Alya mengangkat kotak yang sederhana besar saiznya ke dalam bilik stor penyimpanan stok buku-buku latihan yang pelbagai subjek. Ya, sekarang dia sudah berkerja di kedai buku sama dengan Ying. Nasibnya baik kerana diterima oleh manager kedai tersebut.
Selesai sahaja meletakkan kotak berisi buku tersebut, dia menutup pintu stor dan menguncinya. Nafas lega dilepaskan sebaik saja satu bebannya sudah selesai. Langkahnya di orak masuk semula ke dalam kedai buku tersebut. Sempat dia menyapa Ying yang lagi sibuk menyusun buku-buku yang baru sampai stoknya.
"Alya , boleh jaga kaunter ? Aku nak berehat kejap." pinta salah seorang rakan sekerjanya sebaik sahaja ternampak Alya yang sedang tidak berbuat apa-apa.
"Hah, jangan lama-lama. Potong gaji nanti." guraunya pada rakan sekerjanya tersebut. Rakannya itu hanya mencebik dan tergelak kecil kemudian berlalu pergi meninggalkan Alya di kaunter pembayaran. Kaunter yang sedikit bersepah itu dikemas olehnya kemudian duduk di kerusi kecil yang disediakan disitu.
Sedang asyik dia memerhati segenap ruang kedai itu, tiba-tiba deria pendengaran bergiat aktif apabila terdengar suara seseorang yang mungkin dia kenal. Dia mula menjengah sambil mengintai pintu masuk kedai tersebut.
"Kau beli buku tu nanti kau baca ya ? Jangan nak campak merata lagi." nasihat seseorang. Kening cantik milik Alya yang tidak dilukis atau di trim itu berkerut. Dia macam kenal suara tu. Takkanlah...
"Thorn ? Solar ? Kau orang buat apa kat sini ?" tegurnya sebaik saja Thorn mula berlari anak melintasi kaunter pembayaran yang sedang dijaga olehnya. Automatik larian Thorn berhenti serta Solar yang berdiri tegak di tepi abangnya.
"Buat bodoh." perli Solar sambil menjeling ke arahnya. Dia mula membuat muka cemberut. 'orang tegur elok-elok, dia balas kasar.' bentak hatinya sambil membalas jelingan mamat acah popular itu.
"Kau kerja sini Alya? Bukan Gempa kata kau dah berhenti ke ? Wah ! Mesti best kan ?!" soal Thorn dengan nada teruja. Kalau dia jadi Alya, dia pun akan kerja disini sebab dapat baca buku free. Tapi semua buku pasal tumbuhan jelah dia baca. Yang lain, jangan harap.
"Haah. Memanglah aku berhenti. Tapi tak bermaksud aku tak nak kerja terus kan ? Lagipun Ying pun kerja sini so senanglah ^^" jawabnya dengan senyuman manis. Solar mengalihkan pandangannya ke arah lain apabila melihat senyuman manis milik Alya. Benci.
"Ohhh. Oklah, aku dengan Solar nak cari buku kejap. Kau duduk situ je tau ? Jangan pergi mana-mana tau ? Nanti kita borak-borak okeyh ! Tau tau tau tau tau- eh Solar janganlah tarik ! Sakitlah ! Errr, aaa jangan lari tau Al !" rayu Thorn pada Alya yang sudahpun diseret oleh Solar ke dalam kedai buku tersebut.
"Haih budak ni. Dah kalau aku yang jaga kaunter bila masa pula aku nak berlarinya ?" soal Alya pada diri sendiri sebaik saja menghantar pandangan ke arah Thorn dan Solar yang sedang memilih buku itu.
"Alya !"
"Opocot mak kau jatuh!!!" secara tiba-tiba Alya melatah dan terjatuh terbaring apabila dirinya disergah secara mengejut oleh rakannya, Ying. Habis terhantuk kepala dibuatnya bila terkena kerusi kecil itu.
"A-Alya... err kamu okey ke ?" soal Ying prihatin. Dia segera masuk ke dalam kaunter tersebut seraya menolong Alya bangun dari terbaring kerana terjatuh tadi.
