1

1.3K 60 29
                                    

Suasana petang yang sangat sesuai untuk melakukan aktiviti di luar telah membuatkan Alya keluar dari rumahnya setelah sekian lama terperuk membuat lemak.

Eh bukan buat lemak tapi berhibernasi.

Ya. Selepas saja dibuang kerja, hidup gadis bujang itu agak kucar kacir kerana sumber pendapatannya terputus. Terputus disebabkan salah faham antara majikan dan pekerja. Bila diingat balik, baik tak payah berusaha lebih untuk mengejar pangkat yang diidamkan kalau pengakhirannya begini.

Serabut. Baik dia pergi ke kedai kawan baiknya. Setelah mengunci pintu rumah, langkah diteruskan ke tempat yang selama ni menjadi tempat melencongnya selepas habis bekerja.


Tok Aba's Kokotiam.



\\\



Di Tok Aba's Kokotiam, terdapat ramai pelanggan yang sedang berselera menikmati minuman dan makanan yang disajikan di kedai tersebut. Rezeki Tok Aba semakin melimpah ruah apabila kehadiran cucunya, Boboiboy merangkap superhero elemental membuatkan kedainya mula terkenal.


Bukan saja kerana cucunya, tetapi minuman berasaskan koko tersebut juga adalah satu punca rezekinya melimpah. Keenakan buah koko yang dipetik segar dari ladang dan dibru sehingga menjadi serbuk dan dibancuh pula dengan air panas-

fuh, susah nak describe. #takpernahkerjakedaikafe.


"Blaze , kau nak main pergi tempat lainlah !" marah Gempa. Ya, Gempa merangkap abang ketiga daripada tujuh pecahan adik beradiknya memarahi adiknya yang keempat iaitu Blaze. Adik yang paling nakal dan panas baran.

"Ish, aku tak nak punlah main kat sini. Taufan yang buat aku lari ke sini. Huff huff, alang-alang buat air tu, buatkan special ice chocolate satu untuk aku." kata Blaze yang sempat menyalahkan abang keduanya, Taufan dan meminta pesanan secara tak malu pada Gempa. Dia mengeluh kepenatan kerana mengejar abangnya.

Gempa mencekak pinggang sambil mendengus geram. Dia menunduk ke bawah mengambil sesuatu lalu diletakkan di atas kepala Blaze.

"Ekkk ! Adeh adeh  sejuknya ! Apa ni Gempa ?! Letak ais batu kat aku ?!" soal Blaze sambil mencampak beg ketulan ais ke tanah. Gempa tersenyum sinis sambil tergelak kecil.

"Kau nak 'ais' kan ?tu dah aku bagi. Ambillah~" perli Gempa sambil menekankan perkataan 'ais' pada Blaze. Makin suka dia tengok bila si adik pengendali api itu membuak-buak marahnya.

"Eii !!!" tempik Blaze sambil mengeluarkan cakera api. Gempa terkejut lalu menunduk ke bawah untuk menyorok dari terkena balingan cakera berapi milik Blaze. Belum sempat Blaze ingin melontar, tindakannya terhenti apabila abang sulungnya, Halilintar menegurnya.

"Apahal ni ?" soalnya dengan suara yang dalam. Kedua anak mata berwarna manik ruby itu melirik kearah Gempa yang sedang menyorok. Dia menghela nafas dan menggeleng kepala. "Gempa, kau usik dia lagi ?" soalnya. Jawapannya terjawab dengan sengihan dari Gempa.

"Siapa suruh main lari-lari kat sini ? Lepastu sesedap perut dia je order macam-macam kat aku. Dahlah tak tolong aku harini. Memang patut pun dapat ais tu dari aku. Biar padam apinya." adu Gempa pada Halilintar. Mata Blaze membulat dan amarahnya semakin membuak-buak.

"Berani betul kau !"

"Sudah Blaze. Kau nak terbakar kedai ni ? Ada duit nak bayar ?" soal Halilintar lagi sejurus menghentikan pergaduhan kecil antara Blaze dan Gempa.

Solar [BBB] √Where stories live. Discover now