"Solar, jomlah balik. Dah 3 kali dah ni." ajak Gempa sambil menarik tangan Solar untuk berundur pergi dari rumah Alya. Dari tadi lagi mereka berdua tercegat dihadapan rumah Alya. Yelah, nak memastikan apa yang Blaze dan Thorn katakan semalam tu betul, kenalah pergi tengok sendiri kan ? Tapi malangnya...
"Kejaplah. Kita tunggu lagi dalam 5 minit. Dia tidur lagi kot." pujuk Solar kemudian memanjangkan lehernya mengintai-intai isi rumah Alya. Gempa mengeluh dan mula duduk di tangga kecil rumah Alya.
"Tidur apa dah dekat tengah hari buta dah ni. Dahlah. Dia memang tak baliklah tu. Blaze dengan Thorn silap tengok kot semalam. Kita balik ya ? Jom jom."
Namun, usaha Gempa sia-sia. Solar tetap tak mahu dan terus berdiri disitu menunggu pintu rumah Alya terbuka. Masa berlalu dengan pantas. Cuaca pula semakin panas dan memeritkan. Hampir sejam mereka berdua tercongok di hadapan rumah Alya.
"Solar...aku tahu kau nak sangat jumpa dia tapi kalau dah tak ada ni kita nak buat apa lagi ? Jomlah balik. Panas terik ni." Gempa menarik-narik tangan Solar. Solar akhirnya mengaku kalah. Dia mengangguk perlahan dan terus melangkah pergi bersama Gempa.
"Sampai masanya dia baliklah. Mungkin bukan sekarang. Sabar ya ?" pujuk Gempa sambil memeluk bahu Solar. Solar mengangguk perlahan dan menoleh seketika ke arah rumah Alya yang persekitarannya sunyi.
Tanpa mereka sedar, sepasang mata berwarna coklat terang memerhatikan pemergian mereka melalui di balik tirai langsir yang menutup tingkap rumahnya. Setitis air matanya yang ditahan dari tadi jatuh ke bawah. Dia menyelak langsir menutup sepenuhnya tingkap rumahnya.
///
Alya menekup wajahnya yang mulai basah dengan air matanya sendiri. Dia tak ada niat mahu mengabaikan salam yang diberi dan juga kedatangan dua orang lelaki dirumahnya tadi. Dia memang tak ada niat. Hatinya masih lemah dan tak sekuat dulu.
Dia terpaksa mendiamkan diri apabila dapat tahu yang Solar dan Gempa datang kerumahnya. Hampir saja dia mahu mengeluarkan suara tangisannya apabila terdengar rayuan Solar pada Gempa untuk menunggu dirinya menyahut salam dan membuka pintu untuk mereka berdua.
"Assalamualaikum Alya . Alya ni aku ni Solar. Aku datang nak minta maaf. Aku dah banyak buat salah dengan kau...bukalah pintu ni Lya..."
Alya mencengkam kepalanya dengan kuat. Dia menggeleng-geleng kepalanya laju. Tanda ingin membuang segala suara-suara yang mula terngiang-ngiang di mindanya. Senang cerita, dia dah macam orang gila.
Menangis tak henti-henti. Apatah lagi bait-bait suara Solar tadi asyik bermain di dalam mindanya lagilah bertambah dia menangis macam orang gila.
"Kau tak salah...aku yang salah...aku...hahaha...aku yang buat kacau semua ni. Hehehe. Huhuuhu Solar...Solar..."
Alya mula meracau di dalam biliknya. Tangisannya sudah berhenti. Kini hilaian tawanya yang kuat saja kendengaran di dalam biliknya. Dia menekup kasar wajahnya dan mula menjerit.
"BARU KAU TAU KE KAU TU BANYAK BUAT SALAH HAH ?! BODOH ! KAU BODOH SOLAR ! KAU LELAKI PALING KEJAM !!!!" jeritnya kuat.
"Hiks...kenapa...kenapa kau buat aku macam ni...kenapa kau seksa aku Solar...apa salah aku ?..." rintihnya sambil memeluk kedua lututnya dan menggerakkan badannya kedepan dan kebelakang. Badannya menggigil dan anak matanya mengerling ke kiri dan kanan.
YOU ARE READING
Solar [BBB] √
Fanfiction[boboiboyxreader fanfiction] [ Friendship or Love ? ] Jangan disebabkan kau terasa diri kau sudah cukup sempurna, kau selalu salahkan orang lain. Sedangkan semua masalah bermula dari kesilapan kau sendiri. "Maafkan aku, Solar. Kau maafkan aku pun da...