KERUSI plastik berwarna merah itu ditarik kasar oleh Hanif sebelum dia duduk diatas kerusi itu. Terkejut Farith yang sedang leka bermain game PUBG dari tadi dengan kedatangan sahabat baiknya. Wajah bengis Hanif dipandang tanpa gentar. Malah, dia berani untuk menambah api kemarahan sahabatnya lagi. Tapi, tempat awam ini tidak mengizinkan. Kalau Hanif mengamuk, habis semua keadaan akan jadi kucar-kacir. Perasaan marah pantas mengawal dirinya.
Hanif dan Farith diam tidak bersuara buat seketika. Dari tadi, Hanif sibuk memerhati Farith leka bermain game PUBG. Farith mengeluh kecil apabila dia telah kalah sebelum dia mendongak memandang Hanif yang jelas sedang memandang tepat kearah anak matanya. Mata helang Hanif menusuk masuk kedalam anak matanya membuatkan dirinya sedikit gentar dari tadi. Nampaknya, ada sesuatu yang buat Hanif marah sampai begini, getus hati kecil Farith.
"So... what's wrong, man? Kenapa ajak aku datang mamak petang-petang macam ni? Nasib harini shift aku malam tau," soal Farith apabila keadaan masih sunyi walaupun sudah 15 minit Hanif tiba. "Eh, taknak order air ke? Bos!" Tangan Farith terangkat tinggi memanggil pelayan restoran mamak itu.
"Nak air apa, Nif?"
"Bagi air suam aje," balas Hanif. Setelah pelayan itu mengangguk, dia terus beredar dari situ.
"Kau macam ada masalah besar aje, Hanif. Taknak share ke?" Farith mula mengorek cerita. Hanif mengeluh berat sebelum menjawab.
"Kak Anna dah tahu layanan aku pada Eira macam mana. Entah macam mana dia ternampak aku pukul Eira tadi. Teruk jugalah aku pukul dia. Aku sampai nak hentak kepala dia ke kabinet," cerita Hanif perlahan. Terbuntang besar mata Farith mendengar pengakuan Hanif itu.
"Kau biar betul? Sebab kau pukul dia?"
"Sebab aku nampak dia berbual dengan doktor atasan aku. Aku tak tahu kenapa, tapi bila aku nampak dia senyum lebar dengan Doktor Iman, aku jadi marah. Aku tak dapat nak kawal marah aku ni. Aku... aku... entahlah! Tiba-tiba sahaja ada perasaan tu." Hanif meraup rambutnya kebelakang. Sungguh serabut juga nak fikirkan hal ini. Farith pula sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk. Seolah-olah, memahami apa yang Hanif sedang rasa.
"Kau cemburu ni, Nif," kata Farith dengan nada mengusik. Hanif pantas menggeleng laju menafikan apa yang dikata oleh Farith.
"Tak, tak. I think she deserves it. Balasan atas apa yang dia buat dulu. Aku nak dia rasa apa aku rasa. It can't be cemburu sebab aku tak cintakan dia langsung!" balas Hanif masih cuba untuk menegakkan egonya.
Farith mengurut dagunya seraya mengangguk-angguk. "Ada yang betul, ada yang salah. Betul sebab aku tahu kau langsung tak cintakan dia dan kau juga salah sebab kau seksa dia. Balasan atas perbuatan dia dahulu tu biar urusan dia dan Tuhan, bukan kau sibuk nak bagi dia rasa apa yang kau rasa. Lagipun, dia dah menyesal kan? Allah nak beri dia balasan setimpal dah pun. Dia accident and then bisu. Hilang nikmat nak bercakap. Tak cukup lagi ke untuk kepuasan hati kau wahai Hanif Raydan?"
"Tak cukup." Balasan daripada Hanif membuatkan Farith mengeluh. Ego betul siut kawan aku ni. Aku sekel karang, ada juga balik rumah kepala benjol, getus hati Farith dengan geram.
"Hanif, aku tahu dia salah tapi tak bermakna kau boleh buat dia macam ini. Perempuan ni hati dia lembut, Hanif. Mudah terasa. Mudah menangis. Tapi bila hati dia tersakiti, hatinya akan automatik jadi keras. Masa itu, kau datanglah minta maaf sekali pun, dia akan payah dan mengambil masa untuk maafkan kau. Dia ambil masa untuk pulihkan luka yang kau telah buat pada dia. Dia munasabah dulu diri dia dan dia perlukan masa untuk berfikir, patutkah dia maafkan kau. Sebab apa ia terlalu complicated? Sebab dia perempuan. Kita ni sebagai lelaki, kena hargai perempuan, Hanif. Sama macam Nabi Adam menghargai Hawa. Bukan melepaskan dendam pada dia sehingga kau sanggup maki hamun dan pukul dia. Jangan jadi dayus, Hanif. Berdosa sama sekali. Jangan terlalu ikutkan sangat marah kau tu pada dia."
YOU ARE READING
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀
Romance⋆ ˚。⋆୨୧˚ 1st Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Nurul Eira Hazel. Sebut sahaja nama itu pasti sudah dikenali ramai. Siapa lagi kalau bukan penyanyi terbaik Malaysia yang telah memperolehi pelbagai anugerah disetiap pelosok dunia. Tetapi, dirinya yang angkuh dan...