Ice memandang ke arah Halilintar yang masih setia duduk di atas katilnya. Sejak malam dia keluar berjumpa dengan Alya , wajah abangnya yang sememangnya miskin ekspresi itu semakin miskin. Maksudnya adalah wajah Halilintar itu bagaikan tiada apa-apa. Muram sahaja.
Bila ditanya Gempa apa yang terjadi, Gempa hanya mendiamkan diri dan menukar topik lain. Seolah-olah tak mahu menjawab pertanyaannya. Dia mengeluh dan terus berjalan masuk ke dalam bilik abangnya itu dan duduk di sisi abangnya.
"Kau nak berteleku kat sini sampai bila ?" soal Ice pada Halilintar yang sedang memeluk kedua lututnya. Halilintar hanya diam menyepi membiarkan soalan si beruang kutub jadian itu tiup dibawa angin.
"Haih dahlah Hali. Aku ni penat tengok kau macam ni dari malam kau jumpa dengan Alya haritu. Sebenarnya apa jadi ni ? Cuba kau cerita apa jadi ? Alya pun satu. Dekat 2 minggu aku dah tak nampak muka dia. Aku ajak lepak pun tak nak." rungut Ice sambil menggaru kulit kepalanya yang gatal.
"Dia busy kerjalah tu..." balas Halilintar dengan nada perlahan. Wajahnya sedikit pun tak tertoleh pada adiknya. Matanya lebih seronok memandang dinding biliknya.
"Ha yelah tu busy kerja. Habis Ying tu ? Elok je aku tengok lepak sekali dengan kita. Tak ada sibuk pun. Dia dengan Ying kerja satu tempat kan ? Sibuk apanya ?" Ice menatap tajam wajah abangnya.
Memanglah dia jenis tenang dan tak suka ambil port dalam sesuatu hal tapi bila berkait dengan abang kesayangannya ni, mata dia yang selalu kuyu tu pun celik.
"Dia penatlah kot." balas Halilintar acuh tak acuh. Ice mengetap giginya tanda geram. Serius ke depannya ni abang dia ? Macam mayat hidup je dia tengok. Lemah semacam.
"Dahlah keluarlah. Aku tak ada mood nak bersembang dengan sesiapa. Jangan kacau aku. Keluar." dingin saja nada suara Halilintar. Lantas dia terus baring sambil membelakangi Ice. Ice mendengus geram. Dia bangun dari duduk di birai katil itu dan berdiri menghadap abang sulungnya yang masih membelakangi dirinya.
"Ni mesti ada apa-apa terjadi antara kau dengan Alya kan ? Kalau tak berkepit je aku tengok kalah aku yang kawan baik dia ni. Hm tak apalah. Kau tak nak cerita sekarang tak apa. Aku tak nak paksa dan kau pun tak suka dipaksa. Aku bagi kau ruang. Dah sedia nanti kau cerita aje dengan aku. Cuma aku nak minta, tolong tutup sikit kemurungan kau tu. Aku tak nak adik-adik perasan dan syak macam-macam dengan kau. Lagi-lagi Solar. Dia tu cerdik akalnya. Aku keluar dulu." kata Ice panjang lebar kemudian berlalu meninggalkan Halilintar seorang diri.
Sebaik saja terdengar pintu bilik tertutup, tangisan Halilintar yang ditahan dari tadi mula pecah. Badannya tersedu sedan menahan tangisan dan juga sakit di hati. Dia harus terima semua ini. Dia dah berjanji pada diri sendiri. Dia akan hadap rasa sakit segalanya sebaik saja meluahkan perasaannya pada Alya.
Dia juga berjanji untuk membahagiakan Alya dengan Solar.
///
Alya menghela nafas lega apabila bayangan Halilintar tiada di kedai Tok Aba sebaik saja dia sampai ke situ. Sudah beberapa minggu dia tak menjejakkan kaki di kedai itu dan tidak berjumpa dengan mana-mana pecahan Boboiboy.
Dia mengelakkan diri bukan kerana benci. Tak. Dia tak kuat nak berhadapan dengan lelaki itu. Dia takut. Fikirannya menjadi serabut. Sebab itu dia elak dari berjumpa dengan mereka biarpun dia tak sibuk ketika itu.
Langkah kaki dituju ke kaunter. Terlihat Ochobot sedang membancuh air koko untuk pelanggan yang berkunjung di situ. Alya melabuhkan punggungnya dan menyapa Ochobot mesra. Untung robot kuning berbentuk bulat seperti bola itu tak melatah terkejut. Kalau tak membazir je air koko tadi tumpah.
YOU ARE READING
Solar [BBB] √
Fanfiction[boboiboyxreader fanfiction] [ Friendship or Love ? ] Jangan disebabkan kau terasa diri kau sudah cukup sempurna, kau selalu salahkan orang lain. Sedangkan semua masalah bermula dari kesilapan kau sendiri. "Maafkan aku, Solar. Kau maafkan aku pun da...