"Aduh Ying...janganlah sergah gitu. Boleh sakit jantung aku tau tak ?" kata Alya perlahan sambil memegang kepalanya yang masih pening itu. Bintang-bintang kecil yang masih berpusing mengelilingi kepalanya masih tidak berhenti berpusing.
Ying terkekeh sengih. Segera dia memapah Alya untuk berdiri dan mendudukkan rakannya itu di kerusi kecil yang ada disitu. "Sorry" ucapnya sambil menggaru kepalanya.
"Hmm yelah. Ha ada apa ?" soal Alya. Matanya dipejam seketika. Pening tak hilang lagi. Ying merapatkan dirinya dengan (y/n). Dia mula berbisik.
"Itu Boboiboy Thorn dan Boboiboy Solar ke ?" soal Ying sambil memerhatikan dua pecahan Boboiboy itu. Alya yang masih matanya dipejam itu mengangguk perlahan.
"Kamu dah berbaik ke dengan Solar ?" tanya Ying lagi. Akhirnya, kedua kelopak mata Alya yang dipejam itu terbuka. Dia mengeluh dan menggeleng kepalanya. Dia hanya mampu pasrah kalau Solar tak memaafkan dirinya sampai bila-bila.
"Benda sudah lepas kan ? Kesianlah kamu. Sampai bila mau marah hah ?!" bentak Ying sambil mencebik bibirnya. "Entahlah Ying. Benda dah lepas ke apa ke tapi kalau dia tak nak maafkan, nak buat macam mana lagi..." balas Alya dengan nada suara yang sedih.
"Al~ ! Eh, Ying ? Hai Ying !!!" sekali lagi Thorn menyapa dirinya tetapi kalini bersama dengan Ying sekali kerana gadis berkaca mata berwarna biru itu sedang duduk bersama dengannya. Solar menghela nafas dan meletakkan tiga buah buku tentang tumbuh-tumbuhan.
"Kira." katanya dengan nada suara yang mendalam. Alya memandangnya tajam kemudian terus berdiri dan mengambil buku-buku tersebut kemudian di-scan melalui scan bar code disitu. Wajahnya mengetat apabila Solar dari awal tadi hingga sekarang asyik menjelingnya.
"Muka ketat je. Patut tak ada orang ramai datang." perli Solar apabila matanya selesai memerhatikan gerak geri gadis yang dibencinya. Alya terus tersenyum sinis sambil memasukkan buku-buku tersebut dalam beg plastik.
"Dah kalau customer pun muka ketat siap jeling-jeling sampai nak terkeluar biji mata, so buat apa kita nak senyum manis-manis kan ?" kini Alya pula membalas balik perlian lelaki berkaca mata oren itu. Dia membalas tatapan tajam lelaki tersebut.
Bagai ada satu arus elektrik dan petir di pandangan mata mereka berdua, Thorn dan Ying cepat-cepat menarik tangan kedua-dua kawannya itu dari terus bertarung mulut. Dari bertarung mulut nanti tak memasal jadi benda lain.
"Eh adik, jom balik ! A-aku dah beli dah. Jom jom jom. Nanti Hali marah pula kalau lama-lama. Ehehhe err Alya, duit aku dah letak situ. Arr b-baki tu kau simpan jelah ! A-aku sedekah !" kata Thorn dengan kelam kabut. Segera dia menarik adik bongsunya itu keluar dari kedai buku tersebut bersama-sama buku yang dibelinya tadi.
"Alya, sudahlah tu. Kamu sambung kerja okey ? J-jangan fikir pasal si budak Solar tu." pujuk Ying. Dia menggosok-gosok lengan kanan Alya perlahan. Alya melepaskan keluhan dan mengangguk tanda menjawab atas pujukan Ying. Dia kembali duduk dan sekali lagi, mengeluh.
'Apa masalah lelaki tu ? Susah sangat ke nak maafkan aku ?' getus hatinya.
#TBC
• liat betul kata maaf Solar ni kan ? 😅
YOU ARE READING
Solar [BBB] √
Fanfiction[boboiboyxreader fanfiction] [ Friendship or Love ? ] Jangan disebabkan kau terasa diri kau sudah cukup sempurna, kau selalu salahkan orang lain. Sedangkan semua masalah bermula dari kesilapan kau sendiri. "Maafkan aku, Solar. Kau maafkan aku pun da...