aku perempuan simpanan dia, Wawa. Aku tak sanggup jadi perempuan simpanan dia. Sebab itu aku lari balik sini balik. Aku ingat dia baik, Wawa. Aku silap pilih dia. Aku bodoh! Kalau bukan sebab dia, aku dah bahagia dengan Hanif sekarang ni, Wawa!" hambur Elly diselangi dengan tangisan. Wawa tidak dapat berkata apa-apa. Dia hanya mampu memujuk kawannya agar bawa bersabar sahaja.

"Wawa..."

"Ya, babe?"

"Aku nak Hanif, Wawa. Bawa aku jumpa dia. Aku nak minta maaf pada dia. Aku nak dia kahwin dengan aku, Wawa. Aku nak bina hidup baru dengan dia!" Permintaan Elly itu membuatkan Wawa terdiam dan telan air liur. Nampaknya, Elly masih tidak tahu bahawa Hanif sudah berkahwin dan bakal menimang anak pertama. Walaupun dia tidak ada pada majlis perkahwinan Hanif dan Eira Hazel, tapi dia tahu kerana dia adalah rakan sekerja Hanif.

Kalau diberitahunya Elly sekarang mesti dia akan bertambah tidak stabil dan tak mampu mengawal emosi. Nak taknak, Wawa mengiyakan sahaja kata-kata sahabat baiknya yang kian tenang itu.























Korang agak apa yang akan jadi lepasni? Komenlah pendapat korang. Hehe.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀Where stories live. Discover